Friday, November 25, 2011

SIDANG TERGEMPAR DARUL NADWAH SEBELUM HIJRATUL RASUL
Bila mana pihak musyrikin quraisy mendapati pengikut-pengikut Muhammad (s.a.w) telah bersedia dan keluar dengan membawa bersama-sama mereka keluarga, anak-anak dan harta-harta mereka ke pangkuan al-Aws dan al-Khazraj, terjadilah keributan suasana kebisingan, kesangsian dan dukacita di kalangan kafir Makkah, perbagai kegelisahan dan ramalan-ramalan yang bakal mereka hadapi di masa-masa akan datang, bahaya besar sedang menunggu mereka; yang kelak akan mengugut dan menggugat kestabilan ekonomi, kekayaan dan entiti idealogi berhala mereka. Sebenarnya mereka sudah mengenal pasti dengan keperibadian unggul Muhammad (s.a.w) dan dengan kepimpinannya yang berkesan lagi mempengaruhi, di samping keazaman yang tekad, keiltizaman yang utuh dan semangat pengorbanan yang luar biasa, disokong pula oleh kekuatan dan daya pertahanan oleh al-Aws dan al-Khazraj diperkayakan pula oleh kekuatan cendikiawan dan ahli fikiran kedua qabilah yang memiliki kedewasaan berfikir untuk kesejahteraan dan keimanan bersama, serta sanggup menolak perasaan kesumat lama yang pernah memusuhi mereka, manakala potensi dan kekuatan ini telah diduga oleh pihak Quraisy, untuk itu mereka harus membuat perhitungan yang paling bijak dan tepat bagi mengatasi ancaman sebelum terlambat, pada hemat mereka.
Sebagaimana juga mereka mengetahul posisi al-Madinah yang strategik itu sendiri, bila ianya berkonfrontasi terutamanya dengan qabilah perniagaan mereka yang merupakan laluan tetap dari Yaman ke negeri al-Syam yang semestinya melalui persisiran laut Merah. Dianggarkan penduduk Makkah berurus niaga ke negeri al-Syam sahaja sebanyak sukujuta dinar emas setiap tahun, tidak termasuk milik penduduk al-Taifdan lain-lain. Mereka juga mengetahui selama ini, itulah laluan yang menikmati kesejateraan dan keamanan.Pihak Quraisy sudah menelah bahaya yang bakal mengancam mereka dan perniagaan sekiranya kekuatan Islam berpusat di Madinah.Pihak Quraisy sudah pun peka akan bahaya dan ancaman yang bakal mengugat diri mereka. Oleh yang demikian, maka mereka bersungguh-sungguh mencari sebaik-baik jalan untuk menolak mara bahaya dan ancaman ini, keaemuanya berpunca dari pendokong obor dakwah Islam iaitu Muhammad (s.a.w).
Tanggal 26 Haribulan Safar tahun keempat kebangkitan Rasulullah bersamaan 12 haribulan September tahun 622 Masihi pihak Quraisy telah mengadakansidang Parlimen (Darul Nadwah) di pagi hari iaitu hampir dua bulan setengah setelah berlalunya Baiah al-’Aqabah al-Kubra yang merupakan satu sidang yang amat penting dan kritikal dalam sejarah Quraisy, seluruh perwakilan kabilah-kabilah Quraisy telah menghantar anggota-anggotanya, membuat perbincangan dan merencana satu pelan tindakan yang tegas untuk menghapus secepat mungkin pembawa obor-obor dakwah Islamiah dan dengan itu terputus sudahlah arus cahayanya buat selama-lamanya.
Tokoh-tokoh perwakilan yang menonjol di dalam perjumpaan itu ialah:
1. Abu Jahal bin Hisyam mewakili qabilah bani Makhzum.
2. Jubair bin Mutaam, Tai’mah bin Adi, dan al-Harith bin Amir mewakili Bani Naufal Ibn Abdul Manaf.
3. Syaibah dan Utbah kedua-dua anak Rabiah dan Abu Sufian bin Harb, mewakili bani Abdul Syams bin Abdul Manaf.
4. al-Nadhr bin al-Harith (orang yang mencampakkan pundi-pundi najis sembelihan ke atas Rasulullah di Kaabah semasa baginda bersembahyang) mewakili Banu Abd al-Dar?
5. Abu al-Bukhturi bin Hisyam, Zama’h bin al-Aswad dan Hakim bin Hizam mewakili banu Asad bin Abd al-Uzza.
6. Nabyah dan Manbah kedua-duanya anak lelaki al-Hajjaj mewakili bani Sahm.
7. Umaiyah bin Khalaf mewakili Bani Jumah.
Semasa mereka sampai ke Darul al-Nadwah seperti yang dijanjikan, mereka telah dihalang seketika oleh Iblis yang menyamar dengan berpakaian seperti seorang syeikh yang mulia iaitu pakaian ahli zuhud. Iblis berdiri di pintu masuk lalu mereka semua bertanya: “Siapa tuan syeikh ini?” Jawab Iblis: “Aku seorang syeikh dari Najd telah mendengar berita perjumpaan ini dan aku datang untuk mengikuti perbahasan kamu semoga aku boleh menyumbang sesuatu yang tidak merugikan kamu, pendapat ataupunnasihat”. Lantas mereka pun menjawab, “Betapabaiknya cadangan itu, ayuh! persilakan masuk”.
SIDANG DARUL AL-NADWAH DAN PERSETUJUAN DENGAN KEPUTUSAN DURJANA UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH (S.A.W)
Setelah bilangan keanggotaan majlis mesyuarat Dar al-Nadwah sempurna dengan kehadiran mereka, maka perbahasan pun bermula, disusuli dengan saranan dan cadangan. Di antaranya ialah pendapat Abu al-Aswad: “Kita keluarkannya dari sini dan buangnya ke negeri lain. Selepas itu kita usah pedulikannya, ke mana dia hendak pergi dan jatuh. Kemudian kita ‘pulihkan’ semula masyarakat kita ini”.
