Friday, November 26, 2010
SEJARAH PEMBINAAN KAABAH
SEJARAH ibadat haji di Tanah Suci Makkah bermula ketika Nabi Allah Adam dikirimkan ke bumi. Allah memerintahkan baginda mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit.Binaan empat segi ini kemudian diberi nama Kaabah yakni ‘Rumah Allah’.Firman Allah bermaksud, “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula sekali dibina untuk manusia ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan menjadi petunjuk bagi umat manusia.” (Surah Al-Imran :96)
Sebaik saja semua urusan pembinaannya selesai, Allah memerintahkan Nabi Adam serta keluarganya mengerjakan ibadat tawaf di situ seperti yang dikerjakan oleh malaikat di Baitul Makmur.Baitullah, selain daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini.Keistimewaan Baitullah ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.
Apakah dia Baitul Makmur? Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.
Peristiwa ini disebut dengan jelasFirman ALLAH bermaksud, “Sesungguhnya Aku akan mencipta di bumi seorang Khalifah. Lantas malaikat bertanya, apakah Engkau akan mencipta di sana seorang yang akan melakukan fasad (kerosakan) dan akan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih kepada Engkau? Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui!”. (Surah Al-Baqarah :30)
Jawapan tegas daripada Allah menyebabkan malaikat amat takut akan kemurkaan Allah terhadap soalan yang mereka ajukan.Lalu mereka memohon ampun dan berjanji tidak akan menyangkal keputusan Allah. Mereka seterusnya mengerjakan ibadat tawaf untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.Apabila Allah memerintahkan malaikat untuk sujud memberi hormat kepada Nabi Allah Adam, mereka pun terus sujud kecuali Iblis.
Firman ALLAH bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis, ia enggan dan takbur dan termasuk golongan orang kafir.”(Surah Al-Hujurat :34)
Selepas Nabi Allah Adam wafat, binaan Kaabah beransur-ansur reput. Seterusnya, Allah memerintahkan salah seorang daripada putera Adam iaitu Syith untuk membina semula Kaabah di tempat sama.Namun, banjir besar yang melanda pada zaman Nabi Nuh, turut meruntuhkan binaan Kaabah sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu.
Ini disebut dalam firman ALLAH bermaksud “Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud.“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan yang jauh.”(Surah Al-Hajj :26- 27),
Firman ALLAH bermaksud, “Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah yang tua sejarahnya itu.” (Surah Al-Hajj :29)
Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Makkah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.
Selepas menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan pula mengerjakan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian daripada ibadat haji.Beberapa ratus tahun selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, usaha membaik-pulih dan membina semula Kaabah telah dilaksanakan secara berterusan.
Antaranya membaiki kerosakan tanpa mengubah bentuk atau ukuran Kaabah oleh kaum Analagh, Kaabah dibina semula oleh puak Jurhum selepas sebahagian dinding Kaabah runtuh kerana banjir besar di Kota Makkah.
Kemudian Kaabah dibaiki lagi dengan membuat pintu serta pemasangan kelambu Kaabah oleh seorang raja dari Yaman, pembinaan bumbung Kaabah semasa pemerintahan Qusai bin Kilab, pembinaan semula Kaabah oleh Kaum Quraisy dengan berpandukan batu asas hasil binaan Nabi Ibrahim.Kerja membaiki Kaabah diteruskan oleh panglima Hajjaj pada zaman Khalifah Abdul Malik dan pembinaan semula Kaabah pada 1037 berikutan kerosakan banjir besar di Kota Makkah.
HAJI MABRUR @ HAJI MELANCONG
Makna haji mabrur
Di dalam setengah hadith menyatakan bahwa haji yang sempurna sebagai haji yang mabrur. Sabda nabi saw:“Haji yang mabrur tidak ada balasan yang setimpal melainkan balasan syurga”. (Bukhari)
-Oleh sebab itu kita sangat perlu mengenali tanda-tanda haji mabrur. Apakah perkara yang menyebabkan tercapai haji mabrur supaya kita dapat melaksanakannya? Apakah perkara yang menghalang tercapai haji mabrur supaya kita dapat menjauhinya? Manusia saling berbeza dalam ibadah haji mereka dengan perbezaan yang ketara berdasarkan dekatnya atau jauhnya mereka daripada sifat-sifat dan tanda-tanda ini.
