Friday, July 22, 2011

5 HAK SI MATI YANG PERLU DIUTAMAKAN OLEH WARIS

Dalam syariat Islam, sebelum dilaksanakan pembahagian pusaka kepada ahli waris, maka hendaklah terlebih dahulu diselesaikan hak-hak yang berkaitan. Secara umumnya jumhur ulama berpendapat terdapat lima hak ke atas harta peninggalan yang perlu diselesaikan secara tertib atau berperingkat-peringkat iaitu:

1- Hak Perhutangan yang Ditanggung oleh Harta Si Mati
Maksud hak perhutangan yang ditanggung oleh harta si mati ialah keadaan harta yang masih terikat dengan orang lain walaupun zahirnya adalah milik si mati. Misalnya seperti barang gadaian dan juga haiwan ternakan milik si mati yang telah merosakkkan tanaman orang lain, maka kedua-duanya tergolong di dalam kategori ini. Sehubungan dengan itu, maka menjadi kewajipan tanggungjawab ahli waris si mati umtuk melunaskan gadaian dan membayar gantirugi kerosakan yang dilakukan oleh haiwan ternakan. Hal ini perlu dilaksanakan dengan segera oleh para waris setelah kematian si mati mengikut pandangan jumhur ulama. Pada pendapat sebahagian ulama madhhab Hanafi berpendapat hak perhutangan yang tertanggung ke atas harta sebagai hak pertama yang wajib dilunaskan oleh para waris. Jika semua harta si mati habis kerana melunaskan perkara tersebut, maka si mati dianggap tidak meninggalkan harta.Selain daripada dua contoh di atas, sebahagian urusan muamalat semasa juga termasuk di dalam kategori ini iaitu seperti melunaskan caruman takaful sebagai syarat memperolehi manfaat, menjelaskan baki hutang ke atas harta yang digadaikan ketika membeli, membayar gantirugi untuk mendapatkan wang deposit si mati, dan sebagainya. Oleh itu, harta-harta yang pernah digadaikan oleh si mati semasa hidupnya, maka ahli waris si mati mestilah terlebih dahulu menebus harta tersebut sebelum harta itu dijadikan sebagai harta pusaka untuk mereka yang berhak menerimanya.

2-Mengeluarkan Perbelanjaan Untuk Menyelenggarakan dan Menguruskan Pengkebumian Si Mati
Hak kedua yang perlu didahulukan sebagai hak-hak si mati sebelum membahagikan harta pusaka ialah menggunakan harta peninggalan si mati untuk perbelanjaan bagi menguruskan pengkebumian si mati seperti membeli kain kapan, membayar upah memandikan si mati dan peralatannya, upah menggali kubur, keranda mengusung, serta sebagainya. Pemberian kepada orang yang menyembahyangkan jenazah yang biasanya dua ringgit atau lima ringgit seorang adalah tidak dikira sebagai belanja pengkebumian yang wajib. Oleh itu, ia tidak boleh diambil daripada harta si mati. Begitu juga bagi mereka yang membuat ratib tahlil, misalnya satu hari, tiga hari, tujuh hari, dan sebagainya ia bukanlah satu perkara yang wajib. Oleh itu perbelanjaan mengadakannya tidak boleh dianggap sebagai belanja pengkebumian.
- Para ulama fiqh menegaskan bahawa perbelanjaan untuk menyelenggarakan dan menguruskan si mati mulai dari saat kematiannya hingga ke saat pengkebumiannya mestilah diambil daripada harta peninggalannya mengikut ukuran yang sederhana sahaja, tidak berlebih-lebihan, dan tidaklah pula tersangat kurang. Jika berlebih-lebihan di dalam perbelanjaan pengurusan dan penyelenggaraan si mati, maka sudah pasti akan mengurangi hak ahli waris. Sebaliknya jika tersangat kurang, maka sudah tentu pula akan mengurangi hak si mati. Kedua-dua ini adalah berlawanan dengan kehendak syarak. Kesederhanaan dalam membelanjakan harta telah ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya iaitu:Maksudnya:“Dan orang-orang (yang diredhai Allah itu) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah berlebihan dan tiada pula kikir; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah di tengah-tengah di antara kedua-duanya demikian”.

3-Membayar Hutang-Hutang Mutlak Si Mati
Hak si mati yang ketiga yang perlu diselesaikan oleh ahli-ahli warisnya setelah mengkebumikan si mati iaitu menjelaskan bayaran hutang-hutang yang masih menjadi tanggungan si mati. Hutang-hutang yang masih menjadi tanggungan si mati ada dua kategori iaitu hutang-hutang si mati kepada Allah dan hutang-hutang si mati kepada manusia.
1) Hutang-Hutang Si Mati Kepada Allah
Jumhur ulama telah berpendapat bahawa hutang-hutang Allah adalah berkaitan dengan apa yang ditinggalkan oleh si mati. Mengikut pendapat yang asah (???) dalam mazhab As-Syafii telah menyatakan bahawa hutang kepada Allah seperti zakat, kifarat, dan haji hendaklah didahulukan ke atas hutang kepada manusia. Pendapat mereka berdalilkan kepada hadis daripada Ibnu Abbas R.A iaitu:Maksudnya:“Sesungguhnya seorang wanita telah datang kepada Rasulullah S.A.W maka dia berkata: Jika ibuku telah meninggal dunia, adakah ke atasnya puasa (bulan Ramadhan). Maka Rasulullah berkata: Adakah kau berpendapat kalau ke atasnya hutang, adakah kau akan menggantikannya (qadha’ puasa). Maka berkata wanita itu: Ya. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: Maka hutang Allah berhak diganti”.
- Setelah si mati telah meninggal dunia, hak yang perlu dilaksanakan oleh ahli warisnya ialah membayar zakat harta-harta si mati yang telah sempurna dari segi haul dan nisab, cukup syarat-syarat untuk dikeluarkan, dan zakat tersebut belum sempat dikeluarkannya. Maka wajib menjadi tanggungjawab ahli warisnya bagi mengeluarkan zakatnya sebelum harta pusaka tersebut dibahagi-bahagikan di antara mereka. Namun bagi pendapat Abu Hanifah bagi Madhhab Hanafi telah berpendapat bahawa telah gugur pembayaran zakat bagi orang-orang yang telah mati. Hal ini disebabkan beliau berpandangan bahawa hutang-hutang kepada Allah merupakan ibadat-ibadat wajib yang mesti wujud niat dan ikhtiar. Maka si mati tidak dapat lagi melakukan kedua-duanya kerana ia telah gugur tanggungan atas kematiannya. Namun begitu jika si mati ada mewasiatkan kepada waris-warisnya bahawa dirinya masih ada hutang dengan hak-hak Allah, maka itu wajib dilaksanakan oleh warisnya. Jika tidak mewasiat atau tidak sempat mewasiatkan perkara itu, maka segalanya kehendak Allah untuk mengazab atau mengampunkan si mati dengan keadilan-Nya.
- Sekiranya si mati mempunyai tanggungan kifarat, contohnya seperti si mati pernah bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan namun tidak sempat melaksanakan kifarat tersebut, maka wajiblah ke atas waris-waris menyelesaikannya. Jika si mati ketika hayatnya mempunyai nazar untuk melakukan perkara tabarruc, akan tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat menunaikan nazarnya, maka itu juga tanggungjawab para waris untuk menyempurnakan nazarnya. Di samping itu, jika si mati semasa hayatnya masih belum menunaikan haji yang wajib ke atasnya, maka waris-waris hendaklah menguruskan upah haji si mati. Dan sekiranya si mati sepanjang hidupnya pernah meninggalkan puasa fardhu di bulan Ramadhan ataupun tidak sempat mengqadha’kannya akibat sakit, maka wajib ke atas waris-waris si mati membayar fidyah puasa si mati.