Kemudian berkata pula Syeikh dari Najd tadi: “Demi Allah, kamu tidak ada pendapat lainkah? Tidakkah kamu perhatikan bahawa Muhammad ini seorang yang petah bercakap, dengan kata-katanya yang halus dan manis, serta berupaya mempengaruhi dan menawan hati orang? Jika kamu berbuat demikian, kamu tidak akan selamat, kerana beliau akan memasuki ke perkampungan dan pedalaman Arab yang lain dan setelah itu beliau akan memimpin untuk menentang dan melanyak kamu semua dan membuat apa sahaja yang dikehendakinya.
Kata Abu al-Bukhturi, “Kamu penjarakannya dalam kurungan besi, tutup pintunya sebaik-baiknya, dan kamu kawalkannya serta tengok apa akan terjadi, sebagaimana berlaku ke atas penyair-penyair yang sebelumnya seperti Zuhair dan al-Nabighah yang menemui kematian seperti ini, biarlah dia merasa sepertimana mereka itu rasaiya.
Kata Syeikh al-Najdi, Demi Allah, ini bukan pendapat yang baik, demi Allah kalau kamu kurungkannya sedemikian rupa pun akhirnya ceritanya itu akan bocor keluar dan sampai ke pengetahuan pengikut-pengikutnya kemudian mereka itu pun akan menyerang kamu, kemudian membebaskannya dari tangan kamu, setelah itu akan bertambah pengikutnya, seterusnya menghalangkan kamu semua, pendapat ini tidak boleh dipakai, cuba cadangkan pendapat lain.
Selepas persidangan Dar al-Nadwah menolak dua cadangan yang dikemukakan itu, dikemukakan pula cadangan yang paling nekad dan terkutuk, ianya mendapat persetujuan seluruh anggota sidang, dikemukakan oleh kepala samseng dan jenayah Makkah Abu Jahal bin Hisyam. Kata Abu Jahal, “Demi Allah, sesungguhnya aku ada satu pendapat yang kamu tidak nampak”. Kata mereka, “Apakah pendapat itu wahai Abu al-Hakam?” Jawab Abu Jahal, “Aku melihat di mana setiap kabilah haruslah dipilih seorang pemuda tangkas dan lincah kemudian kita serahkan kepada setiap mereka sebilah pedang yang tajam, untuk mereka gunakannya, dengan cara mereka menetak Muhammad serentak maka tamatlah riwayat Muhammad dan kita pun boleh berehat, kerana bila mereka lakukan cara ini bererti semua kabilah bertanggungjawab dan banu Abdul Manaf tidak terdaya untuk memerangi kesemua qabilah ini, sebagai gantiannya mereka akan berpuas hati dengan pembayaran diah (pampasan).
Ulas Syeikh al-Najdi, “Pendapat yang sebenar adalah sepertimana yang disebut oleh Abu al-Hakam, dan aku pun berpendapat sedemikian juga”. Sidang Dar al-Nadwah pun sebulat suara menerima cadangan yang terkutuk itu, mereka pun pulang ke rumah masing-masing dengan penuh keazaman, di mana cadangan dan keputusan itu akan dilaksanakan dengan serta-merta.
1. Hasil resolusi daripada mesyuarat Darul Nadwah merupakan resolusi yang kekal sepanjang zaman, tidak berubah sedikit pun. Ia menjadi resolusi musuh Islam turun temurun.
2. Kita jangan lupa bagaimana sirah telah merakamkan hasil daripada resolusi ini, resolusi cetusan daripada mesyuarat yang telah dibuat di Darul Nadwah yang telah dipengerusikan oleh Abu Jahl.
3. Kita juga jangan lupa bahawa, dalam mesyuarat itu syaitan yang menyerupai manusia turut sama mengambil bahagian untuk merancang bagi menghancurkan Islam.
4. Mesyuarat yang dihadiri oleh setiap ketua kabilah Makkah ini, telah mencadang pelbagai idea bagi menyekat dakwah baginda.
5. Pelbagai idea dan helah diutarakan oleh wakil-wakil kabilah, namun akhirnya cadangan yang mana tiada rasa belas kasihan, iaitu membunuh Rasulullah S.A.W. telah menjadi resolusi akhir hasil daripada mesyuarat tersebut.
6. Cadangan ini telah dilontarkan oleh Abu Jahl sendiri dengan mendapat sokongan kuat daipada syaitan laknatullah.
7. Dalam sirah telah menceritakan kepada kita bagaimana bapa saudara bagida Rasulullah, Abi Talib keluar daripada mesyuarat tersebut kerana tidak sampai hati untuk bersama mereka bagi membuat perancangan untuk membunuh Rasulullah.
8. Lalu beliau terus menuju menemui Rasulullah dan disampaikan berita tentang rancangan untuk membunuh baginda.
9. Belum sempat Abi Talib menerangkan keputusan mesyuarat itu, Rasulullah terus membacakan ayat Al-quran yang baru sahaja turun kepada baginda:
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُواْ لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِين
"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya." (Surah Al-Anfal:30)
10. Kita tidak lupa, jalan terakhir bagi menyekat kemaraan Islam telah pun diputuskan telah lama dahulu.
11. Pembunuhan kepada amilin dakwah ini merupakan cara yang paling terdesak bagi musuh untuk melenyapkan Islam di atas muka bumi ini.
12. Di sepanjang jalan dakwah, kita tidak boleh lari dan terlepas daripada resolusi yang telah pun dibuat 1ebih 1400 tahun dahulu, berakhir dengan pembunuhan.
13. Lihat saja, pembunuhan yang terjadi kepada Pejuang ISLAM,para Syuhada’ dan ramai lagi, menjadi mangsa pembunuhan musuh-musuh yang tidak pernah senang dengan kebangkitan Islam.
14. Persiapan kepada kader dakwah seharusnya diisi dengan persediakan ke arah meletakkan diri untuk berkorban dan dibunuh suatu masa nanti.
15. Biar dibunuh oleh mereka, biar dihina oleh masyarakat, asalkan kita dimuliakan oleh Allah dan pembunuhan terhadap jasad kita menjadi saksi usaha dan komitmen kita kepada perjuangan meninggikan syari'at-Nya.