-Para ulamak telah menyebutkan beberapa pendapat tentang makna haji mabrur yang mana ke semuanya berkesudahan membawa makna yang hampir sama, bahkan tidak keluar daripada satu makna, iaitu; “Haji yang sempurna dari segi hukum dan tertakluk berdasarkan tuntutan kepada semua mukallaf dalam bentuk yang lengkap”.
Haji mabrur ialah sesiapa yang menyempurnakan tiga aspek ini; hukum haji, kesan mendalam di dalam diri jemaah haji dalam bentuk yang lengkap dan setiap orang yang mengharapkannya sampai ke puncak tertentu.
Bagaimana anda mencapai haji mabrur?
1. Amalan yang diterima
Pertimbangan sesuatu amalan diterima Allah adalah pertimbangan yang tertentu dan mudah, iaitu amalan mestilah ikhlas kepada Allah dan mengikut petunjuk RasulNya. Allah tidak menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas dan mengharapkan keredhaanNya. Oleh sebab itu para jemaah merupakan orang yang paling utama menyelidiki jiwanya dan membersihkan niatnya daripada niat-niat yang bertentangan dengan ikhlas, menjatuhkan amal dan menghilangkan ganjaran dan pahala seperti riya’, sum’ah, sukakan pujian dan kedudukan di sisi manusia.Daripada Ibn Majah bahawa nabi saw:“Baginda berdoa; “Ya Allah, haji (yang mabrur) ialah yang tidak riya’ dan tidak sum’ah”.
2. Menepati sunnah
Menitik beratkan amalan-amalan haji yang menepati sunnah nabi saw. Bermaksud kita hendaklah mempelajari cara-cara melaksanakan haji, kewajipan-kewajipannya, sunat-sunatnya dan sifat haji nabi saw. Di dalam hadith dari Jabir r.a, Nabi Saw Bersabda:“Sempurnakanlah cara-cara melaksanakan haji, kerana saya tidak tahu adakah haji saya mendapat haji yang mabrur selepas haji saya ini”. (Muslim)
3. Persiapan jiwa
Persiapan jiwa sebelum menunaikan haji dapat membantu jemaah memperolehi haji mabrur. Langkah-langkah amali ini membantu persediaan jiwa jemaah haji, iaitu taubat nasuha, mencari duit belanja yang halal, teman yang salih, menyempurnakan hak-hak hamba, segera menasihati ahli keluarganya dan menenteramkan jiwa.
Bagaiman cara mengukuhkan ibadah anda supaya mendapat haji mabrur?
Demi memperolehi haji mabrur maka haji anda hendaklah diperkuatkan dengan tanda-tanda di bawah:
1. Anda melaksanakan cabang-cabang kebajikan
Antaranya ialah elok pergaulan, akhlak terpuji, memberikan yang baik, berbuat ihsan kepada orang dalam semua bentuk, seperti ucapan yang baik, menginfakkan harta, atau mengajar kepada yang tidak tahu, membimbing yang sesat, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar. Ibn Umar pernah menyatakan: “Sesungguhnya berbuat kebajikan sesuatu yang mudah, seperti wajah yang ceria dan ucapan yang baik”.
Di antara sudut-sudut kebajikan yang paling utama diperlukan para jemaah (seperti yang dinyatakan Ibn Rejab) berdasarkan pesanan nabi saw kepada Abu Hujaimy ketika baginda berkata kepadanya:“Janganlah engkau memandang remeh sesuatu perbuatan baik walaupun engkau hanya memberikan penyambung talinya, walaupun engkau menolong memutuskan talinya, walaupun engkau mengeluarkan sedikit air daripada baldi engkau ke dalam bekas orang yang meminta minuman, walaupun engkau hanya membuang sesuatu di jalan yang menyusahkan orang melaluinya, walaupun engkau hanya menunjukkan wajah yang ceria ketika menemui saudara mu, walaupun engkau hanya memberi salam apabila bertemu saudaramu dan walaupun engkau hanya menjinakkan sesuatu yang liar di bumi”. (Ahmad)
Di antara sudut-sudut kebajikan yang paling utama diperlukan para jemaah (seperti yang dinyatakan Ibn Rejab) berdasarkan pesanan nabi saw kepada Abu Hujaimy ketika baginda berkata kepadanya:“Janganlah engkau memandang remeh sesuatu perbuatan baik walaupun engkau hanya memberikan penyambung talinya, walaupun engkau menolong memutuskan talinya, walaupun engkau mengeluarkan sedikit air daripada baldi engkau ke dalam bekas orang yang meminta minuman, walaupun engkau hanya membuang sesuatu di jalan yang menyusahkan orang melaluinya, walaupun engkau hanya menunjukkan wajah yang ceria ketika menemui saudara mu, walaupun engkau hanya memberi salam apabila bertemu saudaramu dan walaupun engkau hanya menjinakkan sesuatu yang liar di bumi”. (Ahmad)
