Friday, September 30, 2011

MAHRAM DALAM ISLAM SIRI 1


Takrifan Mahram 
Mahram adalah semua orang yang haram untuk dinikahi selama-lamanya kerena sebab nasab, persusuan dan pernikahan (Ibnu Qudamah al-Maqdisi dalam al-Mughni 6/555). Sedangkan muhrim adalah orang yang sedang melakukan ihram dalam haji atau umrah.

Pembagian Mahram
Syaikh ‘Abdul ‘Adzim bin Badawi Al-Khalafi (lihat Al-Wajiiz) menyatakan bahwa, seorang wanita haram dinikahi karena tiga sebab, iaitu karena nasab (keturunan), persusuan, dan musyaharah (pernikahan). Oleh karena itu, mahram wanita juga terbagi menjadi tiga macam yaitu mahram karena nasab atau keluarga, persusuan dan pernikahan.

Mahram Karena Nasab
Mahram karena nasab adalah mahram yang berasal dari hubungan darah atau hubungan keluarga.
Allah swt berfirman dalam surat An-Nur ayat 31, yang artinya, “Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa suami mereka atau anak-anak lelaki mereka atau anak-anak lelaki suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau anak-anak lelaki saudara laki-laki mereka atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka.”

Para ulama’ tafsir menjelaskan, “Sesungguhnya lelaki yang merupakan mahram bagi wanita adalah yang disebutkan dalam ayat ini, adalah:
1. Bapa
Termasuk dalam kategori bapa yang merupakan mahram bagi wanita adalah datok,samaada datok dari sebelah bapa maupun dari sebelah ibu. Juga bapa-bapa mereka ke atas. Adapun bapa angkat, maka ianya tidak termasuk mahram bagi wanita. Hal ini berdasarkan pada firman Allah swt yang artinya, “Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” (Qs. Al-Ahzab: 4)
2. Anak laki-laki
Termasuk dalam kategori anak laki-laki bagi wanita adalah cucu, baik cucu dari anak lelaki maupun anak perempuan dan keturunan mereka. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan pada keterangan di atas.
3. Saudara lelaki,
Baik saudara lelaki kandung maupun saudara sebapa ataupun seibu saja.Saudara lelaki tiri yang merupakan anak kandung dari bapa sahaja atau dari ibu saja termasuk dalam kategori mahram bagi wanita.
4. Anak Saudara,
Baik dari saudara laki-laki maupun perempuan dan anak keturunan mereka. Kedudukan anak saudara dari saudara kandung maupun saudara tiri sama halnya dengan kedudukan anak dari keturunan sendiri. (Lihat Tafsir Qurthubi 12/232-233)
5. Bapa Saudara,
Baik bapa saudara dari sebelah bapa ataupun dari sebelah ibu.
Syaikh Abdul Karim Zaidan mengatakan dalam Al-Mufashal Fi Ahkamil Mar’ah (3/159), “Tidak disebutkan bahwa bapa termasuk mahram dalam ayat ini (QS. An-Nur: 31) karena kedudukan bapa saudara sama seperti kedudukan kedua ibubapa, bahkan kadang-kadang bapa saudara juga disebut sebagai bapa.

Allah swt berfirman yang artinya, “Adakah kamu hadir ketika Ya’qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya, “Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?” Mereka menjawab, “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu Ibrahim, Ismail dan Ishaq.” (Qs. Al-Baqarah: 133)
Sedangkan Isma’il adalah bapa saudara dari anak lelaki Ya’qub. Maka bapa saudara termasuk mahram adalah pendapat jumhur ulama’.

Mahram Sebab Ar-Radha’(Susuan)
Ar-radha’ah atau persusuan adalah bermaksud masuknya air susu seorang wanita ke dalam mulut anak kecil dengan syarat-syarat tertentu (al-Mufashol Fi Ahkamin Nisa’ 6/235).Sedangkan persusuan yang menjadikan seseorang menjadi mahram adalah sebanyak lima kali persusuan, berdasar pada hadits dari `Aisyah radhiyallahu `anha, beliau berkata, “Termasuk yang diturunkan dalam Al Quran bahwa sepuluh kali persusuan dapat mengharamkan (pernikahan) kemudian dihapus dengan lima kali persusuan.” (HR. Muslim 2/1075/1452) Ini adalah pendapat yang rajih di antara seluruh pendapat para ulama’ (Lihat Nailul Authar 6/749 dan Raudhah Nadiyah 2/175).

Sesetengah ulama mengatakan bahwa terdapat dua syarat yang harus dipenuhi sebagai tanda berlakunya mahram ar-radha’ (persusuan) ini, yaitu:
1. Telah terjadinya proses penyusuan selama lima kali.
2. Penyusuan terjadi selama masa bayi menyusui yaitu dua tahun sejak kelahirannya.
3. Hubungan mahram yang berasal dari persusuan telah disebutkan oleh Allah swt dalam firmannya tentang wanita-wanita yang haram untuk dinikahi, yang artinya, “Juga ibu-ibu yang menyusui kamu serta saudara-saudara kamu dari persusuan.” (Qs. An-Nisa’: 23)

Dan disebutkan juga oleh Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a ia berkata, “Diharamkan dari persusuan apa-apa yang diharamkan dari nasab.” (HR. Bukhari 3/222/ 2645 dan Muslim 2/1068/ 1447)

Dari penjelasan di atas, maka dapat diketahui bahwa mahram bagi wanita dari sebab persusuan adalah seperti mahram dari nasab, yaitu:
1. Bapa Persusuan (suami ibu susu).
Termasuk mahram juga dato persusuan yaitu bapa (ayah) kepada bapa atau ibu persusuan, juga bapa mereka ke atas. Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha ia berkata, “Sesungguhnya Aflah saudara laki-laki Abi Qu’ais meminta izin untuk menemuiku setelah turun ayat hijab, maka aku berkata, “Demi Allah, aku tidak akan memberi izin kepadamu sebelum aku minta izin kepada Rasulullah, karena yang menyusuiku bukan saudara Abi Qu’ais, akan tetapi yang menyusuiku adalah isteri Abi Qu’ais. Maka tatkala Rasulullah datang, aku berkata,”Wahai Rasulullah, sesungguhnya lelaki tersebut bukanlah yang menyusuiku, akan tetapi yang menyusuiku adalah saudara isterinya. Maka Rasulullah bersabda, “Izinkan baginya, karena dia adalah bapa saudaramu.” (HR. Bukhari: 4796 dan Muslim: 1445)
2. Anak lelaki dari ibu susu.Termasuk anak susu adalah cucu dari anak susu baik laki-laki maupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
3. Saudara laki-laki sepersusuan.Baik dia saudara susu kandung, sebapa maupun seibu.
4. Anak Saudara persusuan Baik anak saudara persusuan laki-laki maupun perempuan, juga keturunan mereka.
5. Bapa Saudara persusuan (saudara laki-laki bapak atau ibu susu). (Lihat al-Mufashol 3/160)

Friday, September 23, 2011

HUDUD ADAKAH SESUAI DIMALAYSIA?

