Friday, March 11, 2011


PERMASALAHAN LUQATAH (Barang yang Tercicir) Bahagian 2
6.0 PENGECUALIAN UNTUK MAKANAN DAN BARANG YANG KECIL : Jika barang tersebut makanan, maka ia tidak diwajibkan untuk mengumumkannya dan boleh untuk memakannya. Anas bercerita bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam pernah menemukan buah-buahan di tengah jalan. Lalu baginda bersabda:
لولا اني اخاف ان تكون من الصدقة لأكلته
"Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam telah menemui sebiji kurma lalu bersabda: Seandainya kurma itu bukan dari kurma sedekah, tentu aku telah memakannya.” (HR Bukhari & Muslim)

-Begitu juga dengan barang yang tidak bernilai maka barang tersebut tidak perlu diumumkan selama setahun, melainkan diumumkan pada tempoh waktu yang diduga yakin pemiliknya berada di sana sehingga tidak ada lagi orang yang menuntut. Orang yang menjumpai barang tersebut boleh memanfaatkannya jika barang tersebut pemiliknya tidak mengetahuinya.

رخص لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في العصا والسوط والحبل وأشباهه يلتقطه الرجل ينتفع به

“Rasulullah telah memberikan keringanan kepada kami, bahawa tongkat, cambuk, tambang dan sejenisnya yang ditemukan seseorang, maka ia boleh memanfaatkannya.” (HR Abu Daud dan Ahmad).
Diriwayatkan oleh Ali bahawa seseorang menemui Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dengan membawa satu dinar yang ditemukannya di pasar. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
عرفه ثلاثا ففعل فلم يجد أحدا يعرفه فقال : كله.

“Umumkanlah selama tiga hari.” Orang itupun mengumumkannya selama tiga hari, tetapi tidak seorang pun datang mengakui. Lalu Rasulullah bersabda, gunakanlah untuk keperluanmu” (HR Abdurrazaq dari Abu Said)


7.0 KAMBING YANG TERSESAT : Kambing yang tersesat atau seumpamanya boleh diambil kerana kambing merupakan haiwan yang lemah dan ia mudah diterkam oleh binatang buas. Ia wajib diumumkan. Apabila pemiliknya tidak datang, maka orang yang menemukannya boleh mengambilnya dan membayar ganti rugi untuk pemiliknya jika dia datang mengakuinya selepas itu.

-Menurut mazhab Maliki, orang yang menemukannya itu berhak memiliki kambing tersebut setelah menangkapnya dan tidak dipertanggungjawabkan selepas pemilik datang menuntut.

- Kerana ia berdasarkan hadith yang telah diuraikan tadi menyamakan antara serigala dengan orang yang menemukannya. Serigala tidak bertanggungjawab membayar ganti rugi, demikian pula penemu. Ini berlaku apabila pemiliknya baru datang setelah kambing itu telah dimakan. Jika ia datang sebelum kambing itu dimakan, menurut sepakatan ulama, kambing itu wajib dikembalikan kepadanya.

8.0 UNTA, LEMBU, KELDAI YANG TERSESAT : Para ulama telah bersepakat bahawa untu yag tersesat tidak boleh diambil. Bukhari meriwayatkan dari Zaid bin Khalid bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai unta yang tersesat. Baginda menjawab:

مَا لَكَ وَلَهَا مَعَهَا سِقَاؤُهَا وَحِذَاؤُهَا تَرِدُ الْمَاءَ وَتَأْكُلُ الشَّجَرَ حَتَّى يَلْقَاهَا رَبُّهَا.