2. Anda memperbanyakkan ketaatan dan ibadah
-Bagi mencapai haji yang mabrur para jemaah hendaklah memperbanyakkan ibadah dan menjauhi maksiat dan perkara yang bercanggah kerana Allah amat menggalakkan hambaNya supaya sentiasa memperbanyakkan bekalan berupa ibadah-badah tertentu sewaktu menunaikan haji. Firman Allah SWT di dalam ayat-ayat haji:“dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal”. (Al-Baqarah: 197)
Allah telah melarang para jemaah dari melakukan kata-kata rafats (mencarut), berbuat fasik dan bertengkar semasa haji. Firman Allah:“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. (Al-Baqarah: 197)
SABDA NABI SAW:“Barangsiapa yang mengerjakan haji di Baitullah sedangkan dia tidak mengeluarkan kata-kata rafats (mencarut) dan berbuat fasik maka dia kembali seperti bayi yang baru lahir dari perut ibunya”. (Muttafaq Alaih)
-Rafats ialah kata-kata mencarut atau lucah. Perbuatan fasik ialah seperti riwayat dari Ibn Umar r.a dan ramai dari para salaf as-salih iaitu melakukan segala jenis maksiat. Jidal ialah pertengkaran atau berbantah-bantah yang bukan mendatangkan kebaikan. Justeru, jikalau anda ingin memperolehi haji mabrur, maka wajiblah anda melaksanakan ketaatan dan ibadah kepada Tuhanmu. Iaitu dengan memelihara ibadah-ibadah fardu, memenuhi masa dengan ibadah yang mendekatkan diri dengan Allah seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran dan sebagainya dari pintu-pintu kebaikan serta anda menjaga batas dan larangan yang ditetapkan Allah, iaitu meliputi pendengaran, penglihatan dan lidah mu dari perkara yang tidak halal bagimu.
3. Mengetahui rahsia-rahsia haji
-Di antaranya ialah para jemaah mengetahui hukum dan rahsia haji, perbezaan ketara antara orang yang mengerjakan haji, iaitu dia sedar bahawa ia menunaikan syiar-syiar Allah dan ia sebenarnya berada di atas pendirian ini yang merupakan di atas landasan para nabi, ulamak dan solihin dengan mengingati dengan hajinya ini adalah hari yang menghimpunkan para hamba untuk berhadapan dengan Allah, dan perbezaan antara orang yang mengerjakan haji , iaitu sekadar amalan biasa atau sekadar melancung dan membeli belah atau sekadar menggugurkan kefarduan kepadanya atau supaya dia dipanggil “haji fulan”.
-Di samping ada ulamak yang mengatakan: “Haji adalah himpunan ibadah (manasik) dan syiar, perbuatan dan perkataan..yang disusun seluruhnya dalam ruang lingkup masa dan tempat yang tertentu yang disatukan kesemuanya dengan makna penyembahan dan pengabdian, amalan tarbawi yang memberi sumbangan dalam pembinaan peribadi muslim, berkerja untuk mengembalikan susunannya, membetulkan perjalanan hidupnya dan menghala tujuan dan kesudahannya kepada Allah”.
-Kemudian para jemaah mengetahui bahawa “talbiyah” ialah laungan ruh: (Kami menyahut penggilanMu Ya Allah sebagai orang yang menyahut panggilan..Kami menyambut panggilanMu tiada yang sekutu bagi sebagai orang yang menyahut panggilan..sesungguhnya pujian, nikmat dan kerajaan bagiMu, tiada yang sekutu bagiMu sebagai orang yang menyahut panggilanMu) merupakan seruan yang lahir dari lubuk hati yang menyahut panggilan Allah..yang mengumumkan tentang kesetiannya, kejujuran niatnya dengan mengenepikan sebarang kesusahan dan kepenatan semata-mata cintakan Allah dan kasihkanNya.
-Seolah-olah hati berkata: “Inilah aku telah hadir dan berada di sisiMu..aku telah meninggalkan segala yang membelengu ku di belakang..keluarga, harta, pangkat, keseronokan dan kesenangan..semata-mata mengharapkan keredhaanMu, menepati janjiku kepadaMu dan kerana kasihkanMu..terimalah aku, Ya Allah dengan sebaik-baik penerimaan, perkenankan doaku, muliakan kedatanganku kepadaMu dan kurniakanlah ganjaran yang menghapuskan dosa-dosaku”.
