SIFIR KEHIDUPAN MUSLIM
Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala
kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan
solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jikadilakukan sedikit
pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:
- Subuh: 2 rakaat
- Zuhur: 4 rakaat
- Asar: 4 rakaat
- Maghrib: 3 rakaat
- Isyak: 4 rakaat
Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari.
Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap
rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari
hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika
dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari,
hanyalah 2.36%.
Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7
bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam
sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4
bersamaan dengan 15.88 jam.
Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12
sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah
bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang
hanyalah lebih kurang 8 hari.
Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan
purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur
seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini
bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika
dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari,
maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat
hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.
Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya
menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita
untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur,
jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat.
Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat
singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun
masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki
solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh
khusyuk.
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60
tahun-70 tahun (majoriti) Puratanya manusia meninggal -+65 tahun.
Baligh:
Bermulanya diperhitungkan amal seseorang samada baik atau buruknya selama hidup
di dunia
Laki-laki Baligh : -+ 15 tahun
Wanita Baligh : -+ 12 tahun
Laki-laki Baligh : -+ 15 tahun
Wanita Baligh : -+ 12 tahun
Usia yang ada untuk kita beribadah kepada Allah Swt,
puratanya:
Mati – Baligh = Baki Usia; 65 – 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Mati – Baligh = Baki Usia; 65 – 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan: 50
tahun= 18250 hari= 458000 jam
Gambaran Kasarnya: Mari kita muhasabah bersama.
Waktu kita tidur -+8 jam/hari:
Waktu kita tidur -+8 jam/hari:
Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk tidur
sahaja 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan, dibundarkan jadi 17
tahun.
Logiknya:
Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita
akan ‘ditidurkan’ untuk tempoh yang agak lama sebelum menemui Allah Swt.
Waktu aktiviti kita di siang hari -+ 12 jam;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti di siang hari: Ada yang bekerja, ada yang
belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil
jalan-jalan, tengok movie, chatting dan banyak lagi.
Waktu rehat -+4 jam;
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Waktu rehat -+4 jam;
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung
dibuai khayalan.
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah?
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;
“Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk
beribadah kepadaKU”
Kita tidak menafikan, memang benar. Menuntut ilmu itu
ibadah, kalau niatnya semata-mata lilLah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR
MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH
PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…(Tidak Semua)
Kita juga tidak menafikan, memang benar. Bekerja cari
nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup
bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
“Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja
tatkala berjaya “
Bila Nak Beribadah???
Mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…! Karena kita fikir, solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurg. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !?
Mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…! Karena kita fikir, solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurg. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1 Waktu Solat = -+ 10 minit ….. 5x solat = -+ 1 jam(+solat sunat)
Dalam masa 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam =18250 jam= 2 tahun
1 Waktu Solat = -+ 10 minit ….. 5x solat = -+ 1 jam(+solat sunat)
Dalam masa 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan:
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia
cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10 minit! Kalau solat macam ayam
patuk tanah..??? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita. itu pun belum tentu
solat kita bermakna berpahala dan diterima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding
dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun, dalam percakapan kita yang
selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang
sering menggores perasaan/hati orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang
selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu
bergelumang dosa.
Logiknya:
Bukan satu perkara yang mustahil buat kita umat akhir
zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama
manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat,
isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat.
Ingatlah negeri kita…Akhirat.
” Setiap Anak Adam akan melakukan kesilapan(dosa), dan
sebaik-baik mereka yang berdosa adalah mereka yang bertaubat”..
” Sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk kamu, dan kamu diciptakan untuk Akhirat”..
” Sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk kamu, dan kamu diciptakan untuk Akhirat”..
No comments:
Post a Comment