Friday, June 25, 2010



Pada 26 Jun 2010 nanti, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.

Gerhana kali ini bukanlah gerhana penuh, hanya lebih kurang separuh sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi.

Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbit rendah di ufuk langit cukup unik.

Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia.

Perbezaannya cuma pada ketinggian bulan, yang mana sedikit berbeza jika anda berada di Sabah dan Sarawak, dan juga Brunei.

Fenomena astronomi Jun 2010 mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana pada bulan ini akan berlaku gerhana separa Bulan. Gerhana ini boleh dilihat bermula di Asia Timur, Australia, New Zealand dan Pasifik selepas Matahari terbenam dan berakhir di Barat Amerika Utara dan Selatan. Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Bulan dan Matahari.

Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri tetapi ia menerima cahaya dari Matahari. Cahaya Matahari yang jatuh ke atas permukaan Bulan akan dipantulkan semula. Bulan mengorbit Bumi dalam tempoh 29.5 hari satu pusingan. Semasa Bulan mengorbit Bumi, kedudukannya akan sentiasa berubah dan ini menyebabkan terjadinya perubahan bentuk Bulan yang dapat dilihat dari Bumi yang dinamakan fasa Bulan. Fasa Bulan bermula dari fasa Ijtimak diikuti fasa suku awal dan seterusnya fasa purnama. Kemudian fasa ini akan berkurang menjadi fasa suku akhir dan kembali ke fasa Ijtimak. Semasa fasa purnama, permukaan Bulan yang menerima cahaya menghadap Bumi sepenuhnya. Kejadian gerhana Bulan hanya boleh berlaku ketika fasa purnama dan hanya apabila seluruh atau sebahagian Bulan memasukki bayang Bumi. Cahaya Matahari yang jatuh ke atas Bumi menyebabkan sebahagian Bumi terang (siang) dan juga mengakibatkan bayang Bumi mengunjur ke angkasa. Terdapat dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar bayang. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra dan bahagian luar dinamakan penumbra. Umbra lebih gelap dari penumbra. Sekiranya ketika Bulan purnama, ia memasukki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh Bulan memasukki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Sekiranya hanya sebahagian Bulan memasukki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika Bulan hanya memasukki penumbra sahaja, gerhana penumbra yang akan terjadi.

www.angkasa.gov.my/attachment/SiaranMediaPLE26062010_BM.pdf

PENGERTIAN & PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN REJAB
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.

Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj. Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama : Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj : Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk : Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis : Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam.

Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH : Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا الى رمضان ,لا اله إلا الحليم الكريم ,سبحان الله رب السموات السبع ورب العرش العظيم , لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Ertinya: Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia.Maha suci Allah, Tuhan 7 petala langit dan Tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Thursday, June 17, 2010


EKSPIDISI NIKHLAH DI BULAN REJAB
Bulan Rejab adalah salah satu daripada bulan bulan suci dan terhormat di dalam Islam. Ia disebut sebagai As Syahrul Huruum (bulan bulan haram) bersama 3 bulan yang lainnya iaitu Muharram, Zulhijjah dan Zulkaidah.

Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah , dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram …” (QS. Al Maidah (95): 2)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
السنة اثنا عشر شهراً، منها أربعةٌ حرمٌ: ثلاثٌ متوالياتٌ ذو القعدة، وذو الحجة والمحرم، ورجب مضر الذي بين جمادى وشعبان".

“Setahun ada 12 bulan, di antaranya terdapat 4 bulan haram: tiga yang awal adalah Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah, dan Muharam. Sedangkan Rajab yang penuh kemuliaan antara dua jumadil dan sya’ban.” (HR. Bukhari No. 3025)

Pada bulan bulan haram, umat Islam dilarang berperang bagi menghormati bulan tersebut. Amalan menghormati bulan bulan haram adalah sebahagian dari amalan amalan jahiliyah yang terus diamalkan di dalam Islam.

Ekspedisi Nikhlah

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: Berperang pada bulan itu adalah dosa besar, tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi) masuk Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar dosanya di sisi Allah. Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) dari membunuh…” (Al Baqarah 2: 217)

Latar belakang turunnya ayat ini adalah peristiwa 'Abd Allh ibn Jahsy yang membawa surat. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun kedua Hijrah pada penghujung bulan Rejab. Oleh Rasulullah, ia dipesan agar tidak membuka surat itu sebelum menempuh waktu perjalan dua hari. Tetapi 'Abd Allh membukanya dan membacakannya di depan sahabat- sahabatnya. Setelah tahu isi surat itu, ia tidak memaksakan kepada salah seorang sahabatnya itu untuk melanjutkan perjalanan. Surat itu berbunyi: "Berjalanlah bersama beberapa orang yang mengikutimu sampai ke Nakhlah -tempat yang terletak di antara Nejd dan Taif. Amatilah kafilah Quraisy dan kabarkan kami tentang mereka."

