Friday, September 23, 2011

HUDUD ADAKAH SESUAI DIMALAYSIA?

Sidang Jumaat SekalianTerdapat pelbagai erti syariat di sisi ulama. Ada yang memberi erti yang luas dan ada yang memberi erti yang khusus. Namun yang dituntut ke atas umat Islam ialah untuk mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup. Allah taala berfirman yang bermaksud “Dan barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran : 85) Adapun Islam yang hendak ditegakkan ialah agama yang harus meliputi tiga aspek – Aqidah iaitu kepercayaan, Amal Ibadah serta perundangan atau dikenali juga dengan Fiqh dan Akhlaq serta ketatasusilaan.Pada setiap satu dari ketiga bahagian tadi mempunyai perincian dan keutamaan yang tidak boleh diabaikan.Atas dasar itu, bila kita bercakap mengenai penegakan syariat dalam erti kata yang umum dan luas iaitu penegakan Islam sendiri maka ia memberi erti penanaman aqidah yang betul, perundangan yang benar dan akhlaq yang terpuji. Dan kalau kita maksudkan pelaksanaan syariat dalam erti yang khusus pula iaitu aspek Fiqh atau perundangan seperti hudud, sesungguhnya dalam Islam ia tidak harus mengabaikan aspek penanaman aqidah dan pembentukan akhlaq. Bahkan aqidah mestilah mendasari pelaksanaan perundangan dan pelaksanaan perundangan mestilah seiring dengan penghayatan akhlaq yang terpuji. Tidak cukup bagi seorang Islam hanya beriman dan mengaku sebagai seorang Islam sahaja tanpa beramal dengan perundangan dan akhlaqnya dan begitulah juga sebaliknya. Ada setengah pihak berkata ‘Mengapa perlu buat itu dan ini.. . .. yang penting hati mahu baik. Apa guna buat itu dan ini, kalau tingkah laku masih tak betul. Bukankah yang penting ialah inti ajaran Islam bukan bentuknya.Ini adalah kata-kata yang tidak tepat kerana jika kita menerima hujah ‘yang penting hati mahu baik.. yang penting adalah inti bukan bentuk’ maka manusia akan mempunyai alasan bagi meninggalkan semua kewajiban agama. Orang akan mengatakan ‘buat apa sembahyang, kalau masih buat itu dan ini.... apa guna pergi haji, tapi masih tak sedar diri macam pak haji tu.... buat apa puasa, kalau hanya setakat berlapar sahaja ... yang penting hati mahu baik’. Sepatutnya kita memahami bahawa seseorang yang melaksanakan amalan Islam bukan seorang yang maksum (terlepas dari buat dosa). Maka tidak mustahil, seorang wanita yang berhijab misalnya tetapi melakukan sesuatu kemungkaran juga seperti mengumpat dan berhasad dengki. Dalam hal ini, Allah taala akan memberi pahala kepadanya kerana berhijab dan juga dosa atas keburukan yang ia lakukan dan sifat keji yang ada dalam hatinya. Salah satu dari aspek perundangan Islam yang sekarang ini banyak dibicarakan ialah pelaksanaan hudud.Hukum hudud adalah salah satu dari cabang undang-undang jenayah Islam. Dalam konteks undang-undang jenayah Islam, hudud bermaksud segala kesalahan bukan ke atas diri manusia yang telah ditetapkan hukumannya oleh Allah taala secara khusus. Kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan hukumannya secara khusus oleh Allah taala dinamakan ta`zir seperti merosakkan harta benda awam. Kesalahan yang telah ditetapkan hukumannya pula tetapi berkaitan ke atas diri manusia seperti membunuh dan mencederakan tubuh dinamakan qisas. Hudud, Qisas dan Ta`zir membentuk undang-undang jenayah Islam.Kesalahan-kesalahan yang digolongkan dalam kesalahan hudud ialah :- Pertama, melakukan zina yang dihukum dengan sebat 100 kali bagi pesalah lelaki dan perempuan yang belum berkahwin sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah taala di surah An-Nur : 2 dan rejam sehingga mati jika ia dilakukan oleh pesalah yang telah berkahwin sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadits riwayat Ibn Majah dan hukuman yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke atas Ma`iz dan Al-Ghamidiyyah yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Kedua, menuduh orang lain berzina tanpa bukti yang dihukum dengan 80 kali sebat yang dinyatakan dalam firman Allah taala di surah An-Nur : 4. Ketiga, minum arak yang dihukum dengan 40 kali sebat. Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang minum arak, maka sebatlah dia.” (Riwayat At-Tirmuzi). Keempat, mencuri yang dihukum dengan memotong tangan sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah taala di surah Al-Maidah : 38” dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kelima, merompak yang hukumannya mengikut kadar keseriusan perbuatan ialah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah taala di surah Al-Maidah : 33. Sebahagian ulama pula memasukkan kesalahan memberontak ke atas negara dan murtad di dalam jenayah hudud. Untuk memahami jenayah hudud secara komprehensif adalah perlu juga memahami aspek cara pembuktian, cara pelaksanaan, falsafah disebaliknya serta hikmahnya agar tidak timbul salah faham terhadap hukum Allah taala. Hari ini ramai yang mengkritik hukum potong tangan kerana mencuri misalnya sebagai satuhukuman yang ganas tanpa memahami apakah erti curi yang dimaksudkan? Bilakah curi itu boleh dihukum potong tangan? Apakah pula falsafah perundangan Islam? Seolah-olah kalau curi seringgit dua ringgit sahaja, maka terpotonglah tangan pencuri itu.Untuk menghuraikan keseluruhan aspek hudud ini pastinya tidak dapat dilakukan melalui media khutbah ini. Yang penting, perlulah diketahui bahawa hudud adalah sebahagian dari agama kita yang wajib ke atas kita untuk memahaminya sebaik mungkin sebelum kita bercakap mengenai pelaksanaannya atau mengkritiknya. Oleh kerana hukuman hudud telah tsabit dalam Al-Quran dan As-Sunnah, maka wajib ke atas umat Islam di mana pun dia berada untuk beriman akan kesahihan hukum hudud. Meragui dan mempertikaikan kesahihan hukum hudud boleh merosakkan aqidah kerana ditakuti terjatuh dalam firman Allah taala “Dan sesiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah : 44). Namun pelaksanaan hudud haruslah dilakukan setelah segala infrastruktur dipersiapkan seperti tenaga-tenaga yang terlatih dan sistem kehakiman yang berkesan. Selain itu, masyarakat umumnya juga haruslah telah bersedia untuk menerimanya kerana cara hidup Islam bukan dibina atas kekuasaan undang-undang tetapi atas aqidah dan iman dalam diri manusia.Yang penting pula, hukuman hudud hanya boleh dilaksanakan oleh Ulil Amri (kuasa politik Islam). Hudud tidak boleh dilaksanakan oleh individu atau organisasi Islam. Seorang ayah tidak boleh melaksanakan hudud ke atas anaknya yang minum arak dan organisasi Islam tidak boleh menyerang pelaku kesalahan hudud atau kelab-kelab malam di jalan-jalan.Memperkenalkan hudud dalam masyarakat yang telah lama meninggalkan Islam juga haruslah memerhatikan prinsip tadarruj (bertahap-tahap). Hudud tidak semestinya dilaksanakan semuanya sekali gus kerana Allah taala mensyariatkan hudud juga secara bertahap-tahap. Walau bagaimanana pun, perlulah difahami bahawa hukum hudud adalah hanya sebahagian dari banyak kewajiban agama yang perlu ditunaikan oleh umat Islam. Oleh itu, perlulah diperhatikan urutan keutamaan-keutamaan kewajiban yang perlu dipenuhi mengikut keadaan sesuatu tempat dan masa. Dalam konteks inilah masyarakat Islam Malaysia yang hidup sebagai kelompok majoriti melihat isu hukum hudud iaitu walau pun kita beriman dengannya, tetapi kita mempunyai realiti dan keutamaan yang berbeza berbanding umat Islam yang lain Walau pun kita dituntut menegakkannya tetapi ketidakupayaan kita untuk melakukannya tidak bermakna keIslaman atau martabat kita lebih rendah dari umat Islam yang lain di sisi Allah taala kerana kita dituntut untuk berusaha mengikut keterbatasan yang ada. Najasyi, Raja Habsyah, adalah seorang muslim dan berkuasa tetapi tidak berupaya melaksanakan syariat Islam sepenuhnya kerana kemungkinan tentangan rakyatnya yang majoriti masih beragama Kristian. Namun Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazahnya dan memuji beliau. Ini telah dinyatakan oleh Ibn Taimiyah dalam buku Al-Fatawa, jilid 19, mukasurat 218-219. PERSOALANNYA:Adakah di Malaysia ini masih tidak sesuai dilaksanakan Hudud kerana rakyat berbilang kaum???Siapa Majoriti????

No comments:

Post a Comment