2) Hutang-Hutang Si Mati Kepada Manusia
Hutang-hutang si mati kepada manusia adalah merangkumi hal muamalat yang pernah dilakukannya namun tidak sempat menyelesaikannya iaitu seperti berhutang untuk meminjam wang atau harta dan si mati pernah membuat pembelian secara tangguh. Ahli waris mestilah menggunakan harta pusaka peninggalan si mati untuk menjelaskan hutang-hutang si mati yang masih belum dibayar sebelum harta tersebut dibahagi-bahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya. Hal ini disebabkan hutang-hutang yang ditanggung oleh si mati akan mengakibatkan rohnya tergantung jika tidak diselesaikan hutang tersebut. Hal ini jelas di dalam hadis Rasulullah S.A.W yang telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah iaitu:Maksudnya:Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

Sekiranya jumlah hutang si mati itu lebih banyak daripada harta pusakanya, maka pembayaran hutang itu hendaklah dicukupkan dengan harta pusakanya yang ada. Dalam masalah ini, jika ahli waris secara bersama ingin untuk membayar hutang si mati itu atau salah seorang daripada mereka dengan kerelaan hati sanggup menjelaskan semua hutang si mati (ataupun sebahagiannya sahaja), maka perbuatan tersebut merupakan kebajikan bagi ahli waris tersebut. Perlulah diingati juga di sini bahawa perbuatan si pemiutang menuntut hutang bukanlah merupakan satu kewajipan hukum yang mesti dituntut olehnya kepada ahli waris si mati. Jika si pemiutang sanggup menghalalkan segala hutang-hutang yang pernah dipinjam oleh si mati, maka tindakan itu adalah lebih baik dan ia merupakan kebajikan bagi si pemiutang tersebut.

4 -Melaksanakan dan Menyempurnakan Wasiat Si Mati
Mengenai wasiat yang dibuat oleh orang yang telah meninggal dunia sewaktu dirinya masih hidup dalam kadar yang dibenarkan oleh syarak, iaitu tidak lebih daripada satu pertiga harta peninggalan setelah diambil dan ditolak perbelanjaan menyelenggara serta menguruskan pengkebumian si mati, dan juga setelah dibayar hutang-hutang yang masih menjadi tanggungan si mati. Wasiat menurut pandangan ulama madhhab syafici juga merupakan pemberian atau sumbangan sama ada harta itu sendiri atau manfaatnya oleh seseorang kepada pihak lain setelah dirinya meninggal dunia bertujuan untuk melakukan amal kebajikan (tabarru’). Wasiat (yakni kurang satu pertiga daripada harta) tidaklah memerlukan kepada persetujuan di kalangan ahli waris, bahkan wasiat itu adalah sah tanpa persetujuan mereka.

Akan tetapi jika wasiat itu lebih daripada satu pertiga daripada harta peninggalan, maka wasiat yang lebih daripada kadar yang ditetapkan itu tidak diluluskan oleh hukum syarak dan tidak sah, melainkan dengan keredhaan dan izin persetujuan ahli-ahli waris. Hal ini adalah berhujahkan dengan hadis melalui sabda Rasulullah SAW kepada sahabatnya iaitu Saad bin Abi Waqas mengenai pertanyaan beliau semasa dirinya sakit yang berbunyi:Maksudnya:“Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Pada waktu Haji Wida' Rasulullah s.a.w menziarahiku ketika aku sedang sakit tenat. Waktu itu aku berkata: Wahai Rasulullah, lihatlah keadaan aku yang berada dalam keadaan tenat ini sebagaimana yang kamu lihat, sedangkan aku ini seorang hartawan dan hanya seorang anak perempuan sajalah yang akan mewarisi harta saya. Adakah saya boleh mengeluarkan sedekah dua pertiga dari harta saya? Baginda menjawab: Tidak! Aku bertanya lagi: Bagaimana kalau sebahagiannya? Baginda menjawab: Tidak! Tetapi satu pertiga dan satu pertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa dan meminta-minta kepada orang lain”.

Di dalam perbincangan mengenai mendahulukan wasiat terlebih dahulu atau mendahulukan membayar hutang perlu lebih diutamakan, maka timbul kemusykilan mengenainya ketika mana merujuk pada nas firman Allah ayat 11 surah An-Nisa' secara zahir iaitu:Daripada sesudah wasiat yang dia wasiatkan dengannya atau (dibayar) hutang.
Ayat di dalam surah An-Nisa’ ayat 11 tersebut secara terang mendahulukan hak wasiat berbanding dengan hutang. Walau bagaimanapun pentafsiran sesuatu ayat Al-Quran mesti dikaji mengikut adabnya iaitu mentafsirkan sesuatu hukum Al-Quran dengan hadis Rasulullah S.A.W selepas tidak terdapat nas-nas Al-Quran yang menyatakan tentang hukum tersebut. Maka para ulama telah mendapati terdapat hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan lain-lain iaitu:Maksudnya:Daripada Al-Harith meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: “Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah memutuskan bahawa membayar hutang itu mendahului wasiat, dan kamu semua membaca (ayat Al-Quran) bahawa menunaikan wasiat itu sebelum membayar hutang”. Telah berkata Abu Isa bahawa telah beramal para ahli ilmu dengan mendahulukan membayar hutang sebelum (menunaikan) wasiat.