Naskah surat itu memang menyebutkan secara jelas tidak adanya perintah perang. Hanya ada perintah untuk mengamati dan memata-matai pihak lawan. Akan tetapi, yang terjadi setelah membaca surat Rasulullah itu, dua orang pengikut 'Abd Allh ibn Jahsy memisahkan diri untuk mencari gembalanya yang hilang dan kemudian ditawan Quraisy. Dua orang itu bernama Sa'd ibn Ab Waqqsh dan 'Utbah ibn Ghazwn.

Pasukan 'Abd Allh ibn Jahsy kemudian tiba di Nakhlah. Di sana mereka melihat kafilah Quraisy berlalu membawa barang dagangan di bawah pimpinan 'Amr ibn al-Hadlramiy. Peristiwa ini terjadi di akhir bulan Rajab. Ketika masa hijrahnya umat Islam dari Mekah ke Madinah dahulu, orang-orang Quraisy sempat menahan harta dan barang-barang beberapa orang Muslim. Di antara mereka yang hartanya ditahan Quraisy itu ada yang bersama pasukan 'Abd Allh ibn Jahsy. Mereka akhirnya membicarakan apakah hendak memerangi Quraisy atau tidak. Mereka bingung, karena jika membiarkan kafilah Quraisy itu berlalu pada malam itu, mereka akan kehilangan kesempatan untuk merebut harta Quraisy sebagai ganti dari harta mereka yang dirampas dulu. Dan jika memerangi mereka, berarti mereka melakukan perang di bulan suci, Rajab.

Akan tetapi mereka terdorong untuk perang dan berhasil membunuh 'Amr al-Hadlramiy, menawan dua orang musyrik dan merebut harta rampasan. Ketika kembali ke Madinah dan menyerahkan satu perlima rampasan perang itu kepada Rasulullah, mereka ditolak. Rasul tidak mau menerima pemberian itu dan menilai buruk perbuatan mereka. Sabda Rasul, "Aku tidak memerintahkan kalian untuk perang di bulan suci."

Komentar Syeikh Syafiyurrahman Mubarakfuri (Ar Raheequl Makhtum)

Peristiwa tersebut telah digunakan oleh Musyrikin Mekah untuk menuduh kaum muslimin telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah, yakni berperang pada bulan Haram. Tuduhan itu tersebar luas dan menjadi buah mulut. Akhirnya, turunlah wahyu yang dengan tegas membantah desas-desus yang tersebar itu, bahawasanya apa yang dilakukan oleh olh kaum Musyrikin lebih besar dosanya daripada yang diperbuat oleh kaum Muslimin.

Wahyu tersebut dengan tegas mengatakan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada kaum Muslimin adalah sesuatu yang tidak berasas. Sebab kehormatan bulan suci telah dilanggar dan diperkosa oleh kaum musyrikin dengan tindakan mereka memerangi Islam dan menindas kaum Muslimin. Bukankah kaum Muslimin dahulunya adalah penghuni daerah suci (Mekkah), ketika harta kekayaan mereka dirampas dan Nabi mereka hendak dibunuh? Lalu, faktor apakah kiranya secara mendadak telah mengembalikan kehormatan bulan suci tersebut (setelah mereka melanggarnya). Sudah pasti, propaganda yang dilancarkan oleh kaum musyrikin itu dilandasi dengan niat jahat mereka.

Musuh sejati

“Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah redha dengan kamu sehinggalah kamu mengikuti cara hidup mereka.” (Al Baqarah 2: 120)

Israel dan Amerika Syarikat cuba meyakinkan dunia bahawa sesungguhnya apa yang berlaku di Gaza adalah kerana kewujudan ‘pengganas’ HAMAS yang sentiasa menyasarkan penduduk awam Israel. Perjuangan HAMAS disamakan dengan sebuah bentuk terorisme yang perlu dikekang kewujudannya. Pelbagai propaganda telah di lakukan untuk menjayakan misi mereka.

Tidak sedikit masyarakat dunia telah terpengaruh dengan agenda yang mereka lakukan. Mereka seolah olah hendak menggambarkan bahawa merekalah juara keamanan dunia. Mereka adalah juara demokrasi. Tetapi, hakikatnya merekalah teroris dengan menepati segala definisi terorisme itu.

Di berbagai kesempatan, hasil dari penguasaan media oleh mereka, mereka memaparkan gambar gambar kesengsaraan rakyat mereka di Israel akibat serangan roket dari Hamas. Peristiwa luka luka dan kematian rakyatnya akibat dari tindakan HAMAS dan rakyat Palestin disebar luaskan bagi mengaburi hakikat bahawa sesungguhnya mereka telah merampas tanah Palestin, membunuh kanak kanak dan wanita Palestin, merobohkan rumah rakyat Palestin dan segala bentuk kejahatan yang lainnya.