Sidang Jumaat SekalianTerdapat pelbagai erti syariat di sisi ulama. Ada yang memberi erti yang luas dan ada yang memberi erti yang khusus. Namun yang dituntut ke atas umat Islam ialah untuk mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup. Allah taala berfirman yang bermaksud “Dan barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran : 85) Adapun Islam yang hendak ditegakkan ialah agama yang harus meliputi tiga aspek – Aqidah iaitu kepercayaan, Amal Ibadah serta perundangan atau dikenali juga dengan Fiqh dan Akhlaq serta ketatasusilaan.Pada setiap satu dari ketiga bahagian tadi mempunyai perincian dan keutamaan yang tidak boleh diabaikan.Atas dasar itu, bila kita bercakap mengenai penegakan syariat dalam erti kata yang umum dan luas iaitu penegakan Islam sendiri maka ia memberi erti penanaman aqidah yang betul, perundangan yang benar dan akhlaq yang terpuji. Dan kalau kita maksudkan pelaksanaan syariat dalam erti yang khusus pula iaitu aspek Fiqh atau perundangan seperti hudud, sesungguhnya dalam Islam ia tidak harus mengabaikan aspek penanaman aqidah dan pembentukan akhlaq. Bahkan aqidah mestilah mendasari pelaksanaan perundangan dan pelaksanaan perundangan mestilah seiring dengan penghayatan akhlaq yang terpuji. Tidak cukup bagi seorang Islam hanya beriman dan mengaku sebagai seorang Islam sahaja tanpa beramal dengan perundangan dan akhlaqnya dan begitulah juga sebaliknya. Ada setengah pihak berkata ‘Mengapa perlu buat itu dan ini.. . .. yang penting hati mahu baik. Apa guna buat itu dan ini, kalau tingkah laku masih tak betul. Bukankah yang penting ialah inti ajaran Islam bukan bentuknya.Ini adalah kata-kata yang tidak tepat kerana jika kita menerima hujah ‘yang penting hati mahu baik.. yang penting adalah inti bukan bentuk’ maka manusia akan mempunyai alasan bagi meninggalkan semua kewajiban agama. Orang akan mengatakan ‘buat apa sembahyang, kalau masih buat itu dan ini.... apa guna pergi haji, tapi masih tak sedar diri macam pak haji tu.... buat apa puasa, kalau hanya setakat berlapar sahaja ... yang penting hati mahu baik’. Sepatutnya kita memahami bahawa seseorang yang melaksanakan amalan Islam bukan seorang yang maksum (terlepas dari buat dosa). Maka tidak mustahil, seorang wanita yang berhijab misalnya tetapi melakukan sesuatu kemungkaran juga seperti mengumpat dan berhasad dengki. Dalam hal ini, Allah taala akan memberi pahala kepadanya kerana berhijab dan juga dosa atas keburukan yang ia lakukan dan sifat keji yang ada dalam hatinya. Salah satu dari aspek perundangan Islam yang sekarang ini banyak dibicarakan ialah pelaksanaan hudud.Hukum hudud adalah salah satu dari cabang undang-undang jenayah Islam. Dalam konteks undang-undang jenayah Islam, hudud bermaksud segala kesalahan bukan ke atas diri manusia yang telah ditetapkan hukumannya oleh Allah taala secara khusus. Kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan hukumannya secara khusus oleh Allah taala dinamakan ta`zir seperti merosakkan harta benda awam. Kesalahan yang telah ditetapkan hukumannya pula tetapi berkaitan ke atas diri manusia seperti membunuh dan mencederakan tubuh dinamakan qisas. Hudud, Qisas dan Ta`zir membentuk undang-undang jenayah Islam.Kesalahan-kesalahan yang digolongkan dalam kesalahan hudud ialah :- Pertama, melakukan zina yang dihukum dengan sebat 100 kali bagi pesalah lelaki dan perempuan yang belum berkahwin sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah taala di surah An-Nur : 2 dan rejam sehingga mati jika ia dilakukan oleh pesalah yang telah berkahwin sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadits riwayat Ibn Majah dan hukuman yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke atas Ma`iz dan Al-Ghamidiyyah yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Kedua, menuduh orang lain berzina tanpa bukti yang dihukum dengan 80 kali sebat yang dinyatakan dalam firman Allah taala di surah An-Nur : 4. Ketiga, minum arak yang dihukum dengan 40 kali sebat. Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang minum arak, maka sebatlah dia.” (Riwayat At-Tirmuzi). Keempat, mencuri yang dihukum dengan memotong tangan sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah taala di surah Al-Maidah : 38” dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kelima, merompak yang hukumannya mengikut kadar keseriusan perbuatan ialah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah taala di surah Al-Maidah : 33. Sebahagian ulama pula memasukkan kesalahan memberontak ke atas negara dan murtad di dalam jenayah hudud. Untuk memahami jenayah hudud secara komprehensif adalah perlu juga memahami aspek cara pembuktian, cara pelaksanaan, falsafah disebaliknya serta hikmahnya agar tidak timbul salah faham terhadap hukum Allah taala. Hari ini ramai yang mengkritik hukum potong tangan kerana mencuri misalnya sebagai satuhukuman yang ganas tanpa memahami apakah erti curi yang dimaksudkan? Bilakah curi itu boleh dihukum potong tangan? Apakah pula falsafah perundangan Islam? Seolah-olah kalau curi seringgit dua ringgit sahaja, maka terpotonglah tangan pencuri itu.Untuk menghuraikan keseluruhan aspek hudud ini pastinya tidak dapat dilakukan melalui media khutbah ini. Yang penting, perlulah diketahui bahawa hudud adalah sebahagian dari agama kita yang wajib ke atas kita untuk memahaminya sebaik mungkin sebelum kita bercakap mengenai pelaksanaannya atau mengkritiknya. Oleh kerana hukuman hudud telah tsabit dalam Al-Quran dan As-Sunnah, maka wajib ke atas umat Islam di mana pun dia berada untuk beriman akan kesahihan hukum hudud. Meragui dan mempertikaikan kesahihan hukum hudud boleh merosakkan aqidah kerana ditakuti terjatuh dalam firman Allah taala “Dan sesiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah : 44). Namun pelaksanaan hudud haruslah dilakukan setelah segala infrastruktur dipersiapkan seperti tenaga-tenaga yang terlatih dan sistem kehakiman yang berkesan. Selain itu, masyarakat umumnya juga haruslah telah bersedia untuk menerimanya kerana cara hidup Islam bukan dibina atas kekuasaan undang-undang tetapi atas aqidah dan iman dalam diri manusia.Yang penting pula, hukuman hudud hanya boleh dilaksanakan oleh Ulil Amri (kuasa politik Islam). Hudud tidak boleh dilaksanakan oleh individu atau organisasi Islam. Seorang ayah tidak boleh melaksanakan hudud ke atas anaknya yang minum arak dan organisasi Islam tidak boleh menyerang pelaku kesalahan hudud atau kelab-kelab malam di jalan-jalan.Memperkenalkan hudud dalam masyarakat yang telah lama meninggalkan Islam juga haruslah memerhatikan prinsip tadarruj (bertahap-tahap). Hudud tidak semestinya dilaksanakan semuanya sekali gus kerana Allah taala mensyariatkan hudud juga secara bertahap-tahap. Walau bagaimanana pun, perlulah difahami bahawa hukum hudud adalah hanya sebahagian dari banyak kewajiban agama yang perlu ditunaikan oleh umat Islam. Oleh itu, perlulah diperhatikan urutan keutamaan-keutamaan kewajiban yang perlu dipenuhi mengikut keadaan sesuatu tempat dan masa. Dalam konteks inilah masyarakat Islam Malaysia yang hidup sebagai kelompok majoriti melihat isu hukum hudud iaitu walau pun kita beriman dengannya, tetapi kita mempunyai realiti dan keutamaan yang berbeza berbanding umat Islam yang lain Walau pun kita dituntut menegakkannya tetapi ketidakupayaan kita untuk melakukannya tidak bermakna keIslaman atau martabat kita lebih rendah dari umat Islam yang lain di sisi Allah taala kerana kita dituntut untuk berusaha mengikut keterbatasan yang ada. Najasyi, Raja Habsyah, adalah seorang muslim dan berkuasa tetapi tidak berupaya melaksanakan syariat Islam sepenuhnya kerana kemungkinan tentangan rakyatnya yang majoriti masih beragama Kristian. Namun Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazahnya dan memuji beliau. Ini telah dinyatakan oleh Ibn Taimiyah dalam buku Al-Fatawa, jilid 19, mukasurat 218-219. PERSOALANNYA:Adakah di Malaysia ini masih tidak sesuai dilaksanakan Hudud kerana rakyat berbilang kaum???Siapa Majoriti????