Persoalan yang akan timbul mengapa di dalam firman Allah S.W.T mendahulukan wasiat daripada hutang. Hal ini telah diperjelaskan oleh Imam Al-Kasaniy di dalam kitabnya Bada i’ As-Sona i’ bahawa adapun hikmah daripada mendahulukan wasiat pada sebutan ke atas membayar hutang di dalam ayat berkenaan merupakan peringatan daripada Allah S.W.T kepada kita supaya wajib melaksanakan wasiat orang yang telah meninggal dunia jika wasiat itu tabarru’. Bagi pendapat Imam al-San’aniy pula telah menjawab persoalan tersebut dengan berkata:“Imam al-Suhayliy telah menjawab persoalan ini dengan berkata: Sesungguhnya tujuan wasiat adalah untuk membuat kebaikan dan menghubungkan silaturahim sesama manusia manakala hutang pula adalah untuk melunaskan tanggungjawab si mati, maka mendahulukan wasiat untuk menunjukkan kebaikan si mati itu tentu lebih baik”.Sesungguhnya wasiat merupakan satu perbahasan yang cukup panjang dan teliti sehinggakan para ulama fiqh meletakkannya satu bab khusus di dalam penulisan mereka. Memandangkan penulis hanya ingin mengupas tentang hak-hak berkaitan dengan harta peninggalan, maka apa tang dibincangkan sudah memadai sebagai pendedahan awal untuk mengetahui hak keempat ini.

5- Hak Membahagikan Harta kepada Para Waris
Sesudah menyelesaikan empat hak harta peninggalan si mati yang telah dibincangkan sebelum ini, maka baki harta yang tinggal tersebut merupakan harta pusaka atau istilah fuqaha’ dikenali sebagai al-mirath atau al-fara’id. Maka hak kelima ini adalah untuk menentukan bahagian-bahagian yang boleh diwarisi oleh waris-waris si mati sebagaimana yang ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan hadis-hadis baginda S.A.W.Bagi menepati kehendak syariat dari segi pembahagian pusaka tersebut, maka pihak yang membahagikan harta tersebut hendaklah mengetahui rukun perwarisan, sebab-sebab perwarisan, syarat perwarisan, halangan-halangan perwarisan, ahli waris dan bukan waris, cara pembahagian dan kadar bahagian, serta sebagainya sepertimana yang dijelaskan oleh para ulama di dalam bab al-fara’id
PUASA SYA’BAN VS NISFU SYA’BAN
Ummat islam sungguh di dera kebimbangan dan kesalah pahaman yang sungguh dalam. Mari kita perhatikan. banyak dari kita justeru melakukan dan khusyuk terhadap ibadah-ibadah yang justru tidak ada tuntunannya bahkan tidak ada jejak sejarah pernah di lakukan oleh para sahabat. Namun meninggalkan sunnah yang dituntunkan dan tidak pernah di tinggalkan rasulullah.
PUASA SYA'BAN:
keutamaan bulan sya'ban bisa di lihat dari hadis berikut: Diriwayatkan bahwa Rasululloh SAW bersabda “Bulan Sya’ban itu bulan yang biasa dilupakan orang, karena letaknya antara bulan Rajab dengan bulan Ramadhan. Ia adalah bulan diangkatnya amal-amal oleh Tuhan. Aku menginginkan saat diangkat amalku aku dalam keadaan sedang berpuasa.” (HR Nasa’I dari Usamah)
Dari Aisyah ra. berkata,” Saya tidak melihat Rasululloh SAW menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban.” (HR Muslim)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dari Abu salamah, katanya, ‘ Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah ra tentang puasa Rasulullah SAW, lalu ia menjawab, ‘ Rasulullah SAW pernah berpuasa (sunat) sehingga kami mengatakan bahwa beliau berpuasa, dan beliau pernah tidak berpuasa sehingga kami katakan beliau tidak berpuasa, dan aku tidak mengetahui beliau puasa sunat di bulan-bulan lain yang lebih banyak di bulan Sya’ban. Beliau pernah puasa penuh di bulan Sya’ban, juga pernah tidak penuh berpuasa di bulan Sya’ban’. Hadis ini juga dikeluarkan oleh imam Bukhari.

PERSOALANNYA BOLEH TIDAK MELAKUKAN PUASA SEBULAN PENUH PADA BULAN SYA'BAN
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Jika tersisa separuh bulan Sya’ban, janganlah berpuasa.” (HR. Tirmidzi no. 738 dan Abu Daud no. 2337)
Dalam lafazh lain,“Jika tersisa separuh bulan Sya’ban, maka tidak ada puasa sampai datang Ramadhan.” (HR. Ibnu Majah no. 1651)
Sebenarnya para ulama berselisih pendapat dalam menilai hadits-hadits di atas dan hukum mengamalkannya.
Di antara ulama yang menshahihkan hadits di atas adalah At Tirmidzi, Ibnu Hibban, Al Hakim, Ath Thahawiy, dan Ibnu ‘Abdil Barr. Di antara ulama belakangan yang menshahihkannya adalah Syaikh Al Albani rahimahullah.
Sedangkan ulama lainnya mengatakan bahwa hadits tersebut adalah hadits yang mungkar dan hadits mungkar adalah di antara hadits yang lemah. Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah ‘Abdurrahman bin Mahdiy, Imam Ahmad, Abu Zur’ah Ar Rozi, dan Al Atsrom. Alasan mereka adalah karena hadits di atas bertentangan dengan hadits:“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa.” (HR. Muslim no. 1082). Jika dipahami dari hadits ini, berarti boleh mendahulukan sebelum ramadhan dengan berpuasa dua hari atau lebih.
At Thahawiy sendiri mengatakan bahwa hadits larangan berpuasa setelah separuh Sya’ban adalah hadits yang mansukh (sudah dihapus). Bahkan Ath Thohawiy menceritakan bahwa telah ada ijma’ (kesepakatan ulama) untuk tidak beramal dengan hadits tersebut. Dan mayoritas ulama memang tidak mengamalkan hadits tersebut.
Namun ada pendapat dari
Imam Asy Syafi’i dan ulama Syafi’iyah, juga hal ini bertepatan pendapat sebagian ulama mutaakhirin dari Hambali. Mereka mengatakan bahwa larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya’ban adalah bagi orang yang tidak memiliki kebiasaan berpuasa ketika itu. Jadi bagi yang memiliki kebiasaan berpuasa (seperti puasa senin-kamis), boleh berpuasa ketika itu, menurut pendapat ini. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 244-245)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa kecuali jika seseorang memiliki kebiasaan berpuasa, maka berpuasalah.” (HR. Muslim no. 1082)
Berdasarkan keterangan dari Ibnu Rajab rahimahullah, berpuasa di akhir bulan Sya’ban ada tiga model:
Pertama, jika berniat dalam rangka berhati-hati dalam perhitungan puasa Ramadhan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu, maka seperti ini jelas terlarang.
Kedua, jika berniat untuk berpuasa nadzar atau mengqodho puasa Ramadhan yang belum dikerjakan, atau membayar kafaroh (tebusan), maka majority ulama membolehkannya.
Ketiga, jika berniat berpuasa sunnah semata, maka ulama yang mengatakan harus ada pemisah antara puasa Sya’ban dan Ramadhan melarang hal ini walaupun itu mencocoki kebiasaan dia berpuasa, di antaranya adalah Al Hasan Al Bashri. Namun yang tepat dilihat apakah puasa tersebut adalah puasa yang biasa dia lakukan ataukah tidak sebagaimana makna tekstual dari hadits. Jadi jika satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah kebiasaan dia berpuasa –seperti puasa Senin-Kamis-, maka itu dibolehkan. Namun jika tidak, itulah yang terlarang. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Asy Syafi’i, Imam Ahmad dan Al Auza’i. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 257-258)
Kesimpulannya:
1. Puasa bulan sya'ban adalah sunnah yg dituntunkan Rasulullah, SAW
2.Untuk membedakan Puasa wajib dan puasa sunnah makan janganlah puasa pada 1 - 2 hari menjelang puasa ramadhan
3.puasa sya'ban di makruhkan lebih dari setengah bulan untuk yang tidak biasa melakukan puasa

