Friday, August 19, 2011

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR.APA YANG ANDA LAKUKAN?
Tanpa disedari, Ramadhan kian hampir ke penghujung, bakal meninggalkan berbagai kenangan yang indah maupun sebaliknya, bagi yang sedang menyiapkan bekalan sebagai Hamba-NYA pasti menggamit resah di dada.Ya, resah, resah kerana ramadhan hampir pergi meninggalkan mereka, tidak diketahui samaada berjumpa lagi atau tidak pada tahun seterusnya. Juga resah untuk menjalani kehidupan yang mendatang, apakah masih mampu beribadah seperti bulan Ramadhan atau sebaliknya.

Bagi yang sedang menyiapkan bekal Hari Raya, juga resah. Ya, resah untuk menyiapkan pelbagai kelengkapan Hari Raya yang bakal berkunjung tiba. "Langsir sudah tempah belum?""Baju Raya sudah siap belum?""Sofa rumah sudah lusuh, bila nak tukar ni?""Rendang, ketupat, lemang""Aduh, pening pening!!"Mereka juga resah. Resah untuk kelengkapan Hari Raya.Aduh! sangat dikasihankan.Peluang untuk beribadah di bulan Ramadhan dipenuhi dengan persiapan raya dan diiringi juga dengan lagu lagu Raya yang jauh melupakan tentang Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari.

Seorang pelari pecut, pasti akan mengumpulkan seluruh tenaganya untuk membuat PECUTAN TERAKHIR ketika hampir ke garisan penamat.Untuk apa?Untuk bergelar juara, Ya, juara dengan mengalahkan peserta yang lain.Seorang pelajar yang hanya tinggal seminggu untuk menduduki peperikasaan juga akan mengumpulkan segenap kudratnya yang terdaya untuk membuat PECUTAN TERAKHIR. Juga akan diselenggarakan berbagai bengkel dan juga seminar yang tajuknya tidak akan lari dari 'PECUTAN TERAKHIR' Untuk apa?Tidak lain hanyalah untuk berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan

Bakal mempelai yang akan mendaki bahtera rumahtangga juga pasti akan menyiapkan bekal yang secukupnya. Pasti akan membuat 'PECUTAN TERAKHIR" tika hamper 10hari lagi sebelum bahtera mula menaikkan sauhnya.Kerana apa? Supaya persiapan tertata rapi dan majlis dapat berlangsung dengan jayanya.

Begitulah kalau dapat dianologikan. Kalau sekiranya, pelari pecut mampu membuat pecutan terakhir untuk berjaya, pelajar mampu membuat pecutan terakhir untuk cemerlang ,mempelai berusaha menyiapkan persiapan perkahwinannya dengan membuat pecutan terakhir untuk berjaya, maka apakah ketika Ramadhan sudah ke penghujungnya kita masih maintain tanpa sebarang pecutan

Ramadhan masih berbaki 9 hari.Hampir menuju ke garisan penamat, namun tetap masih belum tiba. Maka kita dituntut untuk membuat PECUTAN TERAKHIR. YA, Pecutan terakhir sebelum tiba ke garisan penamat.Pecutan yang akan menentukan berjaya atau tidak kita mengharungi Ramadhan. Pecutan terakhir yang juga merupakan pecutan penentuan.Bagi yang telah leka sebelumnya, ini masanya untuk anda memecut!, bagi yang masih 'maintain' dengan pecutan yang ada, kini masanya untuk anda menambahkan 'speed'!, bagi yang sudah sedia memecut, kini masanya untuk anda terus memecut sebelum tiba ke garisannya!. Ya, pecutan terakhir pecutan penentuan.

Bagi yang masih belum khatam Al-Quran, ini masanya untuk anda memecut untuk menkhatamkan Al Quran, bagi yang tengah berusaha, ini masanya untuk anda meningkatkan usaha anda, bagi yang sudah khatam, kini masanya anda terus memecut menggandakan usaha.Kerana apa?Kerana masanya sudah tiada, garisan penamat semakin hampir, andai berlengah lagi, pasti kita akan tersungkur tewas.Maka, mungkin ini sebabnya kenapa Rasulullah menggalakkan kita menggandakan ibadah di penghujung Ramadhan terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan

10 malam terakhir
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aisyah yang bermaksud “Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir Ramadhan, maka baginda akan menghidupkan malam malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya” (HR Bukhari Muslim)

Juga dalam hadis yang lain dari Aisyah” Bahawa Rasulullah beriktikaf 10 hari akhir Ramadhan sampai baginda wafat “(HR Bukhari Muslim)

Juga pada 10 malam terakhir dari Ramadhan dikurniakan satu malam yang tiada tanding taranya dengan malam malam yang lain iaitu malam LAILATUL QADR.

“Sesungguhnya kami telah menurunkan Al Quran pada Lailatul Qadr,Apa yang kamu tahu tentang Lailatul Qadr?Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhan untuk mengatur semua urusan,Sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar” (Al Qadr, 97:1-5)

Malam lailatul Qadr itu ternyata lebih baik dar 1000 bulan, iaitu kira kira bersamaan dengan 83 tahun.Subhanallah!, beribadah pada malamnya dikira seperti beribadah selama 83 tahun.Alangkah ruginya bagi orang meninggalkannya.

Hadis dari Abu Hurairah"Barangsiapa berdiri (solat) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa dosanya yang telah lalu (HR Bukhari Muslim)

Satu lagi ganjaran yang Allah Taala tawarkan iaitu pengampunan dari dosa.Sekali lagi, alangkah ruginya bagi orang orang yang tidak mendapatkannya.Usah ditanya, bilakah malam Lailatul Qadar, kerana malamnya sengaja disembunyikan Allah.

Kerana apa disembunyikan waktunya?
Supaya orang-orang yang malas menjalankan ibadah, mereka bersemangat untuk menjalankan ibadah pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Hikmah yang lainnya juga yaitu agar menambah amal shalih seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Tanda tandanya
1. Malam yang cerah dan terang
2. Angin yang berhembus tenang, tidak dingin dan tidak panas
3. Dirasakan ketenangan yang amat sangat bagi orang yang beriman dan beribadah pada malam tersebut
4.Matahari terbit pada keesokannya dengan tidak terlalu menyilau berbeza dengan hari sebelumnya.

Kesimpulannya :Marilah kita sama sama membuat PECUTAN TERAKHIR untuk sisa sisa hari yang masih ada di bulan Ramadhan.Berusahalah sebaik mungkin meminimumkan urusan dunia dan memaksimumkan ibadah taqarub IlALLAH.Bagi para pelajar,pekerja,pekebun,peniaga,pendidik,pendakwah berusahalah untuk menyiapkan untuk beribadah pada sebelah malamnya. Bagi para penulis dan peminat blog,FB.Twitter dsb, minimumkanlah lawatan lawatan ke laman sesawang & laman sosial untuk malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan ini dan menumpukan ibadah yang lain dengan sebaik baiknya.Mudah mudahan Allah menemukan kita dengan Lailaul Qadr, dan menganugerahkan kita piala KeTAQWAan bila tiba di garis penamat nanti hendaknya.AMIN YA RABB.

No comments:

Post a Comment