Peristiwa ini sama seperti apa yang berlaku pada peristiwa Nikhlah. Orang musyrikin cuba menggambarkan bahawa mereka adalah bangsa yang beradab dengan menghormati bulan bulan haram, tidak seperti umat Islam yang melanggar adab bulan haram dengan melakukan serangan dan pembunuhan. Tetapi hakikatnya dijelaskan oleh wahyu Allah, bahkan merekalah yang telah melanggar kesucian bulan bulan haram dengan melakukan pengusiran dan penindasan kepada umat Islam di Mekkah, mereka lah dalang bagi segala punca kejahatan.

Hakikatnya, kematian yang menimpa penduduk Israel akibat serangan HAMAS, ataupun 3000 nyawa yang terkorban di World Trade Center (hingga kini belum dapat dibuktikan siapa pelakunya) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan jutaan nyawa umat Islam yang terbunuh di atas kerakusan mereka. Sangat sedikit jika dihitung dengan jumlah wanita Islam yang diperkosa, kanak kanak yang menjadi yatim piatu, kanak kanak yang turut terbunuh, negara yang telah dihancurkan serta maruah yang telah dirobekkan. Ianya hanyalah bagaikan gigitan semut ke tubuh Israel dan sekutunya, kafir laknatullah ‘alaih. Semoga Allah melindungi iman kita semua.

Kesimpulan

1. Musuh musuh Islam akan sentiasa mengobarkan propaganda untuk menimbulkan keraguan terhadap kemurniaan ajaran Islam
2. Kita sebagai penganut agama ini, jangan sesekali berbuat sesuatu yang akhirnya akan menimbulkan fitnah bagi agama yang kita cintai ini. Islam menolak keganasan dalam bentuk apa sekalipun. Memahami agama dengan kefahaman yang benar adalah titik tolak kepada penyempurnaan seruan ‘Rahmatan lil ‘Alameen”
3. Pembunuhan yang dilakukan oleh Abullah Jahsy adalah salah dan berdosa, makanya Rasulullah memulangkan tawanan perang dan membayar diyat bagi yang terbunuh. Hakikatnya, kesalahan yang dilakukan oleh musuh kita, tidak boleh menjadi alasan bagi kita untuk berbuat salah yang serupa. Pembunuhan orang awam Islam tidak boleh di balas dengan pembunuhan awam non-muslim di kawasan yang tidak terlibat di dalam pergolakan. Begitu juga parti politik Islam yang terlibat dengan kes rasuah dan juga kronisme dan nepotisme. Mereka tidak boleh menjadikan hujah parti kerajaan lagi teruk bagi membenarkan tindakan mereka. Yang salah tetap salah.
4. Agama Islam adalah agama yang sempurna. Yang tidak sempurna adalah penganutnya.

Friday, June 11, 2010

Boycott over McDonald's 'gay' promotions grows

Ronald 'needs to end corporate subsidies for homosexual and transsexual behavior'

sila layari : http://www.wnd.com/index.php?fa=PAGE.view&pageId=69996

Peringatan : Orang Amerika pun boikot.....takkan kita yang ISLAM ni takut,bacul!!!!takkan mati kalau tak makan ........setiap sen yang kita berikan rupanya ada saham juga kita ya...mari sama-sama fikirkan.



PIALA DUNIA & AGENDA ISRAELJustify Full
Piala Dunia 2010 sudah semakin terasa hangatnya. Seluruh mata dunia, menanti aksi-aksi hebat para pemain. Tetapi kali ini di benua Afrika, tentu punya arti lain buat para pengamat sepak bola, politik, ekonomi dan kajian timur tengah. Berita terbaru (31/5/2010) kebiadaban Israel semakin ganas, kapal kamanusiaan Mavi Marmara yang mengangkut 500 relawan kemanusiaan dari 30 negara diserang,sekitar 19 orang syahid dan 50 orang lainnya terluka. Yahudi Israel menggunakan akal licik. Mereka selalu ada saja alasan untuk menyerang warga Palestin. Dengan majoriti perhatian media dan masyarakat terfokus kepada Piala Dunia, Israel dengan licknya melancarkan aksi teroris, kejahatan jenayah dan pembantaian brutal (baca: anti kemanusiaan) atas penduduk Palestin.