NIFSU SYA'BAN:
Nisfu artinya setengah atau seperdua, dan Sya’ban adalah bulan kedelapan dari tahun Hijriyah. Nisfu Sya’ban secara harfiyah berarti hari atau malam pertengahan bulan Sya’ban atau tanggal 15 Sya’ban. Jika aku merujuk ke kalender Hijriyah, insya ALLOH besok kita akan tiba di malam ke-15 (pertengahan) dari bulan Sya’ban.
PERSOALANNYA APAKAH BENAR ADA SUNNAH RASULULLAH TENTANG NIFSU SYA'BAN
Riwayat lain yg serupa menuliskan: Dari Usamah bin Zaid berkata: Saya bertanya: “Wahai Rasululloh SAW, saya tidak melihat engkau puasa disuatu bulan lebih banyak melebihi bulan Sya’ban”. Rasul saw bersabda:”Bulan tersebut banyak dilalaikan manusia, antara Rajab dan Ramadhan, yaitu bulan diangkat amal-amal kepada Rabb alam semesta, maka saya suka amal saya diangkat sedang saya dalam kondisi puasa” (Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa?i dan Ibnu Huzaimah).
Dari Aisyah ra. berkata,” Saya tidak melihat Rasululloh SAW menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban.” (HR Muslim)
Dari hadits2 di atas, TIDAK DISEBUTKAN/TIDAK DICONTOHKAN Rasululloh SAW ‘memperingati’ malam nifsu sya’ban secara khusus.
Sedangkan hadits2 berikut:“Wahai Ali, barang siapa yang melakukan sholat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat, ia membaca setiap rakaat Al fatihah dan Qul huwallah ahad sebanyak sepuluh kali, pasti Allah memenuhi segala kebutuhannya … dan seterusnya.
Dari Ali bin Abi Tholib Radhiyallahu ‘anhu : jika datang malam Nisfu Sya’ban bersholat malamlah dan berpuasalah pada siang harinya **lengkapnya adalah sebagai berikut: Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: ((Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, karena sesungguhnya ALLOH SWT akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar))..**

update: sumber hadits ini lemah:Hadis ini adalaH MAUDHU (PALSU), diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.
“Seratus rakaat pada malam Nisfi sya’ban (dengan membaca surah) Al ikhlas sepuluh kali (pada setiap rakaat) bersama keutamaan keutamaan yang lain”, diriwayatkan oleh Ad Dailami dan lainya.
Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahwa Rasululloh SAW bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah ALLOH SWT mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).
update: sumber hadits ini lemah:Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah MAUDHU (palsu). (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahwa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.
Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga ALLOH SWT mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)).
update: sumber hadits ini lemah:Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’
Semua hadits itu adalah PALSU/LEMAH, dengan kata lain TIDAK SHAHIH. Al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi mengatakan bahwa tidak ada satu hadits shahih pun mengenai keutamaan malam nisfu Sya’ban. Begitu juga Ibnu Katsir telah mendha’ifkan hadits yang menerangkan tentang bahwa pada malam nisfu Sya’ban itu, ajal manusia ditentukan dari bulan pada tahun itu hingga bulan Sya’ban tahun depan.
Sayangnya, banyak kaum muslim yg mengerjakan hal2 yg TIDAK DICONTOHKAN RASULULLOH SAW, diantaranya:- membaca surat Yasin,
- shalat sunnah dua raka’at dengan niat minta dipanjangkan umur, shalat dua raka’at dengan niat agar dimurahkan rezeki dan seterusnya.
- membaca lafaz do’a-do’a khusus yang -entah bagaimana- telah tersebar di banyak negeri meski sama sekali bukan berasal dari hadits/contoh Rasululloh SAW
(ketiga contoh di atas dirangkum dari Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Kesimpulan:
- Rasululloh SAW hanya mencontohkan untuk MEMPERBANYAK PUASA/SHAUM di bulan Sya’ban (dg catatan, di bulan2 lain kita juga digalakkan berpuasa. Jadi, BERPUASA TIDAK HANYA DI BULAN SYA’BAN)
- Rasululloh SAW TIDAK MEMBERIKAN CONTOH IBADAH LAIN di bulan Sya’ban, terutama MALAM NIFSU SYA’BAN
SYAABAN BULAN PENUKARAN

Menjelangnya Rejab dan Shaaban, umat Islam selalunya lazim memperkatakan tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Namun, terdapat suatu lagi peristiwa yang besar dan penting kepada kita semua di mana riwayat Sahih al-Bukhari secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa ia berlaku sama ada pada pertengahan bulan Rejab atau pun Shaaban, kira-kira 16 atau 17 bulan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW; sejurus sebelum berlakunya Peperangan Badar al-Kubra pada tahun kedua Hijrah itu. Peristiwa yang dimaksudkan itu adalah perpindahan Qiblat daripada Baitul Maqdis ke Masjidil Haram di Makkah.