-Kemudian para jemaah tambah menyedari bahawa haji adalah perjalanan ruh dan badan, perpindahan manusia kepada Allah, kedatangan manusia kepada Allah, iaitu perpindahan dari keluarga, harta dan keseronokan, dan menanggung kepayahan, kesusahan dan keperitan untuk datang kerana menyahut seruanNya. Firman Allah:“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh”. (Al-Hajj: 27)
Haji adalah ibadah yang menggabungkan pelbagai komponen..menggabungkan fizikal dan material, nafsu dan perasaan turut memberi saham dalam ibadah haji. Oleh sebab itu haji adalah ibadat material dan fizikal melalui pengorbanan harta, tenaga, menanggung kesusahan, keperitan dan kepenatan semata-mata kerana beribadah kepada Allah, menzahirkan penyembahan yang ikhlas kepadaNya dan mengukuhkan kemerdekaan dari segala sesuatu selain Allah.
4. Anda mengetahui manfaat haji masa kini
Firman Allah:“27.Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh,28. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang Telah ditentukan atas rezki yang Allah Telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir. (Al-Hajj: 27-28)
-Haji adalah muktamar atau persidangan Islam terbesar, penzahiran iman yang menakjubkan yang melibatkan pelbagai peringkat manusia, pelbagai keturunan dan bangsa atas janji yang satu, di bumi yang satu, laungan yang diulang-ulang yang satu, mempraktikkan syiar yang satu, menuju tujuan yang satu iaitu mengumumkan ubudiah, penyembahan dan kesetiaan hanya semata-mata kepada Allah.
-Haji seperti yang dijelaskan dalam al-Quran dan hadith yang berkait dengan ibadah kepada Allah, namun di dalam ibadah ini terkandung manfaat kemasyarakatan , faedah pengetahuan, ekonomi, politik, pendidikan yang memberi sumbangan kepada pembinaan masyarakat Islam, menambahkan kesedaran dan hala tujunya, menyumbangkan kepada penyelesaian masalah dan menggiatkan langkah ke hadapan.
-Semasa haji para muslimin dapat menyaksikan: penzahiran persamaan yang menakjubkan, kerendahan diri, persaudaraan kemanusiaan, menengenepikan perbezaan kedudukan dan pakaian dengan menanggalkan sebab yang menunjukkan sesuatu tradisi dan hanya menzahirkan satu pakaian (pakaian ihram) di mana semua merasai kesatuan bangsa manusia, persaudaraan dan persamaan.
-Di dalam haji juga para muslimin merasai kesatuan tanahair, kesatuan manusia melalui ibadah yang mengenepikan batas dan sempadan yang dibuat kerana sifat individualistic dan ketamakan manusia kepada bangsa, ras dan geografi.
-Haji merupakan himpunan manusia terbesar yang melibat jutaan umat Islam dari pelbagai penjuru dan cerok dunia, mampu menghasilkan gerakan manusia terbesar yang diikuti dengan menggerakkan kegiatan ekonomi dan perdagangan terbesar, melalui industry pengangkutan, impot dan ekspot, pertukaran wang, pembelian binatang korban, keperluan dan barangan haji serta visa dan paspot. Justeru ramai muslimin memperolehi manfaat, masyarakat dapat menggiatkan aktiviti ekonomi dan menjana pendapatan yang sangat lumayan.
5. Anda kembali dengan istiqamah dalam ketaatan
5. Anda kembali dengan istiqamah dalam ketaatan
-Di antara tanda haji mabrur ialah seorang muslim beristiqamah selepas hajinya dengan ketaatan kepada Allah dan keadaan dirinya lebih baik selepas haji berbanding sebelumnya. Inilah antara tanda penerimaan ketaatan. Menurut setengah Salaf as-Solih: “Tanda haji mabrur ialah kebaikan kepadanya bertambah selepas haji dan tidak lagi berbuat maksiat setelah kembalinya”. Menurut Hassan al-Basri: “Haji yang mabrur ialah ia kembali menjadi orang yang zuhud di dunia dan gemarkan akhirat”.