Israel menyerang Saat Piala Dunia Dimulai....
Lebih dari 20 lelaki dan perempuan, termasuk di dalamnya wanita dan anak-anak, telah dibunuh oleh penjahat Israel ,sejak pembukaan Piala Dunia 2006 empat tahun yang lalu. Tapi tak ada yang memberikan perhatian. Kenapa? Apakah Pertandingan Piala Dunia lebih penting daripada kehilangan jiwa-jiwa tak bersalah di Palestin yang dijajah? WASPADA jangan sampai kejadian serupa kembali terjadi di Piala Dunia 2010. Pada 21 Julai 2006, dua penduduk Palestina, seorang wanita hamil dan saudaranya - meninggal, dan 13 orang lainnya terluka, termasuk anak-anak, setelah misi Israel menembak rumah mereka di Khan Yunis dalam wilayah Jalur Gaza. Laporan ini seperti dilaporkan oleh Aljazeera.
Pembantaian Dilakukan Israel ketika Piala Dunia....
Dunia kembali terkejut ketika Piala Dunia 2006 dengan aksi jenayah baru yang dipimpin tentera darat, laut, dan udara Israel terhadap Lubnan sejak 12 Julai 2006. Alasan Israel melancarkan serangan tersebut untuk membebaskan dua prajuritnya yang diculik Hizbullah. Dalam perkembangan berikutnya, alasan tersebut ternyata adalah palsu.Menteri Pertahanan Israel, Amir Perets, secara terbuka mengatakan Israel ingin mengusir Hizbullah dari Lubnan. Bahkan pada 23 Julai 2006 lalu, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, mengisyaratkan bahawa krisis di Lubnan akan memakan waktu yang lama, hingga infrastruktur Hizbullah di Lubnan dapat dihancurkan. Israel juga secara tegas menolak usul utusan PBB untuk gencatan senjata dalam waktu segera. Mereka beralasan, penghancuran infrastruktur kelompok 'teroris' tidak mengenal erti diplomasi. Akibat dari serangan itu ratusan warga Lubnan meninggal, ratusan ribu penduduk lainnya terusir dari kampung halaman.Pertanyaan yang muncul adalah mengapa Israel sedemikian melancarkan perang pembersihan tanpa membezakan antara orang ramai dan tentera? Bahkan infrastruktur Lubnan dari mulai jalan raya, jambatan, pencawang elektrik, pemancar televisyen, saluran air, juga mengapa ikut dihancurkan? Seandainya tujuan dari serangan tersebut hanya untuk membebaskan dua prajuritnya, mengapa mereka menyerang sedemikian.

Israel Belum Puas Membantai....
Israel tidak pernah puas menyerangi. Tercatat menurut data PBB yang terbunuh seiring dengan Perlawanan Piala Dunia 2006, Israel menculik warga palestin sekitar 1843 orang atau dalam sehari sekitar 30 orang. Antara tahun 1967 hingga 2006, ada sekitar 650.000 tahanan Palestina di penjara Israel. Dan pada tahun 2006, sekitar 8200 warga Palestina diculik Israel. Pejabat pusat HAMAS menyebut dalam laporannya (4/5/2010) bahwa tahun 2009 adalah kedaan terburuk yang dialami penduduk Gaza sejak 1948.Pejabat HAMAS menyatakan: "Sampai akhir tahun 2009 pihak Yahudi semakin ganas menindas masyarakat Gaza sejak 1948". Dalam laporan itu juga ditambahkan bahwa: "Sekitar 10.000 lebih penduduk Gaza dalam keadaan yang menyedihkan, diantaranya yang mengidap penyakit akibat gempuran senjata Yahudi yang bertubi-tubi. Mereka mengalami penderitaan sepanjang hidupnya. Hal ini ditambah lagi dengan kehilangan anggota keluarga mereka, anak kehilangan ibu dll".

Isyarat kebiadan Israel dan Piala Dunia 2010 sudah nampak di depan mata....
31 Mei 2010 adalah saksi sejarah kebiadapan Israel yang telah menyerang kapal kemanusiaan, Mavi Marmara milik Turki yang membawa 500 relawan dan aktifis kemanusiaan peduli Palestin dari 30 negara menuju perairan Gaza. Saat tulisan ini dibuat sekitar 19 orang syahid dan 50 orang lainya terluka. Dunia mengutuk aksi biadab ini, tidak hanya dunia Islam namun seluruh dunia. Klik www.mer-c.org atau www.ihh.org.tr atau http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Dunia mengutuk ,kami tidak takut
Itulah ungkapan yang tepat buat Israel. Meskipun dunia mengutuk aksi ganasnya, selamanya mereka tidak akan serik dan terus akan membantai sampai bila-bila.Tak memperdulikan kutukan antarabangsa atas kejahatannya di Palestin, Israel dengan sombongnya menyatakan bahawa ia akan terus mengirimkan serangan udara, darat dan laut. Selamanya orang Yahudi tidak akan tunduk terhadap umat Islam hingga umat ini menjadi alat mereka. Dunia mengutuk kami tidak takut

Bahan Renungan Buat Umat Dunia.....
Piala Dunia 2010 dalam hitungan hari. Penyerangan terhadap kapal kemanusiaan Mavi Marmara, membuka topeng busuk Israel. Sejarah mencatat, empat tahun silam juga ada tragedi kemanusiaan mewarnai Piala Dunia 2006. Pertanyaannya adalah; kesengsaraan anak-anak dan jeritan wanita Palestin ini melekat di hati kita sebagai kebiadaban Israel, ataukah Perlawanan Piala Dunia melenakan dan membutakan kita?