Maksud Firman ALLAH Surah Al-Baqarah 142 &144 :-

“Orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia (iaitulah Yahudi) akan berkata (dengan ejekan): Apakah yang telah memalingkan mereka (orang-orang Islam) itu daripada qiblat mereka sebelum ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Bagi Allah itulah Timur dan Barat, Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki kepada jalan yang lurus {142}

“Dan Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan kepalamu ke langit. Maka (pada hari ini) Kami tukarkan bagi kamu ke arah Qiblat yang kamu suka. Oleh yang demikian, hadapkanlah wajahmu ke Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada maka hendaklah kamu mengadap ke arahnya. Sedangkan mereka yang telah diberikan al-Kitab (Yahudi) itu benar-benar tahu bahawa hal ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan tidaklah Allah SWT alpa terhadap apa yang mereka lakukan. {144}

ASBAB NUZUL AYAT 142 DAN 144 SURAH AL-BAQARAH

Ibnu Abbas RA dan at-Tabari berpendapat bahawa ayat 144 surah al-Baqarah adalah turun lebih awal daripada ayat 142. Pendapat ini disokong oleh riwayat al-Bukhari dari al-Barraa’ yang telah disebutkan di atas. Akan tetapi az-Zamakhsyari menyatakan bahawa ayat 142 tentang komen Yahudi itu telah turun lebih awal sebelum turunnya ayat perintah menukar Qiblat (Al-Baqarah ayat 144). Ia adalah sebagai mukjizat daripada Allah SWT bahawa Nabi SAW telah lebih awal diperkhabarkan tentang pertukaran Qiblat berkenaan sebelum ia berlaku. Ini adalah supaya hati Baginda SAW dan umat Islam menjadi tenang menghadapi ejekan dan cemuhan Yahudi tersebut.

Di dalam artikel ini, kita akan menghuraikan peristiwa pertukaran Qiblat tersebut dengan menggunakan pendapat Ibnu Abbas RA dan at-Tabari supaya kronologi peristiwa itu dapat difahami dengan mudah oleh pembaca.

Di dalam Sahih al-Bukhari dengan riwayat daripada al-Barraa’, beliau berkata:

“Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda bersolat di dalam keadaan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan tetapi Baginda SAW amat suka seandainya Baginda berpeluang untuk bersolat mengadap ke arah Kaabah. Nabi SAW bersolat mengadap Kaabah buat kali pertamanya adalah pada solat Asar bersama sahabat-sahabat Baginda. Kemudian keluar salah seorang daripada mereka yang bersolat bersama Nabi SAW itu dan melalui suatu kaum yang pada masa itu sedang rukuk mengerjakan solat, lalu beliau berkata “Aku bersaksi dengan Allah bahawa aku telah bersolat bersama Nabi SAW mengadap Makkah”. Lalu jamaah tersebut berpusing ke arah Kaabah di Masjidil Haram. Dalam pada itu (kami teringat) kepada adanya ramai di kalangan sahabat kami yang telah mati terbunuh dan mereka itu bersolat mengadap Baitul Maqdis. Sesungguhnya kami tidak tahu apa nasib mereka. Lalu Allah SWT menurunkan firmanNya yang bermaksud: “Dan tidaklah Allah sekali-kali mensia-siakan iman kamu”.

KESIMPULAN RIWAYAT YANG ZAHIRNYA SEAKAN BERCANGGAH

Berdasarkan riwayat ini, solat yang pertama dikerjakan oleh Nabi SAW mengadap Kaabah di Makkah adalah solat Asar. Riwayat daripada Malik pula menyatakan bahawa solat itu adalah Solat Fajar dan ada juga yang menyebut Zohor. Muhammad bin Muhammad Abu Shahbah di dalam kitabnya As-Seerah an-Nabawiyyah fee Dhou’ al-Qur’aan wa as-Sunnah (ms.104, juzuk 2, terbitan Darul Qalam 1992 /1412) telah cuba menggabungkan riwayat-riwayat ini dan kesimpulannya adalah seperti berikut:

Pada masa itu Nabi SAW telah pergi menziarahi Ummu Bashar bin al-Barraa’ bin Ma’roor di kediaman Bani Salimah di luar Madinah. Selepas dijamu makan oleh tuan rumah, waktu Zohor menjelang, dan Nabi SAW bersama-sama mengerjakan solat Zohor. Ketika di rakaat kedua, Jibril Alayhi as-Salaam telah datang membawa perintah Allah supaya menukar Qiblat. Jibril memegang tangan Nabi SAW dan memusing Baginda SAW hampir-hampir tepat ke arah belakang iaitu ke arah Kaabah di Masjidil Haram di Makkah dan ia diikuti bersama oleh Jamaah yang bersolat bersama Baginda SAW. Peristiwa di mana berlakunya peristiwa itu, kini dikenali sebagai Masjid al-Qiblatain (Masjid Dua Qiblat) tidak jauh dari Masjid Nabawi di Madinah.

Selepas itu, Nabi SAW kembali ke Madinah dan di situ Baginda SAW bersama para sahabat menunaikan solat Asar secara lengkap sepenuhnya mengadap ke Kaabah. Kemudian salah seorang daripada mereka yang bersolat bersama Nabi SAW itu telah pergi melawat Bani Harithah dan dia telah memaklumkan kepada mereka tentang hal pertukaran Qiblat lalu mereka menukarnya. Selepas itu, lelaki yang sama atau mungkin juga lelaki yang lain telah pergi ke Quba’ dan menyampaikan perkhabaran itu kepada Jamaah di situ lalu mereka menunaikan solat Fajar mengadap Kaabah di Masjidil Haram di Makkah al-Mukarramah.

HURAIAN

Allah SWT menerangkan di dalam ayat ini bahawa orang-orang Yahudi itu enggan menerima seruan Nabi SAW bukanlah kerana kurangnya pengetahuan mereka. Sebaliknya, mereka itu hanya mengikut kepada hawa nafsu yang degil terhadap kebenaran. Ayat “Mereka yang Kami berikan al-Kitab itu (Yahudi dan Nasrani), mereka mengenalinya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka. Akan tetapi sebahagian daripada mereka itu senantiasa menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui” diturunkan bersempena dengan kisah yang berlaku di antara Umar al-Khattab RA dengan Abdullah bin Salaam iaitu seorang Yahudi yang memeluk Islam. Abdullah bin Salaam berkata, “Sesungguhnya aku lebih mengenali Rasulullah SAW berbanding dengan pengetahuanku terhadap anak aku sendiri.” Umar bertanya, “bagaimanakah itu boleh terjadi wahai Ibn Salaam?” Abdullah bin Salaam menjawab, “Ini adalah kerana aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah dengan kebenaran dan yakin. Sedangkan aku tidak bersaksi seperti itu terhadap anakku. Bahkan aku tidak tahu apa yang berlaku kepada orang-orang perempuan!” Lantas Umar menyebut, “Semoga Allah bersama denganmu wahai Ibn Salaam”.