-Ini kerana di dalam haji terdapat latihan dan pendidikan kepada tingkahlaku seseorang. Di dalam haji mengembalikan para hujaj sifat sabar, sedia menanggung kesukaran, akhlak terpuji..seperti lemah lembut, rendah diri, sopan santun, baik perkataan, berbudi pekerti, murah hati, dan larangan dari berdusta, mengumpat, bermusuh dan bercakap besar…dsb.
-Di dalam haji juga mengembalikan pertautan, dapat berkenalan sepanjang bermusafir dan bergaul, menyuburkan ruh kemasyarakatan, mendidik nilai murni melalui latihan-latihan pendidikan, interaksi manusia yang menakjubkan yang dapat disaksikannya di dalam haji dengan setinggi derjat komitmen dan istiqamah perilaku.
-Demikianlah para hujaj kembali seolah-olah seperti hari lahir dari perut ibunya dengan memulakan lembaran yang baru di dalam hidupnya, yang bersih, suci dan murni. Di dalam jiwanya mengandungi potensi besar untuk melangkah dengan langkah kejayaan di dalam hidupnya dengan Allah, dirinya dan manusia.
IBADAH KORBAN & PERMASALAHAN HUKUM
1. SEJARAH KORBAN Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s – Habil dan Qabil Firman Allah Ta’ala bermaksud: dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) Yang berlaku Dengan sebenarnya, Iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari Yang lain (Qabil). berkata (Qabil):" Sesungguhnya Aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang Yang bertaqwa(Al-Maidah :27) Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s Firman Allah Ta’ala bermaksud:“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku – insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”(Al-Soffat: 100-102) 2. HIKMAH KORBAN Menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang maksudnya:“Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.(Surah Al-Hajj:37) Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban.Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. 3. DEFINISI KORBAN Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha. Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha. Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zuhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah. Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak. Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala(Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259). 4. HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya. Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan. Maka secara ringkasnya, korban itu terbahagi kepada 2: * Korban sunat (muakkad – yakni tersangat dituntut mengerjakannya) * Korban wajib Bagaimana korban boleh menjadi wajib? Binatang sembelihan bagi ibadat korban itu menjadi wajib apabila ia dinazarkan, sama ada: * Nazar itu nazar yang sebenar (nazar hakikat) ataupun * Nazar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatinya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) -Apa yang dimaksudkan dengan nazar yang sebenar dan nazar dari segi hukum? Nazar sebenar/hakiki itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nazar’. Sebagai contoh orang yang berkorban itu berkata: “Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai korban”, ataupun dia berkata: “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada Hari Raya Haji nanti”. -Adapun bernazar dari segi hukum sahaja seperti seseorang itu berkata: “Aku jadikan kambing ini untuk korban”, ataupun dia berkata: “Ini adalah korban”, maka dianggap sama seperti bernazar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘ayin) binatang tersebut. Binatang yang dinazarkan sebagai korban atau binatang korban wajib itu tidak boleh ditukar dengan yang lain walaupun dengan yang lebih baik. Apatah lagi dijual, disewakan atau dihibahkan (diberikan). -Sekiranya binatang korban wajib itu dijual oleh orang yang berkoban, maka hendaklah dia mendapatkannya semula daripada orang yang telah membelinya jika masih ada di tangan pembeli dan dia hendaklah memulangkan harga belian yang diterimanya. Jika tiada lagi di tangan pembeli, umpamanya sudah disembelihnya, maka wajib baginya mengadakan nilaian harga yang lebih mahal daripada harga waktu dia memiliki yang dahulu, dan hendaklah dia membeli semula dengan nilaian itu binatang korban yang sama jenisnya dan sama umurnya untuk disembelih pada tahun itu juga. -Jika luput dia daripada menyembelihnya, maka wajib ke atasnya menyembelih binatang korban wajib itu pada tahun hadapannya sebagai qadha yang luput itu. Jika harga binatang korban itu (yang sama jenis dan umur dengan yang dahulu) lebih mahal kerana naik harga dan harga nilaian itu tidak mencukupi untuk membeli binatang yang sama dengan yang dahulu itu hendaklah ditambahnya dengan hartanya yang lain. Begitulah juga hukumnya jika binatang itu tidak disembelih setelah masuk Hari Raya Adha dan binatang itu