FATWA PROF. DR. YUSUF AL-QARDHAWY (1) (Tokoh Maal Hijrah 2009)

AGAR UMMAT ISLAM MEMBOIKOT SEMUA PRODUK AMERIKA KARENA DUKUNGAN NEGARA TERSEBUT KEPADA YAHUDI ISRAEL AL-QUDS MENURUT AQIDAH ISLAMIYYAH

1. Kiblat Pertama Ummat Islam (QS 2/142-143) : Iaitu sejak perintah pertama shalat malam Isra’ Mi’raj th ke-10 bi’tsah, 3 tahun sebelum Hijrah ke Madinah s/d 1 th 4 bulan setelah Hijrah. Sehingga di Madinah masih terdapat masjid Qiblatain dimana kaum muslimin shalat Shubuh menghadap ke mesjid Al-Aqsha lalu pada raka’at kedua menghadap ke masjid Al-Haram.

2. Tanah Isra’ Mi’raj (QS 17/1) : Pemberangkatan ini bukan tanpa hikmah atau tujuan tertentu melainkan merupakan tadbir Ilahiyyah. Kalau tidak ada maksud tertentu, maka tentulah Allah langsung memerintahkan untuk mi’raj ke sidratul muntaha langsung dari masjid Al-Haram.

3. Kota Ketiga Yg Dimuliakan : “Janganlah kalian berniat untuk berkunjung kecuali ketiga mesjid : Masjid Al-Haram, Masjid Al-Aqsha dan Masjidku ini.” (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri ra.) Dalam hadits lainnya disebutkan : “Tanya para sahabat ra : Masjid manakah yang pertama kali dibangun dimuka bumi, Ya Rasulullah ? Jawab nabi SAW : Masjid Al-Haram. Tanya Sahabat : Lalu mana lagi ? Jawabnya SAW : Masjid Al-Aqsha.” (HR Muttafaq ‘alaih)

4. Bumi Para Nabi : Allah SWT dlm QS 17/1 menyebutkan tentang masjid Al-Haram tapi tidak menyebutkan tentang “keberkahannya”, tetapi ketika menyebutkan tentang masjid Al-Aqsha, DIA menyebutkan tentang “alladzi barakna haulahu”. Dan ayat ini menafsirkan QS 21/71 ttg tempatnya Ibrahim dan Luth; tempatnya Bani Israil setelah ditenggelamkannya Fir’aun pd QS 7/137; Negeri Saba’ pd QS 34/18; dan tempatnya Sulaiman pd akhirnya QS 21/81; tempat pengutusan Isa bin Maryam pd QS 95/1 (lih. al-Alusi, Ruh al-Ma’ani, 22/129; Ibnu Katsir, Tafsir al-Qasimi, 17/9196).

5. Bumi Jihad Kaum Muslimin di Akhir Zaman : Bahawa tidak akan terjadi Kiamat sebelum kaum muslimin memerangi Yahudi, sehingga batu dan pohon2 akan mengatakan kepada kaum muslimin dimana tempat persembunyian kaum Yahudi tsb, kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi. (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah)

TIDAK SAHNYA TUNTUTAN YAHUDI ATAS BUMI PALESTINA

1. Sejarah Pencarian Negara Yahudi : Theodore Hertzl pendiri gerakan Zionisme Internasional mulanya mengusulkan Mozambique sebagai tempat akan didirikannya negara Israel Raya lalu Kongo. Max Nourdow mengusulkan Afrika, Chaim Weizman mengusulkan Uganda. Argentina juga diusulkan th 1897, Cyprus th 1901, Sinai th 1902. Lalu berdsr usulan Inggris Uganda dipilih lagi tahun 1903. Hertzl putus asa, sebab orang2 Yahudi tidak tertarik, akhirnya ia membakar sentimen agama Yahudi dengan mengkaitkan beberapa tempat suci Yahudi yang masih dikuasai ummat Islam di Palestina (tembok ratapan, Haikal Solomon, dll). Pendapatnya diterima setahun setelah ia mati oleh Kongres Yahudi Internasional pada tahun 1905.