Sememangnya Yahudi dan Nasrani itu tahu tentang perihal kebenaran Islam. Namun golongan ini sentiasa menyembunyikan pengetahuan mereka di atas kehendak hawa nafsu, benci dan iri hati kepada Islam. Tetapi mereka memang bertindak mengikut apa yang telah diterangkan oleh Islam. Pembesar-pembesar Kristian di Eropah hari ini amat bimbang dengan kebanjiran pendatang-pendatang asing ke Eropah dari kalangan umat Islam kerana mereka amat yakin dengan janji Nabi Muhammad SAW berkenaan dengan penawanan umat Islam ke atas Rome. Orang-orang Yahudi juga menyedari bahawa kehadiran mereka di bumi Palestin adalah untuk dihancur binasakan oleh umat Islam sebagaimana yang diperkhabarkan pada lisan Nabi Muhammad SAW. Namun, amat benarlah firman Allah SWT:“Mereka ingkar dengannya sedangkan diri mereka mempercayainya dengan penuh yakin” (An-Naml : 14)

Saturday, July 2, 2011

SEJAUH MANA IBUBAPA MENDIDIK SOLAT & PENGAJIAN AL-QURAN UNTUK ANAK-ANAK?

Ibu bapa yang amat sibuk

Dalam siri ini, kita akan membicarakan faktor pertama, iaitu kesibukan ibu bapa hingga gagal mendidik anak. Menurut Abdullah Nasih(Kitab Tarbiatul Awlad), antara faktor terbesar yang menyebabkan anak-anak terpesong haluannya ialah kerana ibu bapa tidak melakukan kerja pendidikan. Mereka fikir bahawa tugas mereka selesai dengan memberikan makanan dan pakaian yang cukup. Selebihnya mereka serahkan kepada sekolah.

Malang sungguh tanggapan begini. Binatang seperti harimau pun tahu tanggungjawabnya mendidik. Harimau tidak membiarkan anak-anaknya membesar tanpa dia mendidik dan melatih mereka terlebih dahulu. Harimau mendidik anak tentang bagaimana memburu binatang. Apabila si ibu memburu, dia sengaja tidak terus membunuh buruannya untuk dijadikan santapan. Sebaliknya, dia hanya mencederakan buruan itu.

Maka binatang buruan itu terus cuba melepaskan diri sambil lari terhencot-hencot kerana kakinya sudah cedera. Pada waktu inilah, si anak-anak harimau tadi berlatih mengejar dan menangkap buruan. Binatang buruan yang cedera itu menjadi alat pendidikan secara praktikal. Si ibu pula hanya memerhatikan bagaimana anak-anaknya berlatih. Selepas beberapa siri latihan, dan anak-anak harimau tadi sudah cekap, barulah mereka dibiarkan berdikari mencari rezekinya sendiri.

Jika harimau pun tahu tanggungjawab mereka, bagaimana pula ada ibu bapa sanggup mengabaikan pendidikan anak-anak. Harimau mahu anaknya mampu menangkap buruan, maka dia rela menghabiskan masanya melatih anak itu. Yang peliknya, manusia pula mahu anaknya cemerlang, berjaya dan soleh, namun tidak berusaha ke arah itu. Mereka langsung tidak perasan bahawa diri mereka adalah sebenarnya seorang 'pendidik'.

Mendidik bukan menternak!

Ibu bapa perlu ingat bahawa mereka berperanan untuk mendidik anak, bukan sekadar 'menternak' anak-anak. Allah menjadikan anak-anak itu sebagai amanah yang amat berharga. Jangan sia-siakan mereka. Mereka bukannya makhluk yang boleh membesar hanya dengan makan dan pakai yang cukup. Mereka punya jiwa dan hati, juga punya nafsu dan perasaan. Kantung kalbu mereka tidak boleh dibiarkan kosong.

Jika ibu dan bapa tidak berusaha untuk mengisi kantung kalbu itu dengan iman dan ihsan, nescaya virus-virus perosak akan menyelinap masuk dan merosakkan pekerti anak-anak. Jiwa mereka punya potensi untuk menjadi manusia sebaik malaikat. Namun, nafsu mereka juga ada potensi menjadikan mereka sejahat syaitan.

Maka 'sibuk' itu bukan alasannya. Kita memang dilahirkan di dunia ini untuk menjadi orang sibuk. Orang yang tidak sibuk ialah orang yang cuai, lalai dan mundur. Maka semua kita perlulah sibuk. Maknanya, orang-orang yang pernah berjaya melahirkan anak-anak yang hebat juga dulunya sibuk, seperti kita. Soalnya kita sibuk dengan apa? Bukankah 'mendidik anak' itu salah satu tugas kita dalam senarai fungsi-fungsi kita sebagai seorang 'bapa' dan 'ibu'?

Orang sibuk dan bijak akan menyenaraikan fungsinya. Fungsi kita bukan sekadar 'pengarah syarikat', 'pegawai kewangan', 'jurutera kanan', 'pakar perbidanan', 'setiausaha persatuan' atau seumpamanya. Fungsi kita juga perlu senaraikan fungsi-fungsi kita sebagai 'anak kepada ibu bapa', 'suami', 'isteri', 'bapa', dan 'ibu'. Selepas fungsi disenaraikan, kita perlu pula mencatatkan tugas-tugas kita bagi setiap fungsi itu. Maka tugas 'mendidik anak' itu satu tugas besar, dan sangat penting , walau pun biasanya tidak 'urgent' , yang perlukan ruangan masa yang panjang.