binasa dalam tempoh tersebut.Jika binatang korban wajib itu rosak, umpamanya mati atau dicuri orang sebelum masuk waktu berkorban dan bukan kerana kecuaiannya, tidaklah wajib dia menggantinya. -Manakala jika ia dibinasakan oleh orang lain, maka hendaklah orang yang membinasakan itu mengganti harga binatang korban wajib itu kepada orang yang punya korban dan dia hendaklah membeli semula binatang yang sama seperti yang dahulu, jika tidak diperolehi binatang yang sama, hendaklah dibelinya yang lain sahaja sebagai ganti. -Adapun jika binatang korban wajib itu disembelih sebelum masuk waktu korban, wajiblah disedekahkan kesemua dagingnya dan tidak boleh bagi orang yang berkorban wajib itu memakan dagingnya walaupun sedikit dan wajib pula menyembelih yang sama dengannya pada hari korban itu sebagai ganti. -Jika binatang korban yang telah ditentukan dalam korban wajib itu menjadi cacat (‘aib) setelah dinazarkan dan sebelum masuk waktu menyembelihnya dan kecacatan binatang itu adalah cacat yang tidak boleh dibuat korban pada asalnya, maka tidaklah disyaratkan menggantinya dan tidaklah terputus hukum wajib menyembelihnya dengan adanya cacat tersebut. Bahkan jika disembelihnya pada Hari Raya Adha adalah memadai (boleh dibuat) sebagai korban. -Sekiranya binatang yang dalam keadaan cacat itu disembelih sebelum Hari Raya Adha hendaklah disedekahkan dagingnya itu dan tidak wajib menggantinya dengan binatang yang sama untuk disembelih pada Hari Raya Adha itu. Tetapi wajib bersedekah nilaian harga binatang yang disembelih itu. -Jika kecacatan itu berlaku setelah Hari Raya Adha dan disembelih dalam keadaan yang demikian, maka tidaklah ia memadai (tidak memenuhi syarat) sebagai korban, kerana ia telah menjadi barang jaminan selagi belum disembelih, dan wajib diganti dengan yang baru. -Tidak sah dibuat korban bagi orang yang hidup melainkan dengan izinnya, dan tidak sah juga dibuat korban bagi orang yang telah mati jika simati tidak berwasiat untuk berbuat demikian. Orang yang membuat korban bagi simati dengan izinnya (yakni dengan wasiatnya) wajiblah atasnya bersedekah kesemuanya. Tidak ada bahagian untuk dirinya atau orang-orang dibawah tanggungannya (nafkah), kerana ianya merupakan orang yang menerima dan orang yang menyerah. (Matla al-Badrain) Bapa atau datuk boleh melaksanakan korban bagi orang yang diwalikan seperti anak dan cucunya dengan diambil perbelanjaan daripada harta ayah atau datuk atau anak atau cucu itu sendiri. 5. WAKTU MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN Waktu penyembelihan korban bermula sesudah matahari terbit pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) dan sesudah kadar selesai solat dua rakaat solat hari raya dan dua khutbah pendek/ringan. Manakala yang afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah. Waktu penyembelihan korban berlanjutan sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah. Ringkasnya: 10 Zulhijjah – 13 Zulhijjah. Jika binatang korban disembelih selepas berakhirnya hari Tasyriq (setelah berlalunya hari Tasyriq yang terakhir) sembelihan itu tidak dianggap sebagai korban kerana dilakukan setelah berlalu masa yang diharuskan. Tetapi bagi korban wajib (korban nazar) yang masih belum disembelih di dalam waktunya yang diharuskan, sehingga habis masa, ia wajib menyembelih binatang itu (walaupun diluar waktu) dan sembelihan itu dikira qadha. (I’aanah at-Tholibin, Juz 2; hal: 331) |
FALSAFAH IBADAH HAJI
"Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (diantaranya) makam Ibrahim, barang siapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia, mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengedakan perjalanan ke Baitullah, Barang siapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam". (Ali-Imran:97)
Ibadah haji merupakan suatu kewajiban bagi umat Islam yang sudah sanggup untuk melaksanakannya, baik itu secara jasmani maupun secara rohani, sanggup disini menunjukkan kepada kesanggupan untuk menyediakan bekal selama diperjalanan sampai pulang ke negrinya kembali. Begitu juga sanggup di sini berarti mempunyai harta untuk keluarga yang dtinggalkannya selama melaksanakan ibadah haji. Seorang fakir yang tidak mempunyai harta untuk menghidupi diri dan kelurganya maka tidaklah wajib baginya melaksanakan ibadah haji. Dan begitu juga ketika seseorang memiliki harta yang cukup untuk perbekalan tetapi tidak ada kendaraan untuk pergi melaksanakan ibadah haji karena tempatnya yang jauh dan tidak bisa ditempuh dengan berjalan kaki maka tidaklah wajib baginya ibadah haji. Begitu juga walaupun ada kendaraan akan tetapi perjalanannya tidak aman atau akan mendapatkan berbagai macam bahaya maka tidaklah juga wajib baginya untuk melaksanakan ibadah haji, karena semua yang kita sebutkan diatas tersebut diketegorikan kepada tidak sanggup.