2. Batalnya Klaim Historis Mereka atas Palestin Berdasar Kitab Suci Mereka: Yang pertama membangun Al-Quds adalah bangsa Yabus, setelah itu bangsa Kan’an kedatangan Ibrahim as dengan Sarah pada usia 75 tahun, saat Ibrahim berusia 100 th lahirlah Ishaq (Kejadian:12), ia wafat diusia 175 tahun tanpa memiliki tanah disana (Kejadian:23). Saat Ishaq 60 tahun lahirlah Ya’kub. Ishaq wafat diusia 147 tahun, lalu Ya’kub pindah ke Mesir dengan anak cucunya 70 orang, saat masuk Mesir usianya 130 tahun (Kejadian:46). Artinya masa Ibrahim anak cucunya yg 230 th mereka tidak punya tanah disana. Lalu dalam Perjanjian Lama disebutkan bahawa bani Israil tinggal di Mesir selama 430 tahun (Kejadian:15), lalu mereka dihukum tidak dapat masuk ke Palestin selama 40 th, sehingga selama 700 tahun mereka tidak pernah punya hak di Palestin. Setelah itu barulah mereka memasuki tanah dan selama 200 tahuh diperintah oleh hakim-hakim, lalu tibalah masa kejayaan mereka di Palestin selama 100 tahun (dimasa Syaul, Daud dan Sulaiman), lalu akhirnya mereka dihancurkan oleh Babylon dan terusir. Kalau dalam masa 300 tahun itu mereka merasa berhak, maka Belanda lebih berhak atas Indonesia karena telah menjajah selama 350 tahun ! Demikian pula Inggris di India. Sementara bangsa Palestin telah tinggal disana selama 1400 tahun, manakah yang sebenarnya lebih berhak ?!, Maka Yahudi seharusnya mengakui Mesir sebagai tempat tinggal mereka kerana telah mereka diami selama 430 th !

YAHUDI ADALAH MUSUH UMMAT ISLAM

1. Dalam Al-Qur’an : QS 2/120, 2/74, 2/80, 2/96, 3/75, 3/181, 3/112, 5/13, 5/18, 8/56, 59/14, 7/171.

2. Sejarah : Sejarah telah mencatat pengkhianatan dan kebiadaban mereka sepanjang masa, dari sejak kemaksiatan, peperangan & pengrusakan s/d pembunuhan thd nabi-nabi .

3. Tulisan-tulisan kontemporer : Diantaranya oleh Roger Geraudy (Mimpi Zionis dan bantahannya, Dongeng-dongeng Negara Israel), William Guy Carr (Yahudi Menggenggam Dunia), dll.

4. Fakta-fakta terakhir : pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap perjanjian demi perjanjian baik ditaja oleh PBB maupun AS.

YAHUDI DAN AMERIKA

1. Israel takkan mampu dibangun tanpa bantuan AS dan Barat. Bantuan dana, senjata dan dukungan politis (berupa hak veto, dsb) terus saja diberikan AS tanpa syarat sedikitpun. AS telah menyalurkan dana jutaan dolar untuk membantu Israel agar tetap dapat bertahan, bahkan baru-baru ini mengeluarkan 100 juta dollar untuk memindahkan dari Tel Aviv ke al-Quds (Jerusalem) yg berdasar keputusan PBB merupakan hak bangsa Palestin !

2. Bahawa AS mampu membantu Israel demikian banyaknya adalah karena kekuatan ekonominya yang tersebar di negara-negara di seluruh dunia, yg sebagian besarnya berada di negara-negara Islam. Sehingga dengan membeli produk2 apapun dari trademark AS, maka sama dengan memperkuat kemampuan AS untuk membekalkan Yahudi Israel untuk membunuhi anak-anak dan remaj-remaja para mujahid kaum muslimin di Palestin.

3. Bahawa boikot yang kita lakukan terhadap semua produk AS adalah salah satu bentuk langkah kita melemahkan Yahudi dan salah satu bentuk jihad kita membantu kaum muslimin di Palestin untuk membebaskan al-Aqsha kiblat pertama kita.

4. Bahawa ayat al-Qur’an dan hadits-hadits shahih diatas telah jelas-jelas memerintahkan kita untuk membantu jihad di Palestin, sehingga tidak ada lagi keraguan tentang kewajiban seluruh ummat Islam untuk berjihad membantu bangsa Palestina dengan apa saja yg mereka mampu.

5. Bahawa wajib mengumumkan dengan jelas kepada ummat Islam semua permasalahan ini, dan bahawa Al-Quds adalah milik ummat Islam bukan milik bangsa Palestin saja, sebagaimana Ka’bah di Makkah.

Wasiat ini saya tulis untuk seluruh muslimin, baik penguasanya, ulamanya, maupun semua masyarakatnya agar memahami dan mensikapi masalah ini dengan jelas dan tegas. Sesungguhnya kebenaran senantiasa akan dimenangkan oleh Allah walaupun orang-orang kafir itu tdk menyukainya.

Wakana haqqan ‘alaina nashrul mu’minin.


MIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW, YAQAZAH @ SEDAR
HADIS PERTAMA :
Menurut pemeriksaan kami terhadap beberapa kitab hadis ( Jami’e As-Soghir oleh Imam As-Suyuthi & Fathul Bari : Syarah Sahih Imam Al-Bukhari oleh Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqolaniy ) dan juga melalui cakera padat (cd) yang mempunyai program pencarian sumber hadis ( Takhrij Al-Ahadist ) ternyata hadis pertama yang saudara bawakan itu, BUKANLAH diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah (r.a), tetapi sebenarnya, ianya diriwayatkan oleh Saidina Anas (r.a), iaitu :
حَدِيثُ أنس رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ بِي
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “. { { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8688 , Musnad Imam Ahmad : 3 / 269 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6994 , Sunan At-Tirmidzie : 4 / 2276 ) –HADIS HASSAN SAHIH.

Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah ialah dengan mempunyai tambahan kalimah : “ FIL YAQODZAH “ …ertinya : “ Di dalam keadaaan sedar “. Dan hadisnya secara teks aslinya adalah sebagai berikut:
حَدِيثُ أبي هريرة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسيرَانِي في اليقظة , و لَا يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانَ بِي
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat melihatku di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya tidak boleh syaitan menjelma dengan rupaku “. { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8690 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6993 , Sahih Muslim : 4 / 2266 . Sunan Abu Dawud : 4 / 5023 }. – HADIS SAHIH .

HADIS KEDUA :

حَدِيثُ أَبِي قَتَادَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَآنِي فَقَدْ رَأَى الْحَقَّ

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar { { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8689, Sahih Al-Bukhari : 12 / 6996 , Musnad Ahmad 5 / 306 , Sahih Muslim 4 / 2267 }.

PANDANGAN AL-IMAM ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA ( RH ) MENGENAI PERMASALAHAN MIMPI DAN SEUMPAMANYA :

Kami berasa amat perlu diterangkan di sini pandangan Imam Asy-Syahid mengenai permasalahan mimpi ini, disebabkan beliaulah merupakan idola dan pencetus Gerakan Dakwah & Harakah Islam terulung di alam moden ini. Dan sudah pasti, seseorang yang yang mampu melaksanakan perjuangan sebesar itu , adalah seorang yang ‘alim, hinggakan dilihat seluruh dunia mempunyai pewaris-pewaris perjuangannya walaupun hebat ditekan oleh para pendokong Sekularisme : Berhala Moden di abad ini .

Al-Imam Asy-Syahid memperkatakan hal ini di dalam kitabnya yang terkenal : “ RISALAH AT-TA’ALIM “ , di bawah perbicangan Asas ke–3 daripada Usul-1, katanya :

و للإيمان الصادق و العبادة الصحيحة و المجاهدة نور و حلاوة يقذفها الله في قلب من يشاء من عباده . ولكن الإلهام و الخواطر و الكشف و الرؤى ليست من أدلة الأحكام الشرعية و لا تعتبر إلا بشرط عدم إصطدامها بأحكام الدين و نصوصه
Ertinya : Dan iman yang benar, ibadat yang sah, dan mujahadah, semuanya itu mempunyai cahaya dan kemanisan yang dicurahkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa sahaja yang dihendaki-Nya. Manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi itu BUKANLAH menjadi dalil kepada hukum-hakam syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya.



BEBERAPA KISAH TELADAN MENGENAI MIMPI – MIMPI :

( 1 ) KISAH -I :
Kisah Khalifah Al-Mahdi Al-‘Abbasi hendak membunuh Qadhi Syarif Ibni Abdullah :Tatkala Qadhi tersebut mengadap khalifah , maka baginda pun bercadang untuk memenggal tengkuknya. Lalu Qadhi bertanya : “ Apakah salah hamba wahai tuanku !? “.Khalifah pun menjawabnya : “ Aku bermimpi melihat engkau yang berpaling daripada mengadapku . Lalu aku pun bertanya kepada ahli ta’abir ~ penafsir ~ mimpiku akan apakah maksudnya mimpiku itu, dan dia pun berkata : Sebenarnya qadhi itu berpura-pura mentaati tuanku tetapi hatinya menyimpan kebencian yang mendalam terhadap tuanku ! “.Lalu Qadhi Abdullah pun menjawab kembali : “ Wahai tuanku ! Tuanku bukanlah seorang seperti Nabi Ibrahim a.s yang mendapat mimpi yang sangat benar, dan ahli ta’abir mimpi tuanku itu juga, bukanlah seorang ahli ta’abir mimpi yang benar-benar ‘arif seperti Nabi Yusuf a.s ! “.Akhirnya, Khalifah Al-Mahdi pun melepaskan Qadhi Abdullah.