Friday, November 11, 2011

SOROTAN PERISTIWA BULAN ZULHIJJAH

Sejarah telah merakam berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah. Umat Islam telah melalui berbagai pengalaman suka, duka, senang, susah, menang, kalah, untung dan rugi di bulan ini. Berikut adalah diantara peristiwa penting yang pernah tercatat di bulan Zulhijjah;

1. Penyembelihan Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul A'zmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam samaada yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunatkan untuk berkorban menyembelih samaada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

2. Baiatul Aqabah. Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Baginda SAW menjadi nabi, berlakulah peristiwa Baiatul Aqabah (perjanjian setia Aqabah), ianya disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW kepada penduduk Yatsrib (Madhinah). Sebenarnya Baiatul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijrahan nabi SAW ke Madhinah. Nabi sudah menyediakan pendokong-pendokongnya terlebih dahulu di Madhinah sebelum berhijrah. Maha suci Allah yang telah mengatur dan menolong kekasihnya (Rasulullah SAW).

3. Hajjatul Wida' (Haji Selamat Tinggal) Rasulullah SAW hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidupnya. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi saw mengerjakan 'ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Pada peristiwa Hajjatul Wida' itu, baginda SAW menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida') yang mana amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah intipati peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

4. Umar RA meninggal dunia,Uthman RA dilantik. Umar adalah khalifah ke dua selepas Abu Bakar RA. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah SAW dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar dengan Umar Al-Faruk (pembeza). Pada tahun 23 Hijrah, Amir Al Mu'minin Umar bin Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah Al Majusi. Dengan itu urusan kepimpinan negara bertukar kepada Saidina Uthman RA. Perlantikan Uthman bin 'Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis mesyuarat Syura yang telah ditubuhkan oleh Umar bin Al Khattab sebelum kematiannya.

5. Ali RA menjadi khalifah yang keempat. Setelah berlaku kontraversi tentang pembunuhan Uthman RA, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali RA. Perlantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah. Dan akhirnya Ali juga di bunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

6. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.

7. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

8. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.

9. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.

10. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.

11. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

12. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.

13. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

14. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.

15. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

Friday, November 4, 2011

YAHUDI DAN PERMAINANNYA

Firman Allah dalam ayat 133 surah Ali ‘Imran :
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Kini kita berada antara 10 hari awal daripada bulan Zulhijjah yang mempunyai kelebihan yang begitu besar di sisi Allah bagi hambaNya yang taat melakukan ibadat disamping bersungguh-sunguh dalam menjauhi maksiat. Esok kita akan menyambut kedatangan hari Arafah yang merupakan antara hari yang begitu penting samada bagi jemaah haji yang sedang menunaikan ibadat haji di tanah haram Mekah mahu pun kita yang berada di negara masing-masing. Antara kelebihan hari Arafah dan fadhilat berpuasa sunat padanya sebagaimana dipetik daripada hadis nabi s.a.w
قَالَت عَائِشَةُ : إِنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ ، فَيَقُولُ : مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ-رواه مسلم “
Maksudnya : Tiada daripada hari yang lebih ramai Allah membebaskan padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?
عن أبي قتادة رضي الله عنه قال سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ – رواه مسلم واللفظ له وأبو داود والنسائي وابن ماجه والترمذي
Maksudnya : Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab baginda : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang
Sebagai hamba Allah yang beriman penuh keyakinan tentang hari kematian dan hari pembalasan maka kita mestilah merebut segala janji benar daripada Allah dalam menambah sebanyak mungkin bekalan akhirat disamping memohon keampunan atas segala dosa kita terhadap Allah dalam keadaan sedar atau tidak.
Renungilah maksud suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari bahawa Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah SAW memegang bahuku seraya bersabda: “Jadikanlah diri kamu di atas muka bumi ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan kamu tunggu menjelang waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan kamu tunggu menjelang petang. Gunakanlah peluang beramal ketika kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan ketika hidup untuk persediaan matimu.”
Sayyidina Ali pula berpesan : Sesiapa yang menghimpun padanya 6 sifat maka dia tidak membiarkan satu pun tuntutan untuk Syurga dan tidak pula tempat lari daripada Neraka iaitu [1] Siapa yang mengenal Allah lalu mentaatiNya, [2] Mengenal Syaitan lalu melawannya, [3] Mengetahui kebenaran lalu mengikutinya, [4] Mengenal kebatilan lalu menghindarinya, [5] Mengenal dunia lalu menolaknya dan [6]Mengenal akhirat lalu bersungguh mencarinya
Firman Allah S.W.T dalam ayat 16 – 17 surah al-‘Ankabut :
وَإِبْرَاهِيمَ إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ اعْبُدُوا اللَّـهَ وَاتَّقُوهُ ۖ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١٦﴾
Maksudnya : Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya; yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan yang baik dari yang buruk).
Umat Islam juga bakal menyambut ketibaan hari raya korban pada hari Ahad ini. Setiap kali tibanya Aidil Adha maka kita didedahkan dengan kisah pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s. Al-Quran memberitahu kepada kita bagaimana kekuatan aqidah nabi Ibrahim a.s yang lahir dalam keluarga penyembah berhala di mana dakwah baginda terpaksa berdepan dengan ayahnya sendiri Azar pembuat berhala seterusnya hidup pula dalam suasana masyarakat sekeliling yang syirik kepada Allah. Apa yang lebih mencabar berdepan dengan Raja Namrud yang mengaku berkuasa sebagaimana Allah akibat takabbur atas nikmat kemewahan dan kekuasaan yang diberi. Keadaan yang teruk dan rosak itu tidak menjejaskan aqidah yang ada pada diri nabi Ibrahim a.s sebaliknya dengan pelbagai cara baginda berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan kewajipan berdakwah pada ayahnya, masyarakat dan seterusnya raja yang berkuasa.
Kekuatan aqidah dan usaha dakwah yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim a.s wajib kita contohi terutama ketika semakin ramai umat Islam khususnya golongan remaja yang hilang identiti di mana mengikut suatu kajian oleh suatu badan NGO melalui laman sosial di internet termasuk facebook dan twitter menunjukkan lebih 6 juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat. Perkara ini semakin parah apabila adanya suatu kumpulan yang menganjurkan Festival Seksualiti Merdeka bertujuan untuk menyokong dan memperkasa cara hidup bebas golongan lesbian, gay, bisexual and transgender yang jelas merosakkan akhlak. Program ini akhirnya diharamkan oleh pihak keselamatan setelah dibantah di seluruh negara dengan ugutan untuk demontrasi pada hari ini walau pun ia telah pun dianjurkan dengan restu pemerintah sejak tahun 2008 lagi. Tindakan menjemput artis gay dari barat seperti Adam Lambert tahun lepas dan terbaru Elton John artis yang masyhur dengan kahwin sejenis pada pertengahan bulan ini bagaikan adanya agenda tersembunyi dalam menjayakan usaha melahirkan masyarakat yang bebas tanpa akhlak lebih dahsyat daripada binatang. Benarlah kata Mustafa Sobri Mufti terakhir Khilafah Uthmaniah Turki sebelum ditumbangkan oleh bapa sekuler Mustafa Kamal at-Tartuk bahawa sekulerisme merupakan jalan pintas kepada murtad. Pada hari ini akibat kesan pengaruh sekulerisme dan pemikiran liberal dalam diri umat Islam menyebabkan mereka mudah murtad dan mudah terikut dengan budaya yang merosakkan akhlak. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat, tolak sebelum merebak
Allah telah menganugerahkan kepada umat Islam nikmat 2 hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha yang menunjukkan bagaimana Islam bersesuaian dengan fitrah manusia yang perlu kepada sesuatu yang boleh menggembirakan hati kita. Namun begitu Islam telah menggariskan adab dan batasan untuk berhari raya agar tidak menjadi hari melampias kehendak nafsu sehingga mengenepikan panduan wahyu. Islam mengajar umagtnya supaya tidak hanyut dengan hiburan melalaikan sehingga meningkatnya kerosakan aqidah dan akhlak termasuk memuja syaitan serta ramai yang terjebak dengan najis arak dan dadah. Begitu juga amalan bersukan bertujuan untuk menyihatkan badan dan pemikiran bukannya sehingga mengabaikan kewajipan agama apatah lagi terjerat dengan senjata musuh Islam. Kita wajib ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi.
Sehubungan dengan itu kita berasa kecewa apabila tahun ini sahaja 2 kali negara mengiktiraf Israel atas alasan sukan iaitu ketika membenarkan pemain yahudi Israel dalam pasukan Chelsea beraksi di negara ini dan yang terbaru kemasukan pemain tinju Israel yang mendapat liputan antarabangsa walau pun ia bukan suatu yang pelik kerana negara telah berdagang dengan pembunuh dan penjajah Palestin iaitu Israel ketika mengatakan tiada hubungan diplomatik dengannya. Begitu juga penggunaan puluhan juta wang rakyat untuk menyuap yahudi dalam menasihati kepimpinan negara ketika perut rakyat terpaksa diikat akibat kenaikan harga barang yang melambung tinggi.
Kita tidak mahu hanya mendengar perjuangan mempertahankan aqidah yang dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s sehingga sanggup dibakar dalam unggun api yang marak menjulang sedangkan kita tewas cara mudah melalui hiburan dan sukan kepada zionis yahudi. Kita tidak mahu perjuangan Sultan Abdul Hamid II iaitu khalifah yang terakhir Khilafah Uthmaniah Turki yang sanggup menolak mentah-mentah tawaran yahudi berbentuk harta kekayaan dan kemewahan dunia asalkan menyerah Palestin untuk dijadikan negara haram yahudi sehingga baginda digulingkan sedangkan kita terguling bukan dengan tawaran kemewahan sebaliknya mengupah yahudi untuk menjajah negara dan merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam. Pejuang Islam sentiasa berfikir macamana mahu membebaskan negara daripada penjajahan yahudi manakala petualang Islam berfikir macamana cara untuk terus selesa berada bawah tapak kaki yahudi. Ingatlah kita bagaimana yahudi merancang dengan penuh teliti termasuk menjadikan tahun 2012 sebagai antara tahun kemuncak untuk menjayakan pembinaan Israel Raya dengan mewujudkan serangan terbesar terhadap umat Islam dan penentang mereka. Ingat sebelum terjerat, waspada sebelum kena, berhati-hati sebelum rugi
Firman Allah dalam ayat 32 surah al-An’am :
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Maksudnya : Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Friday, October 28, 2011