Haji merupakan salah satu rukun Islam. Islam sangat menganjurkan kepada pemeluknya untuk melaksanakan ibadah haji tersebut. Rasulullah SAW dalam haditsnya memotivasi kita untuk melaksanakannya:" Barang siapa yang melaksanakan ibadah haji, kemudian tidak berkata kotor dan tidak berbuat kefasikan, akan dibersihkan dosa-dosanya, sebagaimana waktu ia baru dilahirkan oleh ibunya.Dalam hadits lain Rasulullah berkata: Haji mabrur tidaklah ada balasannya kecuali sorga.
Begitu pentingnya ibadah haji ini, Rasulullah sangat menganjurkan ibadah ini dengan mengumpamakan bagi seorang yang sudah melaksanakan ibadah haji akan suci sebagaimana seorang bayi yang baru dilahirkan ke muka bumi, begitu juga bagi orang yang melaksanakan ibadah haji dan ia memperoleh haji yang mabrur, maka dia akan mendapat balasan surga, sebagaimana yang dijelaskan hadits yang kita bacakan tadi.
Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 197:" (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan Haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal. (QS. 2:197).
Firman Allah ini menegaskan kepada kita bahwa ketika kita sudah berazam (menetapkan niat ) untuk melaksanakan ibadah haji, hendaklah dia mempersiapkan dirinya dengan sebaik-baiknya. Persiapan itu adalah tidak berkata kotor, berbuat fasik dan berbantah-bantahan ketika melaksanakan ibadah haji. Karena ibadah haji merupukan ibadah yang sangat mulia, Allah mengisyaratkan untuk benar-benar membersihkan dirinya dari sifat-sifat, tingkah laku dan akhlaq yang tercela. Hal ini adalah sarana untuk mendapatkan haji yang mabrur yang sudah di janjikan Allah Swt.
Pada akhir ayat ini sangat jelas di terangkan bahwa sebaik-baik bekal untuk melaksanakan ibadah haji adalah Taqwa. Persiapan menjelang ibadah haji adalalh dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Melakukan amalan-amalan wajib dan sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Artinya seseorang yang akan melaksanakan ibadah haji sudah tergambar kebersihan dirinya sebelum melaksanakan ibadah haji tersebut. Berbeda dari yang banyak di pahami orang bahwa kebersihan diri didapatkan setelah melaksanakan ibadah haji. Banyak orang beranggapan bahwa setelah haji dia akan lebih taat kepada Allah. Ketahuilah bahwa setiap perbuatan atau ibadah yang kita lakukan, sukses atau tidaknya banyak tergantung kepada persiapan dan perbekalan yang sudah di siapkan. Karena itu bagi seseorang yang akan melaksanakan ibadah haji hendaklan mengevaluasi diri. Memuhasabah diri sudahkan bekal taqwa tertanam di dalam dirinya?. Sehingga dengan perbekalan taqwa yang kuat kita bisa meraih haji yang mabrur.
Berapa banyak orang yang melaksanakan ibadah haji, tetapi hanya mendapatkan capek dan lelah saja. Berapa banyak orang yang sebelum dan sesudah melaksanakan ibadah haji tidak terlihat pada dirinya pengaruh ibadah haji tersebut. Dan berapa banyak juga kita melihat orang yang melaksanakan ibadah haji hanya untuk mendapatkan gelar di panggil sebagai seorang haji. Dan banyak juga kita melihat banyak orang yang bisa melakukan perubahan-perubahan positif dalam kehidupannya. Hanya Allah yang Maha Tahu siapa di antara hambanya yang akan mendapatkan haji yang mabrur. Hanya Allah yang tahu siapa yang benar-benar bisa meresapi makna ibadah haji. Disini kita akan coba merenungi sedikit hikmah dari perjalanan ibadah haji tersebut. Banyak makna-makna yang tersirat dalam pelaksanaan Ibadah haji, diantara rukun-rukun ibadah haji sebagai berikut:
Ihram dari Miqat mengajarkan kita suatu kedisiplinan dalam menjalankan perintah Allah Swt, ketika melakukan ihram melampaui miqat maka seseorang akan dikenakan dam, begitu ibadah haji mengajarkan kepada seorang muslim untuk disiplin dan taat kepada aturan Allah. Dengan memakai pakaian Ihram yang tidak berjahit dan berwarna putih mengajarkan kita kepada persamaan derajat, ketika seorang memakai pakaian ihram tidak terlihat siapa penguasa dan siapa rakyat biasa, dengan pakaian ihram kita diajarkan suatu sikap kebersamaan, hanya ketaqwaan kepada Allah sajalah yang membedakan kita.
