Friday, August 12, 2011

PUASA MENURUT PERSPEKTIF KESIHATAN

Puasa adalah suatu ibadah yang telah lama dilakukan oleh umat manusia sebelum Islam. Ia adalah juga adalah satu amalan yang umum (universal) dimana puasa merupakan ajaran semua agama , baik yang samawi seperti Yahudi dan Nasrani mahupun yang tabii seperti Hindu dan Budha. Perbezaannya puasa ini terletak pada niatnya,sebabnya,serta cara perlaksanaannya. Ada yang berpuasa daripada memakan daging,telur,ikan susu dan sebagainya. “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertakwa” (Al-Baqarah: 183)

Puasa dari sudut kimianya, sesuatu yang mendatangkan karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak, protein pula akan digunakan sebagai sumber tenaga. Pada ketika ini, ia tidak disebut sebagai puasa tetapi kebuluran.

Berdasarkan kepada fakta ini, seseorang manusia yang sihat akan dapat bertahan untuk hidup tanpa makanan selama hampir 40 hari, dengan syarat dia mendapat sumber air yang berterusan, dan tidak terdedah kepada anasir-anasir toksik dan pencemaran seperti penyakit berjangkit.Makanan adalah sumber tenaga untuk membolehkan tubuh menjalankan fungsi-fungsi fisiologinya. Tanpa kita sedari setiap aktiviti dalam tubuh kita perlukan tenaga. Jantung yang berdenyut tanpa henti, usus yang bergerak untuk menghadamkan makanan, pernafasan, berfikir, berjalan dan sebagainya semuanya memerlukan tenaga. Sumbernya adalah makanan. Sekiranya tiada makanan yang dibekalkan, badan akan menggunakan simpanan tenaga dalam badan kita, bermula dari karbohidrat, lemak dan kemudian protein. Semasa puasa, badan akan menggunakan sumber tenaga dari dalam badan kita sendiri melalui proses yang dinamakan autolisis yang memecahkan simpanan karbohidrat dan lemak dalam badan untuk menjadi sumber tenaga.

Proses ini berlaku dalam hati di mana lemak akan ditukar kepada satu bahan kimia yang dinamakan keton tubuh, yang kemudiannya disebarkan ke seluruh badan melalui aliran darah. Lebih lama badan tidak mendapat makanan, lebih banyak proses ini berlaku dan lebih banyak keton yang dihasilkan.

Umumnya dalam keadaan tidak berpuasa, banyak tenaga digunakan untuk proses menghadaman makanan. Pada masa yang sama, proses metabolisma dalam sel-sel sentiasa berjalan selagi kita makan dan minum. Sel-sel badan ini berfungsi memproses bahan makanan untuk digunakan oleh sel dan badan. Semasa menjalankan proses ini, bahan buangan turut dihasilkan dan is perlu dikeluarkan dari sel. Jika sel-sel badan terlalu sibuk memproses makanan yang diterima, proses buangan ini akan menjadi kurang efisyen.

Pada kebiasaannya, pergerakan zat makanan (dan toksin) adalah kearah lemak dan daging. Oleh itu, makanan yang diambil dengan kuantiti yang melebihi keperluan badan akan menyebabkan terkumpunya bahan-bahan simpanan yang disimpan sebagai lemak. Di samping itu, jika fungsi perkumuhan bahan buangan kurang efisyen, maka toksin yang wujud pun akan tersimpan didalam lemak. Oleh itu sewaktu kita tidak berpuasa (dan tidak pula melakukan senaman), proses membakaran lemak akan menjadi tidak efisyen. Maka secara tidak langsung proses pembuangan toksin juga turut akan tergendala.

Proses detoksifikasi adalah proses normal dalam badan untuk membuang, menyingkirkan atau meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa dan juga kulit. Proses ini dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk dalam badan dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan. Lemak dalam badan manusia dapat menyumbangkan sebanyak 9,000 kalori setiap kilogram. Untuk badan berfungsi secara normal, kita memerlukan sebanyak 2,000 kalori sehingga 2,800 kalori bergantung pada tahap aktiviti. Bermakna setiap kilogram lemak berupaya menyumbang tenaga cukup untuk 3 – 4 hari. Perlu difahamkan, simpanan tenaga dalam bentuk lemak ini berlaku bila terdapat lebihan dalam makanan yang kita ambil setiap hari.