“Engkau tidak memiliki urusan dengannya. Biarkan ia terlepas, kerana ia mempunyai sepatu dan kantung minumnya sendiri. Ia pun boleh mendatangi air dan memakan dedaunan pepohonan sendiri sampai ia bertemu tuannya”. (HR Bukhari)
-Maksudnya, unta yang tersesat tidak perlu ditangkap dan dipelihara. Unta memiliki sifat tahan terhadap rasa haus dan memliki kemampuan mendapatkan makanan dari pepohonan tanpa bersusah payah kerana lehernya juga panjang. Hal ini juga dapat menemukan tuannya. Sementara itu, lokasi tempat ia berada memudahkan pemiliknya untuk mencarinya jika dibandingkan dengan mencari ditengah-tengah unta milik orang lain.Perkara tersebut berlaku hingga zaman Uthman radhiallahu ‘anhu yang kemudiannya mengeluarkan kebijaksanaan untuk menangkap unta yang tersesat dan mejualnya. Jika pemiliknya datang, dia berhak mengambil wang penjualan tersebut. Ibnu Syibah az-Zuhri berkata, pada masa khalifah Uthman bin Khattab, unta yang tersesat dijadikan pengangkutan. Pada masa khalifhah Utman bin Affan, beliau memerintahkan untuk mengumumkan unta yang hilang itu lalu menjualnya. Apabila pemiliknya datang, maka diberikan hasil penjualannya. Demikian menurut riwayat dari Malik di dalam kitab al-Muwattha’.

-Khalifah Ali radhiallahu ‘anhu menetapkan kebijaksanaan yang berbeza. Beliau memerintahkan agar dibuatkan kandang untuk unta yang tersesat. Jika ada yang mengaku, dan mempunyai bukti-bukti yang cukup bahawa dia adalah pemiliknya, maka unta tersebut diberikan semula kepadanya. Jika tidak unta tersebut, tetap ditempat itu sebagaimana adanya dan tidak dijual. Kebijaksanaan ini dianggap sebagai kebijaksanaan yang terbaik oleh Ibnu Musayyab.

-Haiwan-haiwan seperti lembu, kuda dan keldai menurut kalangan mazhab Syafie dan Ahmad, hukumnya sama seperti unta. Baihaqi meriwayatkan bahawa Mundzir bin Jarir berkata, dahulu aku bersama ayahku di Bawazij (kota tua di tepi sungai di sebelah atas kota Baghdad), iaitu di Sawad. Suatu hari, aku merehatkan gembalaanku dan ayahku melihat lembu lain bergabung dengan lembu gembalaanku. Maka ayahku bertanya, kenapa dengan lembu ini? Para pengembala menjawab, ada lembu lain bergabung dengan lembu gembalaan kami. Ayahku memerintahkan agar lembu itu dihalau sampailah ia pergi jauh dan tidak nampak lagi. Setelah itu, ayahku berkata aku pernah mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
لا يأوي الضالة إلا ضال

“Tidaklah melindungi haiwan yang tersesat kecuali orang yang benar-benar sesat”.
Abu Hanifah berkata. Boleh menangkapnya, Malik berpendapat boleh menangkapnya jika dikuatirkan diterkam oleh binatang buas. Jika tidak, tidak perlu mengambilnya.


9.0 PEMBIAYAAN BARANG TEMUAN. (
(النفقات اللقطة : Pembiayaan atau perbelanjaan barang temuan yang ditanggung oleh orang yang menemukan barang tersebut dapat diminta ganti kepada pemilik barang tersebut. Tetapi, ia tidak berlaku jika orang yang menemukan barang tersebut menunggangnya atau memerah susunya kerana ia sudah dianggap sebagai upah atau imbalan yang dikeluarkan.

10.0 KESIMPULAN : Apabila menemui barang yang ditemui , maka haruslah dilihar dari sudut hati supaya berniat untuk memulangkkannya, bukan dengankepentingan diri sendiri untuk mengambilnya. Apabila ia diniatkan dengan ikhlas, maka Allah akan memudahkan segala urusan kerana niat kita hanyalah untuk menolong dan membantu saudara Islam yang lain. Dengan ini, manusia tidak akan tamak dengan kurniaan yang Allah berikan kepada hamba-hambanya.

11.0 RUJUKAN : Sabiq, al-Sayyid.Fiqh as-sunnah.1988.al-Qaherah.Maktabah Dar al-Turath.

No comments:

Post a Comment