ZULHIJJAH DAN PERSOALANNYA


Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman : وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut : وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut  : ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )
POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN
Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.
Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :- من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.   Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.Firman Allah : لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)
KONGSI LEMBU
Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a.
Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.
Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban : احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها
Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"
BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN
Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.
PEMBAHAGIAN DAGING
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Ia berdasarkan firman Allah SWT : فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah : فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ
Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)
Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA.Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan.  DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.
MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib.  Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.
BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG
Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.
Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu  barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.
Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. 

Friday, October 21, 2011

DUNIA SEMAKIN HAMPIRI HARI KIAMAT


Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fathu
لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا
Maksudnya : Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasulNya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya iaitu sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram insya Allah, dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui dan Dia memberikan selain itu kemenangan yang dekat. Kini kita sudah berada dipenghunjung bulan Zulkaedah yang mengingatkan kita tentang suatu peristiwa besar dan bersejarah iaitu telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila nabi bersama 1400 atau 1500 orang umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisyyang merasa gerun melihat betapa ramainya jumlah umat Islam walau pun bertujuan untuk menunaikan ibadat haji bukannya untuk berperang. Akhirnya Rasulullah s.a.w telah menghantar Sayyidina Uthman bin ‘Affan ke Mekah untuk berbincang dengan pihak Quraisy bagi membolehkan umat Islam mengerjakan haji pada tahun itu. Pemergian Sayyidina Uthman yang agak lama tanpa sebarang berita menyebabkan timbulnya cerita bahawa beliau telah dibunuh. Ini menyebabkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat melakukan Bai’ah ar-Ridhuan di bawah sebatang pokok di Hudaibiah bagi menyatakan kesanggupan mereka untuk membela Islam walau pun terpaksa menumpahkan darah. Ketika mereka sedang berbai’ah, tiba-tiba munculnya Sayyidina Uthman di mana beliau turut sama dalam berbai’ah. Kuffar Quraisy yang mendengar tentang bai’ah yang dilakukan ini mula merasa gerun dan takut lalu mereka segera menghantar wakil bagi mengadakan perdamaian antara mereka dengan umat Islam. Perjanjian Hudaibiah ini walaupun pada pandangan zahirnya begitu merugikan umat Islam tetapi akhirnya terbukti bahawa tindakan yang diambil oleh nabi Muhammad s.a.w yang berlandaskan wahyu telah membuka jalan kepada pembukaan Kota Mekah. Asalnya hanya untuk menunaikan haji tetapi hasilnya dapat membuka Kota Mekah iaitu kejayaan berganda. Perjanjian Hudaibiah sepatutnya diambil pengajaran yang penting terutama dalam memberi petunjuk bagaimana cara terbaik dalam melakukan perjanjian atau kerjasama politik dengan orang kafir agar ia menguntungkan Islam bukan mengorbankan agama. Perjanjian dengan orang kafir memerlukan kepada kepimpinan yang tegas dan strategi yang kemas agar Islam benar-benar didaulatkan bukan bahan yang dipijak-pijak. Contohnya perjanjian damai dengan Israel yang dibuat oleh pemimpin yang telah dibeli oleh yahudi tidak berjaya menyelesaikan masalah bahkan menambah nasib malang yang menimpa Masjid Aqsa dan umat Islam. Begitu juga bagi kita yang berada di negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama maka tindakan berasaskan Islam mesti dilakukan ketika membuat sebarang hubungan kerjasama dengan orang bukan Islam agar ia membantu untuk menguatkan Islam bukannya satu demi satu hak dan keistimewaan Islam tergadai dan dihapuskan
Firman Allah dalam ayat 1 – 8 surah al-Zalzalah :
إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ Maksudnya : Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Ketika bercakap tentang cuaca dan keadaan bumi pada hari ini yang semakin berubah maka banyak telahan dan andaian telah dibuat. Bukan umat Islam sahaja yang sememangnya wajib percaya kepada berlakunya qiamat yang bercakap tentang dunia yang semakin kepada saat kehancuran malah agama lain seperti Hindu yang turut mengakui bahawa bumi ini akan hancur apabila sampai kepada pusingan gilirannya. Begitu ahli sains yang mengatakan bahawa bumi ini akan hancur akibat hentaman komet atau asteroid dan apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Bencana yang dahsyat dan besar juga boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya di mana plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia itu sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut. Malah sebuah filem barat yang baru ditayangkan berdasarkan teori ‘pengakhiran kalendar’ kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Qiamat bukan setakat disebut malah diambil sebagai suatu peringatan penting kepada kita semua agar kembali kepada cara hidup Islam dalam semua sistem samada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Jangan biarkan kita hanya menjadi orang yang hanya tahu bercakap tentang qiamat tetapi tidak bersedia untuk menemui Allah dengan bekalan akhirat. Manusia yang bijak ialah orang yang sentiasa bersedia dengan saat kematian dan bekalan akhiratnya.
Firman Allah dalam ayat 72 surah al-Ahzab :إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. Jika di Indonesia dan beberapa negara yang lain banyak bangunan yang runtuh dan nyawa yang terkorban akibat gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, gunung berapi dan sebagainya tetapi di negara kita banyak binaan termasuk stadium, makmal sekolah, jalan bertingkat, masjid , jambatan dan sebagainya runtuh bukan disebabkan gempa bumi sebaliknya akibat amalan rasuah dan pecah amanah dalam proses pembinaannya. Media massa hari ini sibuk bercakap tentang integriti atau telus amanah dalam melaksanakan tugas terutama selepas Laporan Audit negara yang membongkarkan bagaimana 28 bilion wang negara hangus akibat pecah amanah dan sebagainya. Benarlah amaran nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila amanah diserahkan bukan kepada ahlinya maka tunggulah saat kehancuran. Lahirkanlah dalam negara kita pemimpin yang amanah takutkan Allah bukannya pemimpin yang hanya tahu mengumpul kekayaan dengan menipu rakyat, Ulama’ akhirat yang menjadi penegur dalam memperbetulkan keadaan bukannya pengampu yang menambahkan lagi masalah sedia ada dan juga rakyat bawahan yang sentiasa cintakan cara hidup Islam. Ketika ramai lagi rakyat yang susah memerlukan bantuan tetapi wang negara dibazirkan begitu sahaja termasuk dalam projek mega yang tidak penting dan salah guna kuasa. Lahirlah masyarakat bermula daripada pemimpin hinggalah rakyat jelata yang bencikan rasuah dan jauhi pecah amanah atau kita bakal berdepan dengan kemusnahan yang lebih teruk. Nabi Muhammad s.a.w telah mengingatkan kita tentang fitnah akhir zaman termasuk amalan rasuah yang dijadikan budaya dan keperluan hidup sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani dan Abu Nu’aim daripada Muaz b Jabal:قال الرسول e : خُذُوْا العَطَاءَ مَادَامَ عَطَاءًا فَإِذَا صَارَ رَشْوَةً فِىْ الدِّيْنِ فَلاَ تَأْخُذُوْهُ وَلَسْتُمْ بِتَارِكِيْهِ يَمْنَعُكُمُ الفَقْرُ وَالحَاجَةُ Maksudnya : Ambillah oleh kamu akan suatu pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya

Friday, October 14, 2011

MAHRAM DALAM ISLAM SIRI 2


Mahram Kerana Musyaharah
Musyaharah berasal dari kata ash-Shihr. Imam Ibnu Atsir rahimahullah berkata, “Shihr adalah mahram karena pernikahan” (An Nihayah 3/63).
- Contohnya, mahram yang disebabkan oleh musyaharah bagi ibu tiri adalah anak suaminya dari istri yang lain (anak tirinya) dan mahram musyaharah bagi menantu perempuan adalah bapa suaminya (bapa mertua), sedangkan bagi ibu istri (ibu mertua) adalah suami anak perempuannya (menantu laki-laki) [Al Mufashshol 3/162].
- Hubungan mahram yang berasal dari pernikahan ini disebutkan oleh Allah swt dalam firmanNya, yang artinya, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka.” (Qs. An-Nur: 31)
- “Dan janganlah kamu kawini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu (ibu tiri).” (Qs. An-Nisa’: 22)
- “Diharamkan atas kamu (mengawini) … ibu-ibu istrimu (mertua), anak-anak istrimu (anak tiri) yang dalam pemeliharaanmu dari istri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan istrimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya, dan istri-istri anak kandungmu (menantu).” (Qs. An-Nisa’: 23)

Yang Diharamkan Dengan Sebab Musyaharah (Perkahwinan)
Berdasarkan penjelasan di atas maka dapat diketahui bahwa orang-orang yang haram dinikahi selama-lamanya karena sebab musyaharah adalah:
1. Ayah mertua (ayah suami)
Mencakup ayah suami atau bapa dari ayah dan ibu suami juga bapa-bapa mereka ke atas (Lihat Tafsir As-Sa’di hal: 515, Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Tafsir Qurthubi 12/154).
2. Anak tiri (anak suami dari istri lain)
Termasuk anak tiri adalah cucu tiri baik cucu dari anak tiri lelaki maupun perempuan, begitu juga keturunan mereka (Lihat Tafsir Qurthubi 12/154 dan 5/75, Tafsir Fathul Qodir 4/24, dan Tafsir Ibnu Katsir 1/413).
3. Ayah tiri (suami ibu tapi bukan bapa kandungnya)
Haramnya pernikahan dengan ayah tiri ini berlaku ketika ibunya telah jimak dengan ayah tirinya sebelum bercerai. Namun, jika belum berlaku jimak, maka diperbolehkan.
Abdullah Ibn Abbas ra berkata, “Seluruh wanita yang pernah dinikahi oleh bapa maupun anakmu, maka dia haram bagimu.” (Tafsir Ath- Thobari 3/318)
4. Menantu laki-Laki (suami anak perempuan kandung)
Dan kemahraman ini terjadi sekadar anak perempuannya diakadkan kepada suaminya (Tafsir Ibnu Katsir 1/417).