Bayangkan kalau dalam setahun, selama 11 bulan, berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh tubuh kita?Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis menyebabkan berlakunya pelepasan bahan kimia toksik yang turut tersimpan ke dalam saluran darah dan seterusnya disingkirkan melalui kaedah yang disebut di atas.Ada bahan kimia toksik yang turut tersimpan bersama lemak, yang didapati melalui udara yang disedut, juga akan tersingkir dalam proses autolisis ini. Contohnya DDT, yang dinyahkan melalui air kencing, peluh dan najis.

Ini adalah kerana lemak dalam badan hanya menjadi tenaga yang tersimpan dan hanya akan digunakan jika bahan bakar biasa yang terhasil dari karbohidrat tidak mencukupi. Jika proses perkumuhan sentiasa dalam keadan tidak efisyen, lama-kelamaan sel-sel badan akan berfungsi dengan tidak optima kerana proses pembuangan tergendala. Ini akan menyebabkan sistem-sistem lain dalam badan seperti sistem penghadaman dan lain-lain akan turut tergendala. Akibat dari gangguan berbagai sistem ini, kita akan mengalami gejala gangguan kesihatan seperti lenguh-lenguh badan,cepat letih, mudah demam dan berbagai ?bagai penyakit lain.

Berlainan pula semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan ) tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen.

Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar.Penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran pemakanan, usus untuk mencerna makanan (disebabkan kurang penggunaannya) kepada sistem yang lebih penting seperti sistem imun dan metabolisme.

Bila kita sedang sakit, perkara yang biasa berlaku ialah kita tidak ada selera makan. Ini adalah satu refleks fisiologi, kerana badan tidak mahu membuang banyak tenaga di usus, bahkan mahu tumpukan pada proses penyembuhan melalui metabolisme dan meningkatkan kemampuan sistem imuniti badan kita.Dalam berpuasa, perkara ini berlaku secara terancang. Proses sintesis protein dapat berlaku dengan lebih efisien jadi kurangnya berlaku kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik. Puasa membolehkan sistem pemakanan berehat dan membolehkan tenaga digunakan untuk memperbaiki sistem tubuh lain terutama sistem imun.

Tambahan pula semasa puasa, berlaku penurunan suhu teras badan kita disebabkan metabolisme badan yang rendah dan tahap aktiviti yang menurun. Hormon tumbesaran juga dibebaskan semasa puasa dan ini membantu proses penyembuhan lebih efektif. Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain. Perlu dinyatakan bahawa proses pembuangan toksin dari badan yang berlaku semasa berpuasa tidak akan dapat dilakukan dengan baik jika seseorang itu mengalami sembelit (susah membuang air besar) Usus besar adalah organ utama badan. Organ perkumuhan lain adalah termasuk hati, ginjal, paru-paru dan kulit. Jika seseorang itu mengalami kekurangan air di dalam badan, buag pinggang akan menjadi kurang efisyen. Oleh itu semasa berpuasa, usus besar dan buah pinggang harus dijaga dengan baik supaya berupaya menjalankan proses perkumuhan yang akan membersihkan badan dan memulihkan fungsi sel secara optima. Proses pembuangan toksin dari dalam sel-sel badan terutama sel lemak akan menyebabkan penyaliran semula toksid ini ke saluran darah sebelum ia dapat keluar dari badan.

Proses pengaliran toksin ini akan menimbulkan gejala-gejala yang sering berlaku pada awal puasa seperti :-

i. Sakit kepala ? ini berlaku kerana toksin yang terkumpul dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.

ii. Lenguh-lenguh badan

iii. Lidah berdaki dan mulut berbau

iv. Kencing pekat dan berbau

v. Ceret-beret

vi. Letih lesu ? keadana ini berlaku diawal puasa kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih mengharap tenaga daripada makanan luar. Maka gula didalam darah berada ditahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak yang mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan. Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddinnya mengatakan bahawa bencana paling besar dalam kehidupan manusia adalah nafsu perut (kuat makan). Oleh itu janganlah sekali-kali kita merasa berat untuk berpuasa,apalagi puasa yang wajib di bulan Ramadhan kerana puasa itu hakikatnya bukan sahaja boleh membentuk rohani manusia menjadi individu yang baik dan taat bahkan dengan berpuasa itu sendiri mampu mengimbangi kesihatan tubuh badan dan persekitaran kehidupan manusia.

No comments:

Post a Comment