Friday, September 16, 2011

HAYATI MERDEKA YANG SEBENAR DALAM ISLAM

MERDEKA. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan 54 tahun kemerdekaan negara ini. Kini negara kita Malaysia telah menjadi sebuah negara maju di mata dunia. Namun disebalik 54 tahun mengecapi dan menikmati kemerdekaan, masih ada masyarakat di negara ini terutama generasi muda (tidak semua) yang masih belum memahami dan memenuhi erti kemerdekaan sebenar menurut Islam. Ya. Apabila kita berbicara tentang erti kemerdekaan, mungkin setiap individu mempunyai pandangan berbeza dan kefahaman masing-masing. Secara umumnya, kemenangan menghadapi penjajah dianggap sebagai suatu kejayaan besar dan mutlak bagi melambangkan erti kemerdekaan sesebuah negara. Namun demikian, pengertian kemerdekaan sebenarnya adalah sangat luas serta tidak hanya terikat kepada pembebasan sebuah negara dari cengkaman kuasa asing. Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin. Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Selain itu, menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.” Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpa kemerdekaan jiwa dan minda kemerdekaan fizikal tidak berguna. Ramai cendekiawan Muslim telah menyedari bahawa cabaran utama setelah kemerdekaan fizikal adalah membina jiwa dan minda merdeka. Walaupun dikatakan negara telah mencapai 54 tahun merdeka, sehingga kini kita dapat melihat penjajahan minda masih berterusan dan dominan dalam pemikiran anak-anak muda. Tidak hairanlah kalau kita melihat anak-anak muda berpeluk, bercium ditempat-tempat terbuka dan khalayak ramai, berpesta dengan minuman keras dan bercampur antara lelaki dan perempuan, samseng jalanan dan sebagainya. Apakah ini dikatakan “kebebasan” atau “kemerdekaan” ? Kemerdekaan yang boleh merosakkan diri, agama, masyarakat dan negara. Tidak sayukah hati kita melihat kegilaan ini ? Yes. Negara Merdeka !! Tetapi anak-anak muda (bukan semua) HANCUR!!! Erti kemerdekaan bagi generasi muda kini sebenarnya sudah luntur dan lusuh di jiwa mereka serta tidak dihargai lagi. Ini terbukti apabila berlakunya kes-kes jenayah yang membabitkan golongan ini sepertimana disebut di atas. Apa yang mereka tahu pada 31 Ogos setiap tahun adalah cuti umum kemerdekaan. Di zaman teknologi ini, penjajahan datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz walaupun sebelum ini mereka datang dengan kapal dan senjata. Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial kita. Oleh itu marilah kita menghayati kemerdekaan yang sebenar menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum: Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri. Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi? Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah: Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada: • Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya. • Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah SWT bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia. Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada: • Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan. • Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat. Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui: • Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan. • Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar. Justeru itu, kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan Islam. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan yang tidak tunduk kepada makhluk Allah, kemerdekaan yang meletakkan sepenuhnya cara hidup berlandaskan syariat Allah dan kemerdekaan yang menolak idealogi/ pemikiran manusia yang bertentangan dengan hukum Allah yang ianya akan membawa kepada kemurkaanNYA. Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta’ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia seterusnya menjadikan negara dan rakyat akan mendapat keampunan dan keredaan Allah.Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam juga akan mendapat keadilan. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi SAW. Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan sebab itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri. Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah kemerdekaan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 54 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita. Selagi mana kita tidak mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam membawa kemerdekaan yang sebenar, selagi itu kita masih tidak merdeka. Merdeka setakat pembebasan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.