Laki-laki yang Bukan Mahram bagi Wanita
1. Ayah Dan Anak Angkat
Hukum pengangkatan anak telah dihapuskan dalam Islam sehingga seseorang tidak dapat mengangkat anak kemudian dinasabkan kepada dirinya. Allah swt berfirman, yang artinya, “Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu saja. dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan dia menunjukkan jalan (yang benar).” (Qs. Al-Ahzab: 4)
Anak angkat tersebut juga tidak dapat menjadi ahli warisnya, karena pada hakikatnya anak tersebut dinilai sebagai orang lain.
2. Sepupu (Anak bapa saudara/ibu saudara dari ayah maupun dari ibu)
Allah swt berfirman tentang hal ini setelah menyebutkan tentang bermacam-macam orang yang haram dinikahi, artinya, “Dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali hamba sahaya perempuan yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapanNya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian…” (Qs. An-Nisa’: 24)
3. Saudara Ipar
Perkara ini berdasarkan pada keterangan hadis, “Waspadailah oleh kalian, menemui para wanita,” Berkatalah seseorang dari puak Ansar, “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu kalau dia adalah Al-Hamwu (saudara lelaki sebelah suami)?” Rasulullah bersabda, “Al-Hamwu adalah merupakan kematian.” (HR. Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172)
Imam Al-Baghawi berkata, “Yang dimaksud dalam hadis ini adalah saudara lelaki sebelah suami (ipar) karena dia tidak termasuk mahram bagi si istri. Dan seandainya yang dimaksud adalah mertua padahal ia termasuk mahram, lantas bagaimanakah pendapatmu terhadap orang yang bukan mahram?” Beliau selanjutnya berkata, “Maksudnya, waspadalah terhadap saudara ipar sebagaimana engkau waspada dari kematian.”
4. Mahram Titipan
Biasanya yang sering terjadi adalah apabila ada seorang wanita yang akan bepergian jauh (safar) seperti megerjakan umrah, dia mengangkat seorang lelaki yang ‘berlakon’ sebagai mahram sementaranya. Ini merupakan musibah yang sangat besar dan juga amalan bid’ah yang amat terang.

Hukum Wanita dengan Mahramnya 
1.Tidak boleh menikah dengan mahramnya.
Berdasarkan firman Allah swt, “Dan janganlah kamu kawini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh). Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan ; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. An Nisa’ ayat 22-23)
2. Mahram boleh menjadi wali pernikahan.
Wali adalah syarat sah sebuah pernikahan, riwayat dari Abu Musa Al Asyaari berkata, Rasulullah saw bersabda, “Tidak sah nikah kecuali dengan ada wali.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, Ad Darimi, Ibnu Hibban. Hadits shahih)
Namun tidak semua mahram berhak menjadi wali pernikahan, begitu juga sebaliknya, tidak semua wali datang dari mahramnya. Contoh wali yang bukan dari mahram ialah seperti anak laki-laki bapa saudara (saudara sepupu laki-laki), orang yang telah memerdekakannya, sultan. Adapun mahram yang tidak boleh menjadi wali ialah seperti mahram karena musyaharah (pernikahan).
3. Wanita tidak boleh safar (bepergian jauh) kecuali dengan mahramnya.
Banyak sekali hadits tentang larangan safar bagi wanita tanpa mahramnya.
Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah saw dalam satu peperangan bersabda, “Tidak halal bagi wanita yang beriman pada kepada Allah dan hari akhir untuk mengadakan safar sehari semalam tidak bersama mahramnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
4. Tidak boleh berkhalwat (berdua-duaan), kecuali bersama mahramnya.
Dari Ibn Abbas ra, beliau berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, “Janganlah seorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya, juga jangan safar dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” Seorang laki-laki berdiri lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteri saya pergi mengerjakan haji, padahal saya menyertai dalam sebuah peperangan.” Maka Rasulullah menjawab, “Berangkatlah untuk berhaji dengan istrimu.” (HR. Bukhari dan Muslim)
5. Tidak boleh menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada mahramnya.
6. Tidak boleh berjabat tangan kecuali dengan mahramnya.
Dari Makqil bin Yasar ra, Rasulullah saw bersabda, “Seandainya kepala orang ditusuk jarum dari besi itu lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Thabrani dan Rauyani. Hadits Hasan)

Friday, September 30, 2011

MAHRAM DALAM ISLAM SIRI 1


Takrifan Mahram 
Mahram adalah semua orang yang haram untuk dinikahi selama-lamanya kerena sebab nasab, persusuan dan pernikahan (Ibnu Qudamah al-Maqdisi dalam al-Mughni 6/555). Sedangkan muhrim adalah orang yang sedang melakukan ihram dalam haji atau umrah.

Pembagian Mahram
Syaikh ‘Abdul ‘Adzim bin Badawi Al-Khalafi (lihat Al-Wajiiz) menyatakan bahwa, seorang wanita haram dinikahi karena tiga sebab, iaitu karena nasab (keturunan), persusuan, dan musyaharah (pernikahan). Oleh karena itu, mahram wanita juga terbagi menjadi tiga macam yaitu mahram karena nasab atau keluarga, persusuan dan pernikahan.

Mahram Karena Nasab
Mahram karena nasab adalah mahram yang berasal dari hubungan darah atau hubungan keluarga.
Allah swt berfirman dalam surat An-Nur ayat 31, yang artinya, “Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa suami mereka atau anak-anak lelaki mereka atau anak-anak lelaki suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau anak-anak lelaki saudara laki-laki mereka atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka.”

