Thursday, March 17, 2011


ISTERI-ISTERI RASULALLAH S.A.W (UMMAHATUL MU’MININ)

1 - KHADIJAH BT KHUWAILID AS-SA’DIYAH R.A:

Beliau adalah merupakan isteri Nabi Muhammad S.A.W. yang pertama. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu nabi Muhammad s.a.w. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan Nabi Muhammad S.A.W. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad S.A.W. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum bithah dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad S.A.W. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya. Mas kahwin daripada nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.

Anak-anak Rasulullah bersama Khadijah 1: Al-Qasim bin Muhammad 2: Abdullah bin Muhammad 3: Ibrahim bin Muhammad(Anak dengan Mariah) 4: Zainab binti Muhammad 5: Ruqaiyah binti Muhammad 6: Ummu Kalthum binti Muhammad 7: Fatimah binti Muhammad .Diriwayatkan bahawa anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah Az-Zaharah telah berkahwin dengan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib.Kesemua ketiga - tiga anak lelaki Rasullullah telah meninggal dunia sejak kecil lagi.Tujuan Allah SWT mencabut semua nyawa anak lelaki Nabi adalah bagi mengelakkan supaya tiada lagi wujud Nabi dan Rasul yang baru sesudah Nabi Muhammad,hal ini kerana Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan Allah sesudah Nabi Isa diatas muka bumi ini.Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul bagi seluruh umat alam buana dan semesta sehinggalah ke Hari kiamat.

2-SAUDAH BT. ZAM'AH AL-AMIRIYAH AL QURAISIYAH R.A :

Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah 3 tahun. Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka Nabi Muhammad S.A.W. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dirham.Selain itu,beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya.Contohnya pada suatu hari,Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang sujud,beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Rasulullah sedang sujud dengan begitu lama. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.

3-AISHAH BT ABU BAKAR R.A:

Akad nikah diadakan di Mekah sebelum Hijrah, tetapi setelah wafatnya Khadijah dan setelah Nabi Muhammad S.A.W. berkahwin dengan Saudah. Ketika itu Aisyah berumur 6 tahun. Rasulullah tidak bersama dengannya sebagai suami isteri melainkan setelah berhijrah ke Madinah. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun sementara nabi Muhammad s.a.w. berumur 53 tahun.Aisyah adalah isteri Nabi Muhammad S.A.W. yang tunggal yang dikahwininya semasa gadis. Upacara dilakukan oleh ayahnya Abu Bakar dengan mas kahwin 400 dirham.Namun begitu terdapat perselisihan tentang umur sebenar Aisyah ketika menikahi Nabi. s.a.w. Ada pandangan yang menyebutkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.

Hujahnya: Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan March tahun 625 Masehi. Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal.

"Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud,Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak."Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.

Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b,

" Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.

Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun. 2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610 3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun Seterusnya: Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`. Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654," Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah

4-HAFSAH BT. UMAR BIN AL-KHATTAB R.A :

Hafsah merupakan puteri kepada Umar Al-Khattab dan ibunya Zainab.Apabila mendapat berita tentang kelahiran puteri beliau,Umar Al-Khattab merasa malu kerana mengikut arab jahiliah sesiapa yang dapat anak perempuan maka akan menyebabkan hidup malang atau dikategorikan sebagai pembawa sial.Selepas peristiwa itu,Umar Al-Khattab lari ke Darul Nadwah kerana itu.Setelah beberapa tahun,ayahnya telah memeluk islam dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah saw.Hafsah mempunyai seorang suami tetapi suaminya wafat kerana terkorban di medan perang.Apabila mendapat berita mengenainya,Rasulullah saw mengambilnya sebagai isterinya atas membalas jasa suaminya yang membantu baginda.Ketika peristiwa pembunuhan ayahandanya,Hafsah berasa sedih atas pemergian ayahandanya yang tersayang.Hal ini menyebabkan beliau gemar mengurung diri di dalam rumah sambil bertaqarrub kepada Allah swt.

5-UMMU SALAMAH HINDUN BT. ABI UMAIYAH R.A :

Salamah seorang janda tua mempunyai 4 anak dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad. Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu Nabi Muhammad S.A.W. melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya. Alasan umur turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab.Lamaran kali kedua Nabi Muhammad S.A.W. diterimanya dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung.

6-UMMU HABIBAH RAMLAH BT. ABI SUFIAN R.A :

Ummu Habibah seorang janda. Suami pertamanya Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy. Ummu Habibah dan suaminya Ubaidullah pernah berhijrah ke Habsyah. Ubaidullah meninggal dunia ketika di rantau dan Ummu Habibah yang berada di Habsyah kehilangan tempat bergantung.Melalui al Najashi, Nabi Muhammad S.A.W. melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh al Najashi bagi pihak nabi.

7-JUWAIRIYAH ( BARRAH ) BT. HARITH R.A:

Ayah Juwairiyah ialah ketua puak Bani al-Mustaliq yang telah mengumpulkan bala tenteranya untuk memerangi Nabi Muhammad S.A.W. dalam Perang al-Muraisi'. Bani al-Mustaliq telah tewas dan Barrah telah ditawan oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy. Thabit mahu dia dimukatabah dengan 9 tahil emas Barrah mengadu kepada nabi. Baginda sedia membayar mukatabah tersebut dan seterusnya mengahwininya.

8-SAFIYAH BT. HUYAY R.A:

Safiyah anak kepada Huyay, ketua puak Bani Quraizah iaitu dari keturunan Nabi Harun a.s. Dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah ditawan dan Safiyah telah ditawan. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan, Safiyah telah memilih untuk menjadi isteri Nabi Muhammad S.A.W.. Safiyyah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan di al Baqi’.

9-ZAINAB BT. JAHSYIN R.A:

Zainab merupakan isteri kepada Zaid ibn Harithah, yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat Nabi Muhammad S.A.W. setelah dia dimerdekakan.

10-MAYMUNA BINTI AL HARITH R.A:

Suami pertamanya adalah Abu Rahma Ibn Abed Alzey.Dia masih berumur 36 tahun ketika menikah dengan Nabi Muhammad SAW yang sudah 60 tahun. Ketika Nabi SAW membuka Makkah di tahun 630 A.D, dia datang menemui Nabi SAW, masuk Islam dan meminta agar Rasullullah mengawininya. Akibatnya, banyaklah orang Makkah merasa terdorong untuk merima Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

11-ZAINAB BINT KHUZAYMA R.A:

Suaminya meninggal pada perang UHUD, meninggalkan dia yang miskin dengan beberapa orang anak. Dia sudah tua ketika nabi SAW mengawininya. Dia meninggal 3 bulan setelah perkawinan yaitu pada tahun 625 A.D.Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid. Zaid telah menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh Nabi Muhammad S.A.W. .Upacara perkahwinan dilakukan oleh al-Abbas bin Abd al-Muttalib dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar bagi pihak Nabi Muhammad S.A.W.

12-MARIA AL QABTIYYA R.A:

Dia awalnya adalah orang yang membantu menangani permasalahan dirumah Rasullullah yang dikirim oleh Raja Mesir. Dia sempat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim. Ibrahim akhirnya meninggal pada umur 18 bulan. Tiga tahun setelah menikah, Nabi SAW meninggal dunia, dan Maria akhirnya meninggal 5 tahun kemudian, tahun 16 A.H. Waktu