Friday, April 9, 2010


75 DOSA-DOSA BESAR

Dosa besar jumlahnya Berbeza-beza menurut pendapat para ulama. Ada yang menyatakan 4 dan 7 menurut Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Ada pula yang membagi 2, iaitu yang dihukum di dunia dan diancam azab di akhirat.Berikut ini adalah dosa-dosa besar menurut kitab Al Kabair karya Syamsudin Adz Dzahabi yang semuanya berjumlah 75 dosa besar. Dosa-dosa besar yang dimaksud adalah :

1. Menyekutukan Allah (Syirik)

2. Membunuh orang dengan sengaja

3. Sihir

4. Meninggalkan sholat Fardlu

5. Enggan membayar zakat

6. Tidak puasa Ramadhan tanpa alasan

7. Enggan menunaikan haji

8. Durhaka kepada kedua orang tua

9. Menjauhi kerabat ( Memutus hubungan silaturahmi )

10. Zina

11. Homoseksual

12. Riba

13. Memakan harta anak yatim dengan cara zalim

14. Dusta

15. Melarikan diri dari peperangan

16. Pemimpin yang menipu rakyat

17. Berlaku sombong

18. Kesaksian palsu

19. Minum minuman keras

20. Judi

21. Menuduh zinah kepada perempuan baik

22. Khianat dalam harta rampasan perang

23. Mencuri

24. Merompak

25. Sumpah palsu

26. Berbuat zalim

27. Membantu berbuat zalim

28. Memperoleh kekayaan dengan cara haram

29. Bunuh diri

30. Suka berbuat dusta

31. Hakim yang derhaka

32. Menyuap dalam masalah hukum (Rasuah)

33. Perempuan menyerupai laki-laki dan sebaliknya

34. Mengasuh keluarga dalam dosa

35. Kahwin dengan dasar cina buta

36. Sisa kencing yang tidak dibersihkan

37. Riya ( Pamer)

38. Menyembunyikan ilmu

39. Khianat

40. Mengungkit-ungkit pemberian

41. Mengingkari takdir

42. Menyelidiki rahsia orang (Tajassus)

43. Mengadu domba ( Namimah)

44. Mengutuk orang muslim

45. Mengingkari janji

46. Percaya kepada dukun dan tukang ramal

47. Nusyuz seorang perempuan terhadap suami

48. Melukis mahluk hidup

49. Meratapi orang mati ( Niyahah)

50. Berperangai buruk

51. Zalim terhadap orang yang lemah

52. Menyakiti hati jiran

53. Menyakiti dan mencaci maki orang Islam

54. Durhaka terhadap hamba Allah

55. Mengagumi diri dan sombong dengan berpakaian yang berlebih-lebihan

56. Menyembelih binatang untuk sesuatu upacara

57. Hamba sahaya melarikan diri dari tuannya

58. Memalsukan keturunan

59. Menentang kebenaran

60. Enggan memberikan kelebihan air

61. Mengurangi Timbangan dan Takaran

62. Berbuat dosa tetapi merasa aman dari kemurkaan Allah

63. Meninggalkan jamaah sholat Jum’at

64. Curang dalam berwasiat

65. Tipu daya

66. Mencaci orang Islam dan membuka rahsianya

67. Makan dan minum pada bejana emas dan perak

68. Mencela sahabat Nabi Muhammad SAW

69. Buang air besar ditempat tumpuan orang ramai

70. Kencing di tempat air yang bertakung

71. Nifak : sifat yang berbeda antara lahir dan bathin

72. Lupa kepada Allah

73. Kedekut

74. Memakan 4 makanan yang diharamkan: bangkai, Daging babi, darah dan daging binatang yang disembelih selain nama Allah

75. Kufur kepada Allah

Setelah kita mengetahui 75 macam dosa besar tersebut dan kita mungkin termasuk diantaranya, ada baiknya kita segera bertaubat untuk menghindari murka dan azab Allah SWT karana Allah berjanji akan segera menghapuskan dosa-dosa kita bila kita segera menyedari kesalahan dan bertaubat serta berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.Untuk keterangan bagi setiap dosa boleh dirujuk didalam buku Dosa-dosa besar

No comments:

Post a Comment