( 2 ) KISAH KE-II
Imam Ibnu Hazm (rh) pernah menceritakan :Pernah ada seseorang yang bermimpi bahawa dia terlihat Saidina Umar Al-Khattab (r.a) yang mengadap Baginda Rasulullah s.a.w, tetapi baginda s.a.w tidak mahu menerima kunjungan Saidina Umar (r.a) itu, lalu beliau (r.a) pun bertanya darihal mengapakah Baginda s.a.w berkelakuan begitu terhadapnya, maka Baginda s.a.w pun bersabda : “ Aku berpaling daripadamu wahai Umar !, disebabkan engkau telah membatalkan puasamu dengan menciumi isterimu tadi !!! “.Imam Ibnu Hazm ( rh ) memberikan komentarnya terhadap mimpi ini dengan katanya : “ Sesungguhnya mimpi seperti ini adalah BATIL ( tertolak ) !!! kerana bertentangan dengan sebuah hadis yang sahih riwayat Imam Abu Daud (rh) , bahawa di dalam keadaan berpuasa, pernah Saidina Umar (r.a) mencium isterinya, lalu beliau (r.a) pun mengadu hal tersebut kepada Baginda s.a.w dengan katanya : “ Wahai Rasulullah !, adakah batal puasaku disebabkan aku mencium isteriku di dalam keadaan aku berpuasa ? “.Jawab Baginda s.a.w : “ Wahai Umar !, andainya engkau berkumur-berkumur di dalam keadaan berpuasa, adakah batal puasamu ? “.Jawab Saidina Umar : “ Itu tidak membatalkan puasa “.Rasulullah s.a.w pun menerangkan kepadanya : “ Maka begitulah juga halnya dengan perbuatanmu mencium isterimu, tidaklah membatalkan puasamu “.

( 3 ) KISAH KE – III
Imam Al-Ghazali (rh) pernah menceritakan :“ Pernah ada beberapa penduduk kampung bermaksud hendak membunuh seorang soleh di kampung itu gara-gara ada di kalangan mereka yang bermimpi bertemu dengan Iblis, lalu ditanya kepada Iblis : “ Wahai Iblis ! Engkau ini sudah memasuki banyak kampung, tetapi mengapa pula Engkau tidak masuk ke dalam kampung ini ? “.Jawab Iblis : “ Tak perlulah aku masuk ke dalam kampung kamu semua , disebabkan di dalamnya sendiri aku sudah mempunyai teman – iaitu orang soleh di dalam kampung itu – yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk ! “.Setelah orang soleh itu mendengar sebab tersebut, maka beliau pun bertanya kepada penduduk-penduduk kampungnya : “ Wahai saudara-saudara sekalian ! Jika kamu semua bertemu dengan Iblis di dalam keadaan jaga – bukannya di dalam keadaan kamu semua bermimpi – lalu Iblis pun mengatakan bahawa sayalah yang mengatakan bahaw Al-Quran itu adalah makhluk. Patutkah kamu percaya akan fatwanya itu ? “.“ Tidak !!! “ , jawab penduduk-penduduk kampung.Orang soleh itu melanjutkan soalannya : “ Baiklah, kalau begitu, fatwanya di dalam keadaan kamu semua mimpi juga sudah pasti BUKANLAH LEBIH BAIK daripada fatwanya di dalam keadaan kamu semua sedar !. Adakah patut kamu semua percayakan kata-kata Sang Iblis !? “.Lalu bersurailah penduduk-penduduk kampung dan selamatlah orang yang soleh itu serta kecewalah Iblis dek kegagalannya mempengaruhi penduduk-penduduk kampung itu.

CATATAN : Kisah ini dipetik daripada kuliah ‘Allamah Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawie ketika beliau (h.a ) menghuraikan kitab “ Risalah At-Ta’alim “ karangan Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna (rh ).
KESIMPULANNYA :Masalah mimpi bertemu ataupun melihat Baginda s.a.w ini, samalah dengan permasalahan karamah, ma’unah, kasyaf, ilham yang benar, mimpi yang hak dan yang seumpamanya. Yang mana semuanya ITU adalah ANUGERAH dan REZEKI daripada Allah Ta’ala ke atas beberapa individu dengan hikmah yang Allah Ta’ala yang Lebih Lagi Maha Mengetahui akan sebabnya.Oleh kerana itu adalah rezeki dan anugerah Allah Ta’ala, maka tidaklah selayaknya, orang yang diberikan mimpi sedemikian rupa, menceritakannya kepada orang lain dengan tujuan untuk RIYA’ , TAKBUR, dan seumpamanya, apatah lagi jika ianya diceritakan dengan maksud untuk mengeksploitasi ataupun mempergunakannya dengan tujuan untuk menipu manusia ataupun melakukan apa-apa yang bertentangan dengan dasar-dasar syariat, terutamanya Al-Quran dan As-Sunnah