Thawaf mengelilingi ka`bah sebanyak tujuh kali,Thawaf ini diumpamakan seperti shalat, Rasulullah Saw bersabda:"Thawaf mengelilingi ka`bah adalah seperti sholat akan tetapi kamu boleh berbicara didalamnya,dan barang siapa yang berbicara maka hendaklah membicarakan hal yang baik-baik".
Sa`i yaitu berlari-lari kecil antara bukit safa dan marwa semata-mata untuk melakukan Ibadah kepada Allah, mengingatkan kita pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya yang sedang kehausan, yaitu Siti Hajar dengan anaknya Ismail.
Wukuf di Arafah, mengajarkan kita makna kebersamaan dan mengingatkan kita akan hari kiamat dimana manusia di kumpulkan di padang mahsyar untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya di dunia, dengan melakukan wukuf di arafah para hujjaj merasakan bahwa hari berkumpul di padang mahsyar itu pasti ada, dan setiap kita akan di minta pertanggungjawabannya.Wukuf di arafah merupakan rukun yang terpenting dalam ibadah haji, sehingga Rasulullah mengatakan "alhajju arafah". Haji itu adalah arafah.
Kemudian setelah wukuf di arafah para hujjaj bermalam di muzdalifah kemudian di mina, para jamaah haji melakukan jumaraat, yaitu melemparkan batu kerikil sebanyak tujuh buah ke masing-masing tempat jumaraat, ini memberikan makna bahwa kita senantiasa berjuang untuk melawan syetan yang senantiasa mengganggu manusia.Ibadah haji merupakan muktamar besar umat Islam di dunia, umat Islam dari seluruh penjuru dunia datang untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah, suatu ibadah yang tidak di miliki oleh agama lain, hal ini tentunya akan mempererat persatuan dan kesatuan ummat dan akan terjalin ukhuwwah islamiyah yang menyeluruh bagi umat manusia dari seluruh penjuru dunia. Ibadah haji mengajarkan kita sikap thawadhu`, karena setiap kita meninggalkan perkara duniawi, kita meninggalkan pangkat dan jabatan serta status sosial kita di masyarakat, tidak ada perbedaan antara seorang MENTERI dengan rakyat biasa, tidak ada perbezaan antara orang kaya dan si miskin semua sama, sama-sama memakai baju ihram yang berwarna putih, sama-sama berkumpul di arafah, tidak ada yang meninggikan mereka melainkan derajat ketaqwaan mereka di sisi Allah.Kemudian bagi kita yang tidak melakukan Ibadah haji disunatkan untuk melakukan puasa Arafah, Sabda Rasulullah: Artinya : "Rasulullah Saw bersabda, puasa pada hari arafah akan menghapuskan dosa dua tahun setahun yang sudah berlalu dan setahun yang akan datang.", begitu pentingnya puasa di hari arafah ini bagi kita yang tidak melakukan ibadah haji, maka janganlah sampai hari arafah tersebut berlalu begitu saja di hadapan kita.
Kemudian kita dianjurkan untuk banyak melakukan amal sholeh pada sepuluh hari awal bulan dzulhijjah, sebagaimana sabda rasulullah Saw: Artinya :"Rasulullah Saw bersabda:"tidak ada hari-hari yang amal sholeh dilakukan padanya lebih di cintai oleh Allah selain dari hari-hari ini (yaitu sepuluh hari di bulan dzulhijjah", karena itu ketika memasuki bulan dzulhijjah ini kita dianjurkan untuk memperbanyak ibadah-ibadah dan senantiasa melakukan amal-amal sholeh. Karena Allah akan lebih mencintai orang-orang yang melakukannya pada sepuluh awal bulan dzulhijjah. Semoga bagi kita yang sudah berazzam untuk melaksanakan ibadah haji bisa mempersiapkan bekal taqwa dengan sebaik-baiknya. Sehingga mendapatkan haji yang mabrur. Wallahu A`lam
Subscribe to:
Posts (Atom)