PENEKANAN ISLAM KEPADA ANAK-ANAK.SEJAUH MANA KITA USAHAKAN.
a) Apabila anak-anak malas untuk belajar adakah kita marah atau runsing? Namun bagaimana pula jika anak-anak kita malas ataupun tidak pernah mendalami dan mempelajari alQuran,ada kita marah atau mula risau akan perkara ini??
b) Apabila anak kita tidak pandai di sekolah ada tak rasa bimbang dan serabut memikirkannya?
Namun jika anak kita tidak pandai bab-bab agama seperti membaca alQuran ada kita serabut memikirkannya?
c) Jika anak berada berjauhan dari kita/di asrama,maka soalan yang slalu kita tanya mungkin makan minum dia cane,kesihatan ok ke x,blaja macam mana ke..Namun ada tak kita tanya bagaimana dengan solat,dah solat belum?Ataupun nasihat spya jangan lupa pada Allah,dan sentiasa beribadah.Ada tak kita buat camtu?
d) Jika kita ambil tahu tentang aktiviti anak2 kita dirumah/diluar baguslah,namun sejauh mana pula kita ambil tahu anak kita menjaga solatnya?
e) Kita slalu mendidik anak-anak kita dengan memberi nasihat dan pengalaman hidup kita.Namun bagaimana pula dengan nasihat kearah keagamaan.Sejauh mana kita menyedarkan anak-anak kita tentang kepentingan Islam dlm kehidupan?

IBUBAPA YANG BAIK ADALAH IBUBAPA YANG MEMBERIKAN DIDIKAN AGAMA YANG SEMPURNA KEPADA ANAK-ANAK MEREKA

Jika kita tanya mana-mana ibubapa,maka perkara sama yang akan mereka katakan.Saya menjaga anak-anak saya dengan baik.Saya bekerja keras mencari nafkah untuk memberi mereka makan,saya beri mereka minum,saya berikan mereka perlindungan,tempat tinggal,saya beri mereka pakaian,dan saya berikan mereka kasih sayang.Jadi saya selayaknya digelar sebagai seorang ibu/bapa yang bertanggungjawab.

Jika jawapan kita hanya pada lingkungan ini sahaja,apalah bezanya kita dengan penganut agama Kristian,Hindu,Buddha dan lain2.Sama sahaja.Ataupun bolehlah juga aku katakan jika jawapan kita sekitar lingkungan ini sahaja maka apalah bezanya kita semua dengan puak-puak kanibal,batak dan lain2(jika mereka bukan Islam)?Mereka pun melindungi anak-anak mereka juga,beri kasih sayang juga kepada anak2 mereka,memburu binatang dan bawa balik makanan kpd keluarga dll.Malah mereka juga mendidik anak-anak mereka untuk meneruskan kehidupan.Si anak haiwan biasa belajar dari tingkah laku si ibu.

Objektif yang ingin aku tekankan disini adalah yang membezakan kita sebagai komuniti umat Islam dengan lain-lain hidupan yang bernyawa di dunia ini adalah didikan agama Islam yang sempurna kepada anak-anak kita.Jika kita tidak menyediakan didikan agama Islam yang sempurna kepada anak-anak kita maka tiada lah bezanya kita dengan penganut agama lain,malah mungkin juga tiada bezanya juga dengan haiwan-haiwan ternakan mahupun hidupan liar
dihutan.

Tuesday, June 28, 2011

PENGAJARAN & IKTIBAR PERISTIWA ISRA’ & MI’RAJ

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنه هو السميع البصير

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu peristiwa penting di mana pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku peristiwa isra’ dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis Palestin dan seterusnya nabi di angkat ke langit untuk bertemu Allah dalam masa yang begitu singkat.

Peristiwa ini telah membongkarkan tentang keimanan dan keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Isra’ dan Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat di mana ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam. Perkara seperti inilah juga yang terpaksa dihadapi oleh kita pada hari ini apabila usaha dalam melaksanakan semula semua sistem Islam dalam negara maka di sana timbulnya beberapa golongan iaitu golongan pertama yang seratus peratus yakin dengan kemampuan Islam serta berusaha dengan kemampuan yang ada untuk melaksanakannya.

Golongan yang kedua terdiri daripada mereka yang tahu tentang kemampuan sistem Islam tetapi sentiasa mencari jalan agar ia tidak dapat dilaksanakan dengan memcari pelbagai alasan. Golongan ketiga iaitu golongan pelampau terdiri daripada mereka yang menolak terus sistem Islam malah memberi amaran akan melakukan huru hara jika ada pihak yang berusaha untuk melaksanakannya dalam negara ini. Jika umat dahulu berasa pelik apabila nabi menceritakan tentang Isra’ dan Mikraj maka umat zaman kini merasa pelik apabila disebut tentang sistem Islam yang menyeluruh sedangkan sistem ini pernah dilaksanakan di negara ini pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu sebelum datangnya penjajah. Umat Islam menjadi pelik dengan agama mereka sendiri kerana mereka telah diajar dan diasuh oleh pemimpin yang jahil dan sesat saban hari melalui tv, radio, akhbar dan sebagainya agar memusuhi dan memerangi sistem Islam yang menyeluruh.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Tolib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal maka Islam pasti akan terkubur tetapi kuasa Allah melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif di mana penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah nabi sehingga berlumuran darah. Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif. Penolakan nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam di mana kekayaan bukanlah faktor utama dalam menegakkan Islam kerana jika kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan dengan hasil mahsul negara yang banyak tetapi ia tidak membantu pelaksanaan sistem Islam dan tidak pula membantu untuk umat Islam bersatu dalam menghentikan penderitaan umat Islam yang sedang ditindas. Kekayaan hanya dibolot oleh pemimpin dan mereka yang dekat dengan pemimpin sedangkan rakyat terus menderita dan ditegah daripada bersuara menegur kesesatan dan kezaliman pemimpin. Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan aqidah yang ditanam dalam diri. Islam juga bukan tersebar atas paksaan tetapi ia mampu menawan hati manusia dengan keadilan dan keindahan seluruh sistemnya sehingga tawaran kesenangan dunia dengan sendiri akan ditolak apabila semangat Islam telah menguasai diri seseorang. Kekuatan aqidah inilah yang menjadi musuh kepada mereka yang melawan Islam daripada golongan kuffar dan munafik. Kita perlu ingat bahawa tiada istilah menang mudah dalam memperjuangkan Islam kerana ia menuntut kepada kesabaran dan istiqamah sebelum datangnya janji kemenangan daripada Allah

Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan yahudi di mana keganasan yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan. Kuasa Kristian yang dibeli oleh yahudi terutama Amerika Syarikat turut menggalakkan pembunuhan umat Islam malah kuasa kristian atas nama memerangi keganasan terus menjadikan umat Islam sebagai sasaran kepada senjata milik mereka. 2 kuasa besar masa kini iaitu kuasa Kristian dan yahudi seumpama 2 kuasa besar Rom dan Parsi yang pernah dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat pada zaman itu di mana akhirnya turut tunduk dan patuh kepada pemerintahan Islam. Kemenangan Islam dalam menakluki 2 kuasa besar tersebut telah diperolehi samada melalui perang atau pun perdamaian. Sebagaimana kuasa Rom dan Parsi memandang rendah kepada Daulah Islamiah yang dibina oleh nabi di Madinah pada awalnya tetapi akhirnya mereka sendiri merasa gerun melihat kehebatan sebuah pemerintahan Islam yang diasaskan atas aqidah dengan membina kemajuan tamadun kebendaan tanpa mengabaikan pembangunan insan. Begitulah terjadi pada hari ini di mana selepas penjajahan dan negara-negara umat Islam diberikan kemerdekaan maka kuasa penjajah terutama kristian begitu mengambil berat tentang kepimpinan yang sedang dan akan memerintah di negara jajahan mereka sebelum ini agar pemimpin yang dilantik mestilah meneruskan dasar penjajah walau dengan apa cara sekali pun termasuk cara kekerasan dengan menekan rakyat agar tidak kembali kepada pemerintahan Islam. Dunia kini secara keseluruhan mula kembali semula kepada Islam terutama selepas serangan terhadap 2 bangunan di Amerika pada 11 September 2001 yang lepas. Kuasa yahudi dan kristian berasa gerun dengan perubahan yang mendadak lalu mengambil tindakan lebih ganas dan kejam dengan menggelarkan umat Islam sebagai pengganas yang mesti dihapuskan dari muka bumi ini. Mereka menekan seluruh negara umat Islam seperti Palestin, Afghanistan, Kashmir, Iraq, Indonesia dan lain-lain. Kita ingatkan kuffar bahawa dunia Islam tidak selamanya ditimpa gerhana tetapi ia akan kembali bercahaya dengan syarat seluruh umat Islam kembali bersatu atas dasar Islam dengan menolak semangat kebangsaan yang memecahbelahkan kesatuan umat Islam sebelum ini. Islamlah nescaya kita akan beroleh kemenangan bersama kerdehaan Allah di dunia dan akhirat.

Renungilah firman Allah dalam ayat 286 penutup surah al-Baqarah yang merupakan ayat yang diterima oleh nabi semasa bertemu Allah pada malam Isra’ Mikraj selain daripada kewajipan solat lima waktu sehari semalam:

لايكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ربنا ولا تحمل علينا إصرا كما حملته على الذين من قبلنا ربنا ولا تحملنا مالا طاقة لنا به واعف عنا واغفرلنا وارحمنا أنت مولئنا فانصرنا على القوم الكفرين

Maksudnya : Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.

FADHILAT BULAN REJAB YANG PALSU & DHAIF

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?Disini nyatakan pandangan para ulama’ mengenai kesahihan fadilat Rejab.

Dr. Sayid Saabiq(Pengarang Kitab FIQH SUNNAH)

Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq di dalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :“Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab”.Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].

Hadis-hadis fadilat Rejab yang palsu(Mawdhu’) atau dhaif
Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:

1-“Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”….. Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadis ini Palsu!
2-“Barangsiapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.
3-“Barangsiapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A’uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A’uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul (tidak dikenali)
4-Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.-Hadis sangat Dhaif.
*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.
5-“Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah. -Hadis ini Mawdhu’ (palsu),Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.
6-“Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir. -Hadis ini Mawdhu’ (palsu)*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.
7-“Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga. -Hadis ini Mawdhu’ (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu’.
Shiekh Mahmud Al-Sya’rawi

didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan ‘am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain”Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya’ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya”

KRONOLOGI SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W TAHUN MASEHI

569 Meninggalnya ayah, Abdullah

570 Tanggal lahir (perkiraan), 20 April: Makkah

570 Tahun Gajah, gagalnya Abrahah menyerang Mekkah

576 Meninggalnya ibu, Aminah

578 Meninggalnya datuknya, Abdul Muthalib

583 Melakukan perjalanan dagang ke Syam

595 Bertemu dan menikah dengan Khadijah

610 Wahyu pertama turun di Gua Hira’dan menjadi Nabi sekaligus Rasul, kemudian di ikuti sedikit pengikut Baginda: As-Sabiqun Al-Awwalun

613 Menyebarkan Islam kepada umum: Makkah

614 Ramai pengikut ajaran Baginda

615 Hijrah pertama ke Habsyah

616 Awal dari pemboikotan Ekonomi Quraish terhadap Bani Hasyim

619 Akhir dari pemboikotan Ekonomi Quraish terhadap Bani Hasyim

619 Tahun kesedihan: Khadijah dan Abu Thalib meninggal

620 Dihibur oleh Allah melalui Malaikat Jibril dengan cara Isra' dan Mi'raj sekaligus menerima perintah salat 5 waktu

621 Bai'at 'Aqabah pertama

622 Bai'at 'Aqabah kedua

622 Hijrah ke Madinah = 26 Safar SH 1

624 Peperangan Badar = 17 Ramadan 2 Hijriah

624 Pengusiran Bani Qaynuqa

625 Peperangan Uhud = 7 Syawal 3 H

625 Pengusiran Bani Nadir

626 Peperangan Zaturriqa` = Muharram 4 Hijriah

626 Penyerangan ke Dumat al-Jandal: Syam

627 Peperangan Khandak=Syawal tahun 5 Hijriah

627 Penghancuran Bani Quraizhah

628 Perjanjian Hudaibiyyah= Zulkaedah, 6 H

628 Melakukan umrah ke Ka'bah

628 Peperangan Khaybar

629 Melakukan ibadah haji

629 Peperangan Mu'tah =5 Jamadil Awal 8 Hijriah

630 Pembukaan Kota Makkah 10 Ramadan 8 H

630 Peperangan Hunain (8h)

630 Peperangan Awtas

630 Pendudukan Thaif

631 Menguasai sebahagian besar Jazirah Arab

632 Peperangan Tabuk (9h)

632 Haji Wada'

632 Wafat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W (12 Rabiul Awal Isnin): Madinah

Lihatlah kehidupan Nabi yang penuh cubaan & dugaan yang diharungi dengan hati yang tabah,berbeza dengan kehidupan kita sekarang,cuba kita senaraikan sejak kita dilahirkan hingga kini,apa yang telah kita sumbangkan untuk ISLAM? Benarkah kita pengikut setia Nabi Muhammad S.A.W? yang mengamalkan Al-Quran & As-Sunnah?Mari fikirkan & muhasabah bersama.