Para ulama’ tafsir menjelaskan, “Sesungguhnya lelaki yang merupakan mahram bagi wanita adalah yang disebutkan dalam ayat ini, adalah:
1. Bapa
Termasuk dalam kategori bapa yang merupakan mahram bagi wanita adalah datok,samaada datok dari sebelah bapa maupun dari sebelah ibu. Juga bapa-bapa mereka ke atas. Adapun bapa angkat, maka ianya tidak termasuk mahram bagi wanita. Hal ini berdasarkan pada firman Allah swt yang artinya, “Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” (Qs. Al-Ahzab: 4)
2. Anak laki-laki
Termasuk dalam kategori anak laki-laki bagi wanita adalah cucu, baik cucu dari anak lelaki maupun anak perempuan dan keturunan mereka. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan pada keterangan di atas.
3. Saudara lelaki,
Baik saudara lelaki kandung maupun saudara sebapa ataupun seibu saja.Saudara lelaki tiri yang merupakan anak kandung dari bapa sahaja atau dari ibu saja termasuk dalam kategori mahram bagi wanita.
4. Anak Saudara,
Baik dari saudara laki-laki maupun perempuan dan anak keturunan mereka. Kedudukan anak saudara dari saudara kandung maupun saudara tiri sama halnya dengan kedudukan anak dari keturunan sendiri. (Lihat Tafsir Qurthubi 12/232-233)
5. Bapa Saudara,
Baik bapa saudara dari sebelah bapa ataupun dari sebelah ibu.
Syaikh Abdul Karim Zaidan mengatakan dalam Al-Mufashal Fi Ahkamil Mar’ah (3/159), “Tidak disebutkan bahwa bapa termasuk mahram dalam ayat ini (QS. An-Nur: 31) karena kedudukan bapa saudara sama seperti kedudukan kedua ibubapa, bahkan kadang-kadang bapa saudara juga disebut sebagai bapa.

Allah swt berfirman yang artinya, “Adakah kamu hadir ketika Ya’qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya, “Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?” Mereka menjawab, “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu Ibrahim, Ismail dan Ishaq.” (Qs. Al-Baqarah: 133)
Sedangkan Isma’il adalah bapa saudara dari anak lelaki Ya’qub. Maka bapa saudara termasuk mahram adalah pendapat jumhur ulama’.

Mahram Sebab Ar-Radha’(Susuan)
Ar-radha’ah atau persusuan adalah bermaksud masuknya air susu seorang wanita ke dalam mulut anak kecil dengan syarat-syarat tertentu (al-Mufashol Fi Ahkamin Nisa’ 6/235).Sedangkan persusuan yang menjadikan seseorang menjadi mahram adalah sebanyak lima kali persusuan, berdasar pada hadits dari `Aisyah radhiyallahu `anha, beliau berkata, “Termasuk yang diturunkan dalam Al Quran bahwa sepuluh kali persusuan dapat mengharamkan (pernikahan) kemudian dihapus dengan lima kali persusuan.” (HR. Muslim 2/1075/1452) Ini adalah pendapat yang rajih di antara seluruh pendapat para ulama’ (Lihat Nailul Authar 6/749 dan Raudhah Nadiyah 2/175).

Sesetengah ulama mengatakan bahwa terdapat dua syarat yang harus dipenuhi sebagai tanda berlakunya mahram ar-radha’ (persusuan) ini, yaitu:
1. Telah terjadinya proses penyusuan selama lima kali.
2. Penyusuan terjadi selama masa bayi menyusui yaitu dua tahun sejak kelahirannya.
3. Hubungan mahram yang berasal dari persusuan telah disebutkan oleh Allah swt dalam firmannya tentang wanita-wanita yang haram untuk dinikahi, yang artinya, “Juga ibu-ibu yang menyusui kamu serta saudara-saudara kamu dari persusuan.” (Qs. An-Nisa’: 23)

Dan disebutkan juga oleh Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a ia berkata, “Diharamkan dari persusuan apa-apa yang diharamkan dari nasab.” (HR. Bukhari 3/222/ 2645 dan Muslim 2/1068/ 1447)

Dari penjelasan di atas, maka dapat diketahui bahwa mahram bagi wanita dari sebab persusuan adalah seperti mahram dari nasab, yaitu:
1. Bapa Persusuan (suami ibu susu).
Termasuk mahram juga dato persusuan yaitu bapa (ayah) kepada bapa atau ibu persusuan, juga bapa mereka ke atas. Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha ia berkata, “Sesungguhnya Aflah saudara laki-laki Abi Qu’ais meminta izin untuk menemuiku setelah turun ayat hijab, maka aku berkata, “Demi Allah, aku tidak akan memberi izin kepadamu sebelum aku minta izin kepada Rasulullah, karena yang menyusuiku bukan saudara Abi Qu’ais, akan tetapi yang menyusuiku adalah isteri Abi Qu’ais. Maka tatkala Rasulullah datang, aku berkata,”Wahai Rasulullah, sesungguhnya lelaki tersebut bukanlah yang menyusuiku, akan tetapi yang menyusuiku adalah saudara isterinya. Maka Rasulullah bersabda, “Izinkan baginya, karena dia adalah bapa saudaramu.” (HR. Bukhari: 4796 dan Muslim: 1445)
2. Anak lelaki dari ibu susu.Termasuk anak susu adalah cucu dari anak susu baik laki-laki maupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
3. Saudara laki-laki sepersusuan.Baik dia saudara susu kandung, sebapa maupun seibu.
4. Anak Saudara persusuan Baik anak saudara persusuan laki-laki maupun perempuan, juga keturunan mereka.
5. Bapa Saudara persusuan (saudara laki-laki bapak atau ibu susu). (Lihat al-Mufashol 3/160)