Friday, March 11, 2011



PERMASALAHAN LUQATAH (Barang yang Tercicir)

1.0 PENDAHULUAN :Luqatah merupakan suatu tingkah laku dimana manusia menemui barang yang dirasakan ianya tercicir oleh tuannya dan dipertanggungjawabkan bagi individu yang menemukannya itu untuk memulangkannya kembali kepada tuannya agar tuannya tidak merasa susah hati terhadap barang tersebut. Disini dinyatakan secara terperinci mengenai luqathah supaya setiap individu sedar akan tanggungjawab mereka sekiranya menemui atau terjumpa barang yang dirasakan milik seseorang tetapi pemiliknya tiada.

2.0 DEFINISI :Luqathah ialah semua barang yang terpelihara dan tidak diketahui pemiliknya.Pada umumnya luqathah berlaku untuk barang selain haiwan. Tetapi jika ia haiwan, maka ia dipanggil adh-dhallah (الضالة - binatang yang tersesat ).

3.0 HUKUM

Keadaan pertama: Memungut barang yang ditemui adalah sunnah (الندب ) jika keadaan ketika menemukan barang tersebut dalam keadaan aman jika barang tersebut dibiarkan. Contohnya tiada pencuri. Tetapi ada juga yang mengatakan hukumnya wajib (واجب) tetapi jika keadaan tempat tersebut tidak aman.

Keadaan kedua:Jika orang yang menemukan barang tersebut dan mendapati ciri-cirinya boleh menimbulkan perasaan tamak orang lain terhadap barang tersebut, maka harusمباح) ) bagi dia yang yakin akan dirinya boleh bersikap amanah terhadap barang tersebut untuk mengambil barang yang dijumpai itu dan menjaga serta memulangkannya kepada tuannya kembali. Tujuan dia mengamibil barang tesebut adalah kerana dia takut barang tersebut akan dijumpai oleh orang fasik yang akan menjadikan barang tersebut miliknya tanpa menemukan barang tersebut dengan tuannya kembali.

Keadaan ketiga:Jika orang yang menemui barang tersebut menyedari bahawa dia mempunyai perasaan tamak terhadap barang tersebut, maka hukumnya haram (حرام ) bagi mengambil barang tersebut.

Antara syarat orang yang boleh mengambil barang tersebut ialah :1. Merdeka.2. Baligh.3. Berakal.

Orang yang tidak merdeka, kanak-kanak belum baligh dan orang yang tidak berakal tidak diharuskan untuk memungut barang tersebut.

Hadith baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf telah mengkhabarkan kepada kami Malik dari Rabi'ah bin Abi 'Abdurrahman dari Yazid, maula Al Munba'its dari Zaid bin Khalid Al Juhaniy radhiallahu 'anhu berkata;Datang seorang lelaki kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu bertanya kepada baginda tentang barang temuan. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:Kamu kenali bentuk dan talinya (bekasnya), kemudian umumkanlah dalam tempoh satu tahun dan jika datang pemiliknya maka serahkanlah kepadanya, sekiranya tiada yang datang, maka terserahlah kepadamu.”Orang itu bertanya lagi, bagaimana kalau barang temuan itu berupa kambing? Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:Itu untuk kamu atau saudaramu atau serigala (bererti boleh diambil).” Lalu orang itu bertanya lagi tentang menemukan unta. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda menjawab:Apa pedulimu terhadapnya? Ia (unta itu) sudah membawa bekas air dan kasutnya sendiri (kuat menahan dahaga beberapa hari dan kuat berjalan). Ia mampu pergi ke tempat-tempat air dan memakan pokok-pokok kayu sehinggalah ia ditemui oleh tuannya.” (HR Bukhari; Kitab:Barang temuan; No: 2251).


4.0 LUQATAH DI TANAH SUCI
Hukum memungut barang yang ditenui di Tanah Suci adalah haram, kecuali untuk diumumkan kepada khalayak ramai. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
لا يلتقط لقطتها إلا من عرفها .
“Tidak boleh memungut barang temuan, (maksudnya adalah kota Makkah) kecuali bagi orang yang akan mengumumkannya”

لا يرفع لقطتها إلا منشد اي المعرف بها.

“Tidak boleh mengambil barang temuan, kecuali orang yang akan mengumumkannya”


5.0 MENGUMUMKAN BARANG TEMUAN (
التعريف باللقطة)

Diwajibkan bagi orang yang menemukan barang temuan untuk : ( مكان التعريف وكيفيته )

1. Memerhatikan tanda-tanda yang membezakannya dengan barang lain.
2. Baik tempat dan yang berkaitan dengannya.
3. Membezakan jenis dan ukurannya.
4. Memeliharanya seperti barang sendiri sama ada barang tersebut mahal atau murah.

Barang temuan tersebut adalah barang wadi`ah. Orang yang menjumpai barang tersebut tidak bertanggungjawab (tidak menjamin - لا يضمن) jika terdapat kerosakan kecuali dengan sengaja. Dia harus mengumumkannya dengan pelbagai cara dan tempat yang dijangka kuat pemiliknya ada disitu.
Jika pemiliknya datang dan menyebutkan ciri-ciri barang tersebut dengan sempurna, maka dia harus mengembalikannya sekalipun tidak ada bukti yang nyata.Penemu waijb mengumumkannya selama setahun
( مدة التعريف ). Setelah tempoh tersebut, jika tidak ada yang mengaku pemiliknya, maka halal baginya untuk bersedekah atau memanfaatkannya sama ada diri sendiri atau orang lain.

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai barang temuan yang ditemui di jalan Amirah.Baginda bersabda:
عرفها حولا فإن وجدت باغيها فأدها إليه والا فهي لك

“Umumkanlah dalam tempoh setahun, sekiranya datang tuannya, maka serahkanlah kepadanya, sekiranya tiada yang datang, maka terserahlah kepadamu.”Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam kemudian ditanya kembali, “Bagaimana dengan barang yang ditemukan di runtuhan?” Baginda menjawab:

فيه وفي الركاز الخمس

“Harta tersebut, juga barang tambang, wajib dizakatkan seperlimanya”

Ibnul Qayyim berkata, “ketentuan tersebut berlaku untuk barang yang tidak jelas. Jika ada orang yang mengaku walaupun hanya sekali, maka tidak ada orang yang berhak atas barang yang telah ditinggalkannya”.

No comments:

Post a Comment