Friday, September 9, 2011

RAMADHAN BULAN KESIHATAN SYAWAL BULAN PENYAKIT

Bulan Ramadhan adalah satu rahmat kepada semua yang berpuasa dan turut menjadi bonus kepada petugas perubatan yang bekerja di klinik atau di hospital kerajaan.Pengalaman bekerja di bidang ini mendapati bahawa di bulan Ramadhan, bilangan pesakit yang berkunjung ke klinik-klinik dan yang dimasukkan ke hospital biasanya akan berkurangan.Beberapa kajian saintifik mendapati bahawa puasa adalah sebahagian daripada pencegahan dan rawatan kepada pembunuh utama rakyat Malaysia iaitu 'Sindrom Metabolik'.Penyakit Sindrom Metabolik ini merangkumi beberapa penyakit termasuklah darah tinggi, kencing manis, hypercholesterolaemia (kandungan lemak yang tinggi) dan kegemukan (obesiti).

Puasa Ramadhan juga dapat meningkatkan kesihatan seseorang dengan berlakunya proses detoksifikasi atau pembuangan toksin yang berkesan dari tubuh badan selain daripada ratusan kebaikan yang lain dari sudut kesihatan fizikal, emosi dan spiritual.Namun situasi mesra kesihatan di bulan Ramadhan ini berubah sebaik sahaja menjelang Syawal. Apa tidaknya, setelah sebulan berpuasa dan berdisiplin dengan tabiat pemakanan yang sihat kini bertukar wajah menjadi pesta makanan yang menyajikan pelbagai jenis juadah yang lazat dan menggiurkan.Kegilaan menjamu selera menjadi lebih parah dengan budaya rumah terbuka yang biasanya berlanjutan selama sebulan atau mungkin lebih. Walaupun tujuan asal rumah terbuka dan amalan ziarah menziarahi adalah sangat baik dan terpuji iaitu untuk merapatkan silaturrahim dan saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

Penyakit-penyakit utama di bulan Syawal

Sakit perut dan cirit-birit

Masuk saja ke bulan Syawal, kejadian sakit perut, muntah dan cirit-birit adalah gejala yang sangat kerap berlaku. Ramai di kalangan kita yang mengidap acute gastro-enteritis (keracunan makanan), gastrik dan perut yang meragam akibat pengambilan juadah hari raya tanpa tabiat mengamalkan pemakanan yang sihat.

Kencing manis (diabetes)

Pada bulan Syawal juga ramai pesakit diabetes yang perlu dimasukkan ke hospital kerana kandungan gula di dalam darahnya yang meningkat di luar kawalan. Namun begitu, ada juga pesakit baru yang dikesan mengidap diabetes kerana tabiat pemakanannya yang tidak sihat di sepanjang Ramadhan dan Syawal.

Kegemukan (obesiti)

Sekiranya budaya rumah terbuka tidak diikuti dengan disiplin pemakanan yang baik, maka fenomena 'seluar longgar' dek keberkatan Ramadhan dan akan digantikan oleh gejala 'seluar sendat' dek kedahsyatan pesta makanan yang berpanjangan di sepanjang Syawal.

Kehebatan seseorang yang berjaya menurunkan berat badannya di bulan Ramadhan hanya boleh dipuji sekiranya dia berjaya mengekalkan berat badan tersebut sehingga di penghunjung Syawal setelah melepasi ujian marathon jamuan demi jamuan tersebut.

Malas untuk beramal

Biasanya kita mudah untuk membaca al-Quran dan solat berjamaah di bulan Ramadhan tetapi lain pula situasinya di bulan Syawal. Surau dan masjid yang biasanya penuh di bulan puasa akan kelihatan kosong dan kurang dikunjungi selepas Ramadhan. Al-Quran yang menjadi teman sehinggakan budaya mengkhatamkannya di sepanjang bulan Ramadhan akan berubah sekelip mata sehinggakan jarang sekali dibeleknya sebagai bekalan hidup dengan berlalunya Ramadhan.

Penyakit lidah

Umumnya adalah lebih mudah bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan untuk menjaga lidahnya daripada tabiat mengumpat, suka berdebat dan kutuk mengutuk di antara satu sama lain. Namun keadaannya berubah setelah berlalunya bulan berkat dan bulan ibadah ini.

Ramai di kalangan kita yang melupai disiplin menjaga lidah dan mulut menjelang berlalunya Ramadhan. Lebih menyedihkan lagi apabila gelanggang rumah terbuka ini mungkin menjadi medan mengumpat atau pesta yang bercampur-baur tanpa batasan.

Tabiat-tabiat lama

Taqwa adalah merupakan objektif dan hikmah puasa itu sendiri. Ia boleh diukur apabila melihat diri seseorang atau keluarganya semakin baik dan cemerlang setelah melalui medan tarbiyah selama sebulan di bulan Ramadhan.

Lebih menyedihkan buat seseorang individu mahupun umat Islam umumnya apabila penyakit-penyakit lama yang telah sebati di dalam dirinya datang kembali malahan semakin membarah dengan berlalunya Ramadhan.

Bagaimana mengatasi fenomena ini?

a. Bersederhana di dalam mengendalikan rumah terbuka

b. Melakukan amalan ziarah menziarahi secara terancang

c. Menjaga disiplin pemakanan

d. Bermuhasabah diri dan mendidik keluarga serta masyarakat mengenai amalan berhari-raya menurut syara'

e. Mengamalkan puasa enam di bulan Syawal

f. Menjadikan riadah sebagai acara regular mingguan

g. Mengamalkan gaya hidup yang sihat

h. Banyak berdoa memohon pertolongan dari Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud,

"Barangsiapa yang telah berpuasa Ramadhan dan kemudian dia mengikutkannya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal, maka dia seperti orang yang berpuasa selama satu tahun." (Hadis shahih riwayat Muslim)

Tujuh Punca Utama Cepat Lapar

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

Friday, August 26, 2011

AIDILFITRI KEMBALI POSITIF @ NEGATIF

Sepanjang bulan Ramadan kita memohon keampunan, meneruskan tradisi tarawih, tadarus, tahajud, Qiyamullai, sedekah dan infak. Kita juga perlu bersederhana dalam makanan dan perbuatan. Apabila timbul keinsafan mendalam bahawa kita patut bersyukur kepada Allah dan tanda kesyukuran itu ialah bersifat ihsan kepada yang lain, ia bakal menjadikan kita golongan yang bertakwa dan kembali kepada fitrah.Ibadat puasa yang mengandungi tarbiyah secara amali kepada seluruh umat Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan untuk mendisplinkan diri dan hadapan Allah s. w. t. Dengan berpuasa kita mampu taat dan menghindari apa yang ditegah Allah, walaupun pada asalnya perkara itu adalah harus seperti makan minum di siang hari dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa.

Kita tidak melakukannya demi mematuhi perintah Allah. Pengajaran atau mesej di sebaliknya ialah kalau perkara yang asalnya adalah harus pun kita meninggalkannya kepada patuh kepada perintah Allah, maka tentulah perkara yang haram lebih mampu kita meninggalkannya kerana ia adalah arahan dan perintah daripada Allah.

Alhamdulillah, dengan penuh rasa kesyukuran, sekali lagi kita akan menyambut Aidil-Fitri pada tahun ini. Aidil Fitri adalah hari kemenangan dan kejayaan bagi seluruh umat Islam yang bertakwa kepada Allah. Selama sebulan kita umat Islam melaksanakan ibadat puasa, berjuang melawan nafsu, supaya sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Di siang hari kita berpuasa menegah kehendak nafsu. Di malam hari kita mengerjakan pelbagai ibadat fardhu dan sunat seperti solat tarawih, tadarus al-Quran, iktikaf, zikrullah, qiamullail dan lain-lain lagi. Kesemuanya itu merupakan proses tarbiyah atau pendidikan langsung daripada Allah s. w. t. melalui ibadat puasa bagi melahirkan insan yang bertakwa. Firman Allah s. w. t. dalam Surah al-Baqarah: ayat 183:

ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُواْ Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّذِينَ Ù…ِÙ† Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ

Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa".

Ibadat puasa ramadhan yang telah kita sempurnakan itu, mengandungi tarbiyah secara amali kepada seluruh umat Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan untuk mendisplinkan diri terhadap Allah s. w. t. dan juga terhadap sesama makhluk. Dengan berpuasa kita mampu taat dan menghindari apa yang ditegah Allah, walaupun pada asalnya perkara itu adalah harus seperti makan minum di siang hari dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa.

Hari raya yang mulia ini, selain menyambut hari kemenangan dalam perjuangan menundukkan hawa nafsu, juga merupakan hari melahirkan kesyukuran dan kegembiraan. Kita bersyukur dan bergembira kerana dapat menyambut aidil-fitri - yakni hari kembali kepada fitrah. Setelah melaksanakan ibadat puasa selama sebulan dengan sempurna kita bukan sahaja mendapat rahmat malah mendapat keampunan daripada Allah dan pembebasan daripada api neraka. Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu".

Oleh itu, setelah kita mendapat keampunan Allah s. w. t., maka sudah tentulah kita menjadi seperti kembali kepada fitrah, laksana bayi yang baru dilahirkan. Menginsafi keadaan ini, maka tentulah kita akan menjaga kesucian dan kemurniaan hari aidil-fitri ini, supaya tidak menyambutnya dengan melakukan amalan dan acara-acara yang sama sekali bercanggah dengan semangat dan hakikat aidil-fitri itu sendiri.

Aidil Fitri yang bakal kita rayakan adalah lambang pencapaian diri sepanjang Ramadan dengan tarbiah rohaniah yang dilalui. Ia juga menjadikan kita insan berubah, ada peningkatan dalam amal dan timbul keazaman untuk melakukan kebaikan selepas ini. Inilah lambang kemenangan yang kita rayakan dalam semangat mahabah, ukhuwah dan silaturahim.Betapa kebesaran Allah itu dilambangkan dengan kekerdilan diri untuk bersifat ihsan sesama hamba. Betapa kebesaran Allah mengingatkan kita bahawa kita akan kembali seperti orang terdulu yang kita kasihi apabila menziarahi kubur mereka.Janganlah kita rosakkan hari kemenangan selepas bergelut dengan cabaran hawa nasfu dengan menyerahkan diri dirasuk oleh pengaruh iblis dan syaitan semula.Kita leburkan seluruh kekuatan yang kita bina, himpun dan kumpul sepanjang Ramadan dengan melakukan perbuatan maksiat. Kita terbabit dengan hal syubahat dan melanggar batas syarak dengan pergaulan yang melampaui batas, menonton filem yang merangsang semula nafsu syahwat dan nafsu haiwani. Hadir di majlis maksiat seolah-olah melepas geram selepas sebulan dikekang dengan amalan puasa.

AidilFitri seharusnya dirayakan dengan membina ukhuwah tinggi, melakukan ziarah berterusan dan harus ada kemampuan untuk menapis sesuatu yang mengukuh jiwa fitrah dan sesuatu yang boleh merosakkannya. Jangan biarkan anak-anak menjadikan ganjaran "ang pau" atau wang ringgit sebagai umpan ziarah sehingga makna Aidilfitri kepada mereka ialah berapa banyak wang yang dikumpul untuk membeli mercun dan bersuka ria tanpa batasan.

Ziarah kita dengan anak-anak harus dapat memperkenalkan kepada mereka kaum keluarga lain.Hati orang yang bertakwa ialah hati yang tunduk dan taat kepada Allah dan berada dalam fitrah-Nya. Hati yang fitrah ialah hati yang dilembutkan supaya tunduk dan taat kepada menghayati kebesaran Allah.

Kebesaran Allah yang dilafazkan dalam takbir dan tahmid adalah lambang perubahan diri untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan menghindarkan kemungkaran walaupun sedikit. Itulah natijah Ramadan yang kita lalui dan maksud Syawal yang bakal dirayakan.

Dalam kesibukkan kita untuk membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan ditambah dengan saki baki Ramadhan yang masih tinggal tidak kurang beberapa hari lagi, adakah pernah terdetik di hati kita untuk bertanya sama ada Ramadhan yang telah kita lalui pada tahun ini telah benar-benar mendidik jiwa kita untuk menghadapi 11 bulan yang akan mendatang.

Pernahkah kita tertanya apakah Ramadhan kita telah diterima dan segala dosa-dosa kita telah diampun oleh Allah s.w.t. Dalam pada itu apakah saudaraku sekalian masih mengingati tiga doa yang diaminkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah didoakan oleh Jibrail A.S.

Ketika Nabi S.A.W menaiki tiga anak tangga mimbar baginda berhenti di setiap anak tangga dan mengucapkan amin di ketiga-tiga anak tangga tersebut. Para sahabat lalu tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah diaminkan oleh Rasulullah S.A.W. Hal ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya :"Nabi S.A.W menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?" Baginda S.A.W menjawab: "Jibril A.S datang kepadaku, dan berkata: "Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin," Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut "amin".

Jibril berkata lagi: "Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin." Lalu aku pun berkata: "Amin".

Berkata Jibril lagi: "Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin." Lalu aku pun menyebut: "Amin."

Salah satu doa yang diaminkan ialah berkenaan sesiapa yang tidak merebut peluang untuk mendapat keampunan Allah S.W.T pada bulan Ramadhan maka dia antara orang yang akan rugi kerana akan dimasukkan ke dalam Neraka Allah S.W.T.Apakah kita di antara golongan manusia yang telah diberikan peluang untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini termasuk di dalam doa yang diaminkan oleh baginda S.A.W.Oleh itu saudaraku sekalian ingatlah doa yang telah diaminkan oleh Rasullulah s.a.w. ini dan rebutlah peluang yang masih berbaki, tidak berapa hari ini untuk mencari keampunan Allah S.W.T. Raya, raya juga, tapi jangan lupa untuk mencari peluang yang masih tinggal. Takut-takut inilah Ramadhan yang terakhir buat kita.

Friday, August 19, 2011

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR.APA YANG ANDA LAKUKAN?
Tanpa disedari, Ramadhan kian hampir ke penghujung, bakal meninggalkan berbagai kenangan yang indah maupun sebaliknya, bagi yang sedang menyiapkan bekalan sebagai Hamba-NYA pasti menggamit resah di dada.Ya, resah, resah kerana ramadhan hampir pergi meninggalkan mereka, tidak diketahui samaada berjumpa lagi atau tidak pada tahun seterusnya. Juga resah untuk menjalani kehidupan yang mendatang, apakah masih mampu beribadah seperti bulan Ramadhan atau sebaliknya.

Bagi yang sedang menyiapkan bekal Hari Raya, juga resah. Ya, resah untuk menyiapkan pelbagai kelengkapan Hari Raya yang bakal berkunjung tiba. "Langsir sudah tempah belum?""Baju Raya sudah siap belum?""Sofa rumah sudah lusuh, bila nak tukar ni?""Rendang, ketupat, lemang""Aduh, pening pening!!"Mereka juga resah. Resah untuk kelengkapan Hari Raya.Aduh! sangat dikasihankan.Peluang untuk beribadah di bulan Ramadhan dipenuhi dengan persiapan raya dan diiringi juga dengan lagu lagu Raya yang jauh melupakan tentang Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari.

Seorang pelari pecut, pasti akan mengumpulkan seluruh tenaganya untuk membuat PECUTAN TERAKHIR ketika hampir ke garisan penamat.Untuk apa?Untuk bergelar juara, Ya, juara dengan mengalahkan peserta yang lain.Seorang pelajar yang hanya tinggal seminggu untuk menduduki peperikasaan juga akan mengumpulkan segenap kudratnya yang terdaya untuk membuat PECUTAN TERAKHIR. Juga akan diselenggarakan berbagai bengkel dan juga seminar yang tajuknya tidak akan lari dari 'PECUTAN TERAKHIR' Untuk apa?Tidak lain hanyalah untuk berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan

Bakal mempelai yang akan mendaki bahtera rumahtangga juga pasti akan menyiapkan bekal yang secukupnya. Pasti akan membuat 'PECUTAN TERAKHIR" tika hamper 10hari lagi sebelum bahtera mula menaikkan sauhnya.Kerana apa? Supaya persiapan tertata rapi dan majlis dapat berlangsung dengan jayanya.

Begitulah kalau dapat dianologikan. Kalau sekiranya, pelari pecut mampu membuat pecutan terakhir untuk berjaya, pelajar mampu membuat pecutan terakhir untuk cemerlang ,mempelai berusaha menyiapkan persiapan perkahwinannya dengan membuat pecutan terakhir untuk berjaya, maka apakah ketika Ramadhan sudah ke penghujungnya kita masih maintain tanpa sebarang pecutan

Ramadhan masih berbaki 9 hari.Hampir menuju ke garisan penamat, namun tetap masih belum tiba. Maka kita dituntut untuk membuat PECUTAN TERAKHIR. YA, Pecutan terakhir sebelum tiba ke garisan penamat.Pecutan yang akan menentukan berjaya atau tidak kita mengharungi Ramadhan. Pecutan terakhir yang juga merupakan pecutan penentuan.Bagi yang telah leka sebelumnya, ini masanya untuk anda memecut!, bagi yang masih 'maintain' dengan pecutan yang ada, kini masanya untuk anda menambahkan 'speed'!, bagi yang sudah sedia memecut, kini masanya untuk anda terus memecut sebelum tiba ke garisannya!. Ya, pecutan terakhir pecutan penentuan.

Bagi yang masih belum khatam Al-Quran, ini masanya untuk anda memecut untuk menkhatamkan Al Quran, bagi yang tengah berusaha, ini masanya untuk anda meningkatkan usaha anda, bagi yang sudah khatam, kini masanya anda terus memecut menggandakan usaha.Kerana apa?Kerana masanya sudah tiada, garisan penamat semakin hampir, andai berlengah lagi, pasti kita akan tersungkur tewas.Maka, mungkin ini sebabnya kenapa Rasulullah menggalakkan kita menggandakan ibadah di penghujung Ramadhan terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan

10 malam terakhir
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aisyah yang bermaksud “Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir Ramadhan, maka baginda akan menghidupkan malam malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya” (HR Bukhari Muslim)

Juga dalam hadis yang lain dari Aisyah” Bahawa Rasulullah beriktikaf 10 hari akhir Ramadhan sampai baginda wafat “(HR Bukhari Muslim)

Juga pada 10 malam terakhir dari Ramadhan dikurniakan satu malam yang tiada tanding taranya dengan malam malam yang lain iaitu malam LAILATUL QADR.

“Sesungguhnya kami telah menurunkan Al Quran pada Lailatul Qadr,Apa yang kamu tahu tentang Lailatul Qadr?Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhan untuk mengatur semua urusan,Sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar” (Al Qadr, 97:1-5)

Malam lailatul Qadr itu ternyata lebih baik dar 1000 bulan, iaitu kira kira bersamaan dengan 83 tahun.Subhanallah!, beribadah pada malamnya dikira seperti beribadah selama 83 tahun.Alangkah ruginya bagi orang meninggalkannya.

Hadis dari Abu Hurairah"Barangsiapa berdiri (solat) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa dosanya yang telah lalu (HR Bukhari Muslim)

Satu lagi ganjaran yang Allah Taala tawarkan iaitu pengampunan dari dosa.Sekali lagi, alangkah ruginya bagi orang orang yang tidak mendapatkannya.Usah ditanya, bilakah malam Lailatul Qadar, kerana malamnya sengaja disembunyikan Allah.

Kerana apa disembunyikan waktunya?
Supaya orang-orang yang malas menjalankan ibadah, mereka bersemangat untuk menjalankan ibadah pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Hikmah yang lainnya juga yaitu agar menambah amal shalih seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Tanda tandanya
1. Malam yang cerah dan terang
2. Angin yang berhembus tenang, tidak dingin dan tidak panas
3. Dirasakan ketenangan yang amat sangat bagi orang yang beriman dan beribadah pada malam tersebut
4.Matahari terbit pada keesokannya dengan tidak terlalu menyilau berbeza dengan hari sebelumnya.

Kesimpulannya :Marilah kita sama sama membuat PECUTAN TERAKHIR untuk sisa sisa hari yang masih ada di bulan Ramadhan.Berusahalah sebaik mungkin meminimumkan urusan dunia dan memaksimumkan ibadah taqarub IlALLAH.Bagi para pelajar,pekerja,pekebun,peniaga,pendidik,pendakwah berusahalah untuk menyiapkan untuk beribadah pada sebelah malamnya. Bagi para penulis dan peminat blog,FB.Twitter dsb, minimumkanlah lawatan lawatan ke laman sesawang & laman sosial untuk malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan ini dan menumpukan ibadah yang lain dengan sebaik baiknya.Mudah mudahan Allah menemukan kita dengan Lailaul Qadr, dan menganugerahkan kita piala KeTAQWAan bila tiba di garis penamat nanti hendaknya.AMIN YA RABB.

Friday, August 12, 2011

PUASA MENURUT PERSPEKTIF KESIHATAN

Puasa adalah suatu ibadah yang telah lama dilakukan oleh umat manusia sebelum Islam. Ia adalah juga adalah satu amalan yang umum (universal) dimana puasa merupakan ajaran semua agama , baik yang samawi seperti Yahudi dan Nasrani mahupun yang tabii seperti Hindu dan Budha. Perbezaannya puasa ini terletak pada niatnya,sebabnya,serta cara perlaksanaannya. Ada yang berpuasa daripada memakan daging,telur,ikan susu dan sebagainya. “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertakwa” (Al-Baqarah: 183)

Puasa dari sudut kimianya, sesuatu yang mendatangkan karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak, protein pula akan digunakan sebagai sumber tenaga. Pada ketika ini, ia tidak disebut sebagai puasa tetapi kebuluran.

Berdasarkan kepada fakta ini, seseorang manusia yang sihat akan dapat bertahan untuk hidup tanpa makanan selama hampir 40 hari, dengan syarat dia mendapat sumber air yang berterusan, dan tidak terdedah kepada anasir-anasir toksik dan pencemaran seperti penyakit berjangkit.Makanan adalah sumber tenaga untuk membolehkan tubuh menjalankan fungsi-fungsi fisiologinya. Tanpa kita sedari setiap aktiviti dalam tubuh kita perlukan tenaga. Jantung yang berdenyut tanpa henti, usus yang bergerak untuk menghadamkan makanan, pernafasan, berfikir, berjalan dan sebagainya semuanya memerlukan tenaga. Sumbernya adalah makanan. Sekiranya tiada makanan yang dibekalkan, badan akan menggunakan simpanan tenaga dalam badan kita, bermula dari karbohidrat, lemak dan kemudian protein. Semasa puasa, badan akan menggunakan sumber tenaga dari dalam badan kita sendiri melalui proses yang dinamakan autolisis yang memecahkan simpanan karbohidrat dan lemak dalam badan untuk menjadi sumber tenaga.

Proses ini berlaku dalam hati di mana lemak akan ditukar kepada satu bahan kimia yang dinamakan keton tubuh, yang kemudiannya disebarkan ke seluruh badan melalui aliran darah. Lebih lama badan tidak mendapat makanan, lebih banyak proses ini berlaku dan lebih banyak keton yang dihasilkan.

Umumnya dalam keadaan tidak berpuasa, banyak tenaga digunakan untuk proses menghadaman makanan. Pada masa yang sama, proses metabolisma dalam sel-sel sentiasa berjalan selagi kita makan dan minum. Sel-sel badan ini berfungsi memproses bahan makanan untuk digunakan oleh sel dan badan. Semasa menjalankan proses ini, bahan buangan turut dihasilkan dan is perlu dikeluarkan dari sel. Jika sel-sel badan terlalu sibuk memproses makanan yang diterima, proses buangan ini akan menjadi kurang efisyen.

Pada kebiasaannya, pergerakan zat makanan (dan toksin) adalah kearah lemak dan daging. Oleh itu, makanan yang diambil dengan kuantiti yang melebihi keperluan badan akan menyebabkan terkumpunya bahan-bahan simpanan yang disimpan sebagai lemak. Di samping itu, jika fungsi perkumuhan bahan buangan kurang efisyen, maka toksin yang wujud pun akan tersimpan didalam lemak. Oleh itu sewaktu kita tidak berpuasa (dan tidak pula melakukan senaman), proses membakaran lemak akan menjadi tidak efisyen. Maka secara tidak langsung proses pembuangan toksin juga turut akan tergendala.

Proses detoksifikasi adalah proses normal dalam badan untuk membuang, menyingkirkan atau meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa dan juga kulit. Proses ini dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk dalam badan dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan. Lemak dalam badan manusia dapat menyumbangkan sebanyak 9,000 kalori setiap kilogram. Untuk badan berfungsi secara normal, kita memerlukan sebanyak 2,000 kalori sehingga 2,800 kalori bergantung pada tahap aktiviti. Bermakna setiap kilogram lemak berupaya menyumbang tenaga cukup untuk 3 – 4 hari. Perlu difahamkan, simpanan tenaga dalam bentuk lemak ini berlaku bila terdapat lebihan dalam makanan yang kita ambil setiap hari.

Bayangkan kalau dalam setahun, selama 11 bulan, berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh tubuh kita?Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis menyebabkan berlakunya pelepasan bahan kimia toksik yang turut tersimpan ke dalam saluran darah dan seterusnya disingkirkan melalui kaedah yang disebut di atas.Ada bahan kimia toksik yang turut tersimpan bersama lemak, yang didapati melalui udara yang disedut, juga akan tersingkir dalam proses autolisis ini. Contohnya DDT, yang dinyahkan melalui air kencing, peluh dan najis.

Ini adalah kerana lemak dalam badan hanya menjadi tenaga yang tersimpan dan hanya akan digunakan jika bahan bakar biasa yang terhasil dari karbohidrat tidak mencukupi. Jika proses perkumuhan sentiasa dalam keadan tidak efisyen, lama-kelamaan sel-sel badan akan berfungsi dengan tidak optima kerana proses pembuangan tergendala. Ini akan menyebabkan sistem-sistem lain dalam badan seperti sistem penghadaman dan lain-lain akan turut tergendala. Akibat dari gangguan berbagai sistem ini, kita akan mengalami gejala gangguan kesihatan seperti lenguh-lenguh badan,cepat letih, mudah demam dan berbagai ?bagai penyakit lain.

Berlainan pula semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan ) tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen.

Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar.Penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran pemakanan, usus untuk mencerna makanan (disebabkan kurang penggunaannya) kepada sistem yang lebih penting seperti sistem imun dan metabolisme.

Bila kita sedang sakit, perkara yang biasa berlaku ialah kita tidak ada selera makan. Ini adalah satu refleks fisiologi, kerana badan tidak mahu membuang banyak tenaga di usus, bahkan mahu tumpukan pada proses penyembuhan melalui metabolisme dan meningkatkan kemampuan sistem imuniti badan kita.Dalam berpuasa, perkara ini berlaku secara terancang. Proses sintesis protein dapat berlaku dengan lebih efisien jadi kurangnya berlaku kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik. Puasa membolehkan sistem pemakanan berehat dan membolehkan tenaga digunakan untuk memperbaiki sistem tubuh lain terutama sistem imun.

Tambahan pula semasa puasa, berlaku penurunan suhu teras badan kita disebabkan metabolisme badan yang rendah dan tahap aktiviti yang menurun. Hormon tumbesaran juga dibebaskan semasa puasa dan ini membantu proses penyembuhan lebih efektif. Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain. Perlu dinyatakan bahawa proses pembuangan toksin dari badan yang berlaku semasa berpuasa tidak akan dapat dilakukan dengan baik jika seseorang itu mengalami sembelit (susah membuang air besar) Usus besar adalah organ utama badan. Organ perkumuhan lain adalah termasuk hati, ginjal, paru-paru dan kulit. Jika seseorang itu mengalami kekurangan air di dalam badan, buag pinggang akan menjadi kurang efisyen. Oleh itu semasa berpuasa, usus besar dan buah pinggang harus dijaga dengan baik supaya berupaya menjalankan proses perkumuhan yang akan membersihkan badan dan memulihkan fungsi sel secara optima. Proses pembuangan toksin dari dalam sel-sel badan terutama sel lemak akan menyebabkan penyaliran semula toksid ini ke saluran darah sebelum ia dapat keluar dari badan.

Proses pengaliran toksin ini akan menimbulkan gejala-gejala yang sering berlaku pada awal puasa seperti :-

i. Sakit kepala ? ini berlaku kerana toksin yang terkumpul dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.

ii. Lenguh-lenguh badan

iii. Lidah berdaki dan mulut berbau

iv. Kencing pekat dan berbau

v. Ceret-beret

vi. Letih lesu ? keadana ini berlaku diawal puasa kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih mengharap tenaga daripada makanan luar. Maka gula didalam darah berada ditahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak yang mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan. Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddinnya mengatakan bahawa bencana paling besar dalam kehidupan manusia adalah nafsu perut (kuat makan). Oleh itu janganlah sekali-kali kita merasa berat untuk berpuasa,apalagi puasa yang wajib di bulan Ramadhan kerana puasa itu hakikatnya bukan sahaja boleh membentuk rohani manusia menjadi individu yang baik dan taat bahkan dengan berpuasa itu sendiri mampu mengimbangi kesihatan tubuh badan dan persekitaran kehidupan manusia.