KENALI JIN,IBLIS & SYAITAN
KETIGA-tiganya, iaitu jin, iblis dan syaitan adalah antara makhluk ciptaan selain malaikat dan manusia. Menurut al-Quran, jin dicipta sebelum manusia (Q 15: 26-27) dan kedua-duanya menghuni dunia ini.
Nama jin diambil sempena asal kejadiannya yang tersembunyi daripada mata manusia, iaitu berasal daripada kata kerja ‘janna’ bermaksud tertutup, terselindung dan tersembunyi.
Jin tergolong dalam dua golongan, iaitu jin beriman dan jin kufur (Q72: 1-4; 14-15). Dikategorikan dalam jin kufur atau kafir ialah nama seperti Ifrit, Syaitan dan Qarin.
Iblis pula berasal daripada golongan jin seperti disebut dalam al-Quran: “Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”: Lalu mereka sujud melainkan iblis; ia berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya...(Q 18: 50).
Manusia tidak mampu menguasai golongan jin. Bagi Nabi Sulaiman (as), baginda dapat menguasai jin kerana diberi anugerah berbuat demikian dan ia adalah antara mukjizatnya (Q 27: 17).
Justeru, manusia sewajarnya tidak berkawan dan mempercayai jin. Ini kerana mereka sentiasa mencuba sedaya upaya supaya manusia melakukan dosa besar sehingga syirik kepada Allah.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman
keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamer dan lain-lain.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
No comments:
Post a Comment