Friday, January 27, 2012

DEFINISI YAQAZAH DAN MUSYAFAHAH BERTEMU RASULULLAH S.A.W
Arti yaqazah pada bahasa ialah jaga, sedar, bukan dalam keadaan mimpi, (yaqiza) Aiy mutayaqqizun: Hazirun: jaga, sedar, berjaga-jaga. – Mukhtarus Sihah, Asy Syeikh AI Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al’asriyah, Soida, Beirut. (m.s. 349)
Adapun pengertian yaqazah pada istilah perbahasan ilmu tasawuf ialah bertemu atau berjumpa dengan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga (bukan mimpi) dan ia merupakan satu karamah wali-wali Allah.
Arti musyafahah pada bahasa pula ialah berbual-bual antara dua pihak. (Al Musyafahah) Al Mukhatobah min fika ila fihi. – Mukhtarus Sihah, Asy Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, AI Maktabah AI’asriyah, Soida, Beirut. (m.s. 167)
Pada istilah pula ialah berbual-bual dengan roh Rasulullah SAW atau bersoaljawab atas apa-apa kesamaran dalam agama atau menerima amalan-amalan tertentu dari baginda.
Yaqazah adalah satu perkara luar biasa yang mencarik adat. Ia menjadi salah satu sumber kekuatan para ulama yang hak dalam mempertahankan kebenaran.
Imam As Sayuti apabila ingin memasukkan sebuah Hadis ke dalam kitab karangannya akan bertanya kepada Rasulullah SAW secara yaqazah: “Adakah Hadis ini daripadamu ya Rasulullah?”
Jika Rasulullah SAW membenarkan, barulah beliau merekodkan Hadis tersebut.
Begitu juga berlaku kepada ramai auliya Allah. Ini merupakan satu ‘teknologi’ yang sangat canggih yang tidak mampu dipintas oleh musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi dan Nasrani. Bagaimana mereka ingin memintasnya sedangkan kekuatan mereka setakat memaksimumkan penggunaan akal. Akal sampai bila pun tidak akan berjaya mengalahkan kekuatan roh.
Inilah senjata kemenangan ulama-ulama dan para pejuang Islam sepanjang sejarah.Dengan bersungguh-sungguh mengusahakan taqwa, Allah kurniakan kepada mereka bantuan-bantuanNya secara zahir atau rohani. Di antara bantuan-bantuan rohani ialahmimpi yang benar, firasat, kasyaf, hatif dan lain-lain. Baca : HIKMAH & ILHAM: Saluran Ilmu Yg Sudah Hilang Dari ULAMA Islam Modern

Bacalah sejarah Tariq bin Ziad, Salehuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh, Mimar Sinan, Imam Al Ghazali, Imam As Sayuti. Kajilah rahsia kejayaan mereka.
HUKUM YAQAZAH
Yaqazah hukumnya boleh berlaku pada wali-wali Allah sebagai kemuliaan (karamah) yang Allah kurniakan kepada mereka. la adalah perkara yang mencarik adat (luar dari kebiasaan) pada logik manusia sedangkan ia masih dalam lingkungan mumkinat (jaiz) bagi Allah mengadakan atau mentiadakannya.
Perlu diketahui perkara yang bersalahan dengan adat boleh dibahagikan kepada empat kategori, berdasarkan di tangan siapa ia terjadi:
1. Mukjizat: berlaku kepada para rasul a.s. sebagai bukti kerasulan mereka untuk mencabar penentang-penentang mereka.
2. Karamah: berlaku kepada kekasih-kekasih Allah (para wali) lambang kemuliaan yang Allah beri kepada mereka.
3. Maunah: berlaku kepada orang-orang mukmin dengan berkat guru atau amalan tertentu yang diistiqamahkan.
4. Sihir: berlaku di tangan orang-orang fasik atau kafir secara istidraj (dalam murka Tuhan).

DALIL BOLEH BER-YAQAZAH
Perlu diketahui dan difahami, ada banyak ayat-ayat Al Quran yang memberi isyarat tentang peristiwa yaqazah ini. Kalaulah ia boleh berlaku kepada para rasul a.s. sebagai mukjizat, ia juga boleh berlaku kepada wali-wali Allah sebagai karamah.
Dalil pertama:
Pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Musa a.s. Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan, baginda dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di dalam Al Quran dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang pertemuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)
Dalil kedua:
Solat jemaah Nabi SAW dengan para rasul Nabi Muhammad SAW bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan. Firman Allah:
Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)
Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:
“Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah SAW dalam tujuh saf . Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi SAW telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”
Dalil ketiga:
Hadis dari Abu Hurairah r.a.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.” (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)
PENGAKUAN ULAMA MENGENAI YAQAZAH
Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:
“Adalah jaiz (khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya.”
Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:
‘Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menunjukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”
Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, mengeluarkan fatwa melalui Pejabat Mufti, Kementerian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil Awal1408H, 4 Januari 1988 iaitu:
“Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti itu termasuk di bawah ertikata fadhailul a’mal. Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan berhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini”

Friday, January 20, 2012

BISING DI MASJID & SURAU SALAH SIAPA?
Melihat suasana masjid di negara lain, memang banyak berbeza dengan suasana masjid di Malaysia. Antaranya perbezaan ketaranya adalah :
1- Kanak-kanak boleh solat di dalam saf dewasa bersama ayah mereka
2- Kanak-kanak itu tertib dan tidak mengganggu jemaah menunaikan solat

Adapun di Malaysia, keadaan tersebut sukar ditemui, sekaligus mencetus semacam perbalahan antara golongan yang mahu melihat budaya kanak-kanak bersolat di masjid dan golongan yang anti dengan kanak-kanak yang mahu solat di masjid. Timbul berbagai komen dengan bermacam-macam nada, antaranya daripada ibu atau bapa yang tidak berpuas hati akan layanan pengurusan masjid terhadap anak-anak mereka. Begitu juga daripada ahli jemaah masjid yang tidak berpuas hati kerana gagal khusyuk dalam solat dek kerana bisingnya kanak-kanak di dalam masjid.

Jadi siapa yang mahu menang? Dan siapa yang mahu dihukum bersalah?
Seharusnya, semua pihak perlulah memahami isu ini secara adil, barulah tidak timbul kekeliruan samada mahu membawa kanak-kanak di masjid atau meninggalkan mereka di rumah.

Soal Hukum
Banyak hadith sahih menceritakan tentang budaya kanak-kanak bersolat di masjid dan menggambarkan kepada kita betapa kanak-kanak itu sepatutnya diraikan di masjid. Tidak perlu wujud diskriminasi antara kanak-kanak dan orang dewasa, sehingga mahu dipaksa kanak-kanak itu berpisah saf solat dengan bapanya. Justeru hukum membawa kanak-kanak ini sebenarnya adalah sunat dan digalakkan. Bagaimanapun, keadaan itu berubah-ubah mengikut situasi.
1- Sunat ; kiranya dapat mendidik mereka menjiwai solat berjemaah dan menyukai masjid sebagai pusat ukhwah dalam masyarakat.
2- Harus ; kiranya mereka sudah mumayyiz, tidak mencetus gangguan dan boleh dikawal.
3- Makruh, bahkan Haram ; kiranya mereka boleh mengganggu jemaah yang sedang solat, mencetus kekacauan dan menimbulkan fitnah serta perbalahan sesama ahli jemaah.

Nah, jika semua pihak memahami kesemua situasi ini dengan baik, maka tidak perlulah berbalah atau menghamburkan kemarahan secara sembrono, sehinggakan kerana satu masjid tidak mesra kanak-kanak, kesemua masjid dilabel sebagai anti kanak-kanak. Kerana satu pihak pengurusan bertegas dengan kanak-kanak, kesemua pengurusan dianggap tidak faham hukum hakam. Kadang-kadang, hadith yang dipegang sudah betul, tetapi pengaplikasiannya jauh terpesong.

Maka sebaiknya, semua pihak memainkan peranan masing-masing dan memperbetulkan kelemahan yang ada. Matlamat yang diimpikan adalah ; masjid akan menjadi pusat masyarakat yang mesra kanak-kanak dan dekat di hati orang muda. Sudah tentu tidak ada pihak yang mahu melihat mereka itu lari ke pusat-pusat hiburan lantaran mereka tidak dihargai di masjid.

Solusi :
Ibu bapa :Jangan hanya pandai membawa anak-anak ke masjid, tetapi didiklah juga mereka dengan akhlak dan disiplin yang baik. Letakkan syarat untuk mereka patuhi apabila berada di masjid. Mereka perlu dididik dan dibentuk dari rumah, barulah mereka berdisiplin di luar rumah. Ketegasan ibu bapa dalam hal ini sangatlah penting. Banyak terjadi, ibu bapa hanya tahu membawa anak ke masjid, sedangkan dalam kocek seluar anak-anak mereka penuh dengan pelbagai mercun. Ketika jemaah lain terganggu, ibu bapa hanya buat-buat tak tahu. Ini yang dikatakan menimbulkan fitnah.Sebaliknya, jika anak-anak yang dibawa benar-benar berdisiplin dan tidak mengganggu kekhusyukan jemaah masjid, atau mereka boleh dikawal dengan baik, maka bawalah mereka ke masjid dan sebaiknya, solatlah bersama mereka di dalam satu saf yang sama.Bagi anak-anak remaja berilah nasihat dengan hikmah bukan dengan emosi,kerana ianya akan menambahkan lagi permasalahan ini menjadi lebih sukar untuk diselesaikan.

Pihak masjid :Masih banyak masjid yang terlalu keras dengan kanak-kanak, sehinggakan pantang melihat kanak-kanak solat di dalam saf dewasa. Alasan tidak suci dan dalil-dalil pemisahan saf yang tidak tepat, dimomokkan kepada kanak-kanak untuk mereka menjauhi saf dewasa. Dalam masa yang sama, pihak masjid enggan mengambil tanggungjawab maksima untuk mengawal kanak-kanak yang hadir. Kalau mahu dikhaskan saf untuk mereka sekalipun, pastikan hanya untuk kanak-kanak yang benar-benar tidak boleh dijaga dan ibu bapa mereka pula tidak sensitif dengan mereka. Sebaliknya kanak-kanak yang pendiam, tidak buat bising, janganlah dihalang untuk bersolat bersama bapa mereka.

Banyak alternatif yang pihak masjid boleh usahakan untuk menangani isu kanak-kanak membuat bising di masjid. Antara yang banyak dibuat adalah menyediakan bilik atau ruang khas bersama penjaga. Kalau di masjid saya dahulu, ada seorang pak cik yang memang agak ditakuti oleh kanak-kanak, dan dia mengambil peranan secara sukarela menjaga saf kanak-kanak dan mengawal keriuhan mereka. Cara itu dilihat berkesan meskipun tidak semaksima yang diharapkan.

Guru-guru di sekolah:Kebiasaannya kanak-kanak dan remaja ini bersekolah disebelah pagi,jadi ambillah kesempatan pagi jumaat tersebut memberi ingatan kepada mereka agar menjaga adab-adab ketika dimasjid,dengan memberikan contoh yang tidak patut dilakukan ialah bermain handphone,menonton video dsb,yang menyebabkan suasana itu akan bertambah bising.Dan perlu dihuraikan berkaitan hadith-hadith berkaitan dengan adab didalam masjid/surau sebagai contoh niat beri’tikaf,solat sunat tahiyyatul masjid,dan berzikir.Sekiranya sudah diingatkan masih berlaku juga,maka duduklah didalam saf bersama-sama mereka

Pendakwah / Ahli Agama :Mengubah cara fikir masyarakat bukan perkara yang mudah. Mereka bukan ahli akademik dan mereka bukan pemikir yang bijak membaca waqi’ apatah lagi melakukan satu resolusi ke atas budaya sedia ada. Maka ketegasan melampau ke atas kanak-kanak yang mahu solat di masjid menjadi budaya dan adat yang berterusan. Umum akan melihat kanak-kanak yang solat di saf dewasa sebagai salah bahkan ibu bapa mereka pun ditegur dan dimarahi. Dari situ, para pendakwah dan ahli agama harus lebih bijak menyelami perasaan dan situasi kesemua pihak, sekaligus merencana alternatif baru yang lebih segar dan praktikal untuk dilaksanakan. Melontar idea untuk menjadikan masjid pusat masyarakat memang sangat mudah, tetapi untuk melaksanakan ia tersangatlah payah.Maka , dakwah dan proses islah tetap perlu diteruskan. Tidak berjaya hari ini, mungkin berjaya esok. Tidak esok, mungkin bulan depan, tahun depan. Kerja tetap perlu dibuat dan diiltizamkan.

Diri Sendiri : Ini adalah solusi yang paling baik,apabila diri sendiri ini bermuhasabah dan hendak manjadikan dirinya MUSLIM yang lebih baik dan dapat mengawal diri dan patuhi adab-adab ketika di masjid/surau,maka akan menangislah syaitan/iblis yang cuba menggoda MUSLIM ini.tetapi perlu diingat syaitan /iblis ini tidak akan terhenti dengan begitu sahaja,bahkan mereka akan cuba memperdaya dengan cara yang lain contoh dengan mempengaruhi kawan agar mereka sama-sama lalai.Itulah SUMPAH dan JANJI SYAITAN &JIN akan menggoda anak cucu NABI ADAM A.S sehingga hari kiamat tidak kira dimana sahaja.

Kesimpulan :Masalah ini akan selesai apabila semua memainkan peranan dengan baik dan betul.Masjid & Surau adalah cerminan orang ISLAM,bila dirosakkan dengan masalah sebegini,ia akan memberi gambaran kurang baik pada Umat ISLAM itu sendiri dari kacamata masyarakat bukan ISLAM.Ingat kenapa perkara ini berlaku?cuba kita kembali kebelakang lihat bagaimana kita semasa kanak-kanak,remaja.adakah kita melakukan perkara yang sama?@kurangnnya penghayatan mengenai adab-adab bila berada di Rumah ALLAH dan menyamakan ianya dengan tempat-tempat awam,@ kita ini sememangnya faham itu semua tapi tidak mempeduli & mengendahkannya?Persoalannya kenapa ianya berlaku di kalangan yang mengaku dirinya ISLAM pada nama,tapi tidak pada hati-hati mereka yang langsung tidak dapat membezakan Rumah ALLAH dengan rumahnya?Ayuh semua kita menjadi MUSLIM yang berpengatahun,berilmu dan beramal dengannya,sampaikan dengan cara berhemah,dan kita perlu saling ingat mengingati,bukan bersifat aku aku,engkau engkau,mudah-mudahan semuanya akan menemui jalan penyelesaiannya dan dapat mewujudkan suasana yang harmoni didalam Masjid/surau.INSYAALLAH dengan peringatan sebegini dapat membantu mengatasi masalah bising ini dari berlarutan dari tahun ke tahun dan dari generasi kegenerasi yang akan datang.FIKIR-FIKIRKAN...........

Friday, January 13, 2012

KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD
.
Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk. Apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah Muhammad pula terbentuk!

Apa akan jadi kalau kedudukan surah berubah?

Sekiranya kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan al-Quran tidak boleh diubah! Sayugia diingatkan bahawa semasa al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf belum wujud! bahkan seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, sistem nombor pun belum wujud!

Kehebatan dan kecanggihan susunan surah-surah al-Quran boleh jiga disaksikan apabila kita membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat bagi setiap surah. Sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor surah terakhir) jumlah campuran tersebut ialah 6555. Sekiranya dicampurkan semua ayat al-Quran (dari surah pertama hingga surah ke-114, iaitu surah terakhir) jumlahnya ialah 6236.

Surah-surah al-Quran dan jumlah ayatnya boleh dikategorikan kepada Nombor surah yang ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil.Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil ialah surah al-Fatehah. Surah ini surah nombor 1 dan bilangan ayatnya 7.Satu contoh lagi ialah surah Hood iaitu surah 11 bilangan ayatnya ialah 123. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genappula sebagai contoh ialah surah ke 3 iaitu surah ali-Imran yang mempunyai bilangan ayat 200. Satu lagi contoh ialah surah ke-5 iaitu surah al-Maidah yang mempunyai bilangan ayat 200 ayat. Satu kategori lagi ialah nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayatgenap. Sebagai contoh surah surah ke-6 iaitu surah al-An'am mempunyai 165 ayat dan surah ke-2 iaitu surah al-Baqarah yang mempunyai bilangan ayat 286 ayat. Sekiranya surah-surah ini dikategorikan kepada sama jenis dan berlainan jenis umpamanya kategori sama jenis ialah (nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap) jumlah semua surah dalam kategori ini ialah 57 surah, sementara satu kategori lagi ialah kategori berlainan jenis iaitu surah yang mempunyai nombor genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap, jumlah surah dalam kategori ini juga ialah 57 surah. Ini menunjukkan perimbangan surah-surah al-Quran!. Susunan yang lain tidak akan menghasilkan perimbangan. Sekiranya semua nombor yang terkandung dalam kategori sama jenis termasuk semua nombor surah dan jumlah ayat dicampurkan, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan campuran semua ayat al-Quran, mengapa jumlahnya boleh sama dengan jumlah campuran semua ayat al-Quran? dan apabila semua nombor yang terdapat dalam kategori berlainan jenis dicampurkan termasuk npmbor-nombor surah, jumlahnya ialah 6555, mengapa jumlahnya sama dengan mencampurkan semua nombor surah?. Jumlahnya sama kerana susunan surah-surah tersebut. Sekiranya susunan surah dan bilangan ayat diubah, maka perimbangan ini akan musnah sama sekalui. Quran tak boleh diubah! Para pembaca boleh menyemak sombor surah dan bilangan ayat tersebut dalam laman web yang tertera di atas sebelah kanan muka suat ini.

Persoalan-Persoalan Menarik!

Bagaimana susunan surah-surah al-Quran boleh seimbang antara jumlah campuran nombor-nombor surah dengan campuran surah-surah dalam kategori yang tidak sama jenisdan bagaimana jumlah campuran semua ayat al-Quran sama dengan campuran surah-surah dalam kategori sama jenis sedangkan pada masa itu belum wujud lagi sistem nombor? PASTI INI SEBAGAI BUKTI MAHABIJAKSANANYA ALLAH S.W.T. DAN MAHA MENGIRANYA ALLAH S.W.T.

Keseimbangan Yang Lain

Sekiranya nombor surah dicampurkan dengan bilangan ayatnya, umpamanya surah al-Fatehah adalah surah 1 dan bilangan ayatnya 7 (1+7=8), surah al-Baqarah surah 2 dicampurkan dengan bilangan ayatnya (2+286=288) dan seterusnya sehingga surah terakhir surah ke-144 iaitu surah an-Nas bilangan ayatnya 6 (114+6=120). Sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dengan bilangan ayat yang jumlahnya ganjil dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6555 iaitu sama dengan jumlah campuran semua nombor surah. Dan sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dan bilangan ayat yang jumlahnya genap dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan jumlah ayat al-Quran. Sekiranya diubah kedudukan surah maka jumlah ini tidak akan dapat dihasilkan.

Keseimbangan Ini Lebih Menakjubkan!

Sekiranya nombor-nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayatganjil dicampurkan sekali, jumlahnya ialah 1551. Nombor-nombor surah tersebut adalah seperti berikut. 1, 9, 11, 13, 15, 17, 25, 27, 29, 33, 35, 39, 43, 45, 57, 63, 81, 87, 91, 93, 97, 101, 103, 105, 107, 111, 113. Pembaca boleh gunakan mesin kira untuk mengiranya, tapi cuba bayangkan zaman Nabi dimana sistem angka belum ada. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1551. Sekarang campurkan pula nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayatganjil. Nombor-nombor surah tersebut ialah: 6, 8, 10, 12, 20, 26, 36, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 54, 60, 62, 76, 82, 84, 86, 92, 96, 100, 104, 108, 110. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah1554. Sekarang campurkan jumlah campuran nombor surah ganjilyang mempunyai bilangan ayat ganjil (1551) dengan jumlah campuran nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. (1554). (1551+1554=3105). Sekarang kira berapa banyak nombor-nombor surah tersebut? Nombor-nombor surah adalah 54 semuanya. Berapa pula bilangan surah dalam al-Quran? Bilangannya ialah 114. Lihat formula ini:

Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil (54), bilangan surah dalam al-Quran ialah 114. Jumlah campuran 3105= 54 / 2 X (114 +1)=27 X 115. Sekiranya susunan nombor surah ini diubah sesuka hati seeperti yang dicadangkan oleh orientalis Barat, maka jumlahnya tidak boleh disesuaikan dengan formula (jumlah surah/2 X Bilangan surah al-Quran +1).

Sekiranya nombor-nombor surah yang mempunyai bilangan ayat genap pula dicampurkan, jumlahnya ialah 3450. 3450= (Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat genap)/2 X (Bilangan surah al-Quran +1)=60/2 X (114 +1)=30 X 115.

Kedudukan Surah al-Hadid

Surah al-Hadid ialah surah yang ke 57 dalam al-Quran. Al-Quran mengandungi 114 Surah. Olehsebab jumlah surah al-Quran adalah genap, maka tidak ada surah yang ditengah-tengah al-Quran. Namun dari sudut matematik, 57 bersamaan dengan 114/2.

Sekiranya nombor-nombor surah dari surah al-Fatehah sehingga surah al-Hadid dicampurkan iaitu

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30+31+32+33+34+35+36+37+38+39+40+41+42+43+44+45+46+47+48+49+50+51+52+53+54+57

jumlahnya ialah 1653. Cuba anda dharabkan jumlah ayat dalam surah al-Hadid dengan nombor surah al-Hadid. 29 X 57, Berapa hasil dharabnya? Hasil dharabnya ialah 1653

Cuba anda kenalpasti dua nombor surah yang berada di tengah-tengah kedudukan surah al-Quran.


1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30+31+32+33+34+35+36+37+38+39+40+41+42+43+44+45+46+47+48+49+50+51+52+53+54+57+58+59+60+61+62+63+64+65.........+114

Dua surah yang ditengah-tengah surah-surah al-Quran ialah surah nombor 57 dan surah nombor 58.

57, 58

Sekarang anda dharabkan 57 dengan 58 (berapa hasil dharabnya?, jawabnya ialah 3306. Sekarang bahagikan 3306 dengan 2 (sebab 57 adalah mewakili separuh bahagian pertama al-Quran dan 58 mewakili bahagian ke dua al-Quran)


3306/2=1653

1653! anda rasa kebetulan kah?

Sekiranya anda dharabkan nombor-nombor surah dari surah 1 hingga surah 114 dengan bilangan ayatnya, umpamanya 1X7=7, 2X286=57...dan sebagainya sehingga surah ke 114 dan kemudian susun hasil dharabnya berdasarjkan kedudukan menurun (Descending order) dan juga kedudukan menngkat (Ascending order), semua nombor surah berdasarkan hasil dharabnya akan berubah kedudukannya. Namun ada surah yang tidak berubah kedudukannya iaitu surah nombor .....

57

Sekali lagi, apakah ini adalah satu fenomena yang kebetulan semata-mata?


Ada sesiapa yang boleh menolak ini sebagai satu yang menakjubkan. Ingat semasa al-Quran diturunkan, sistem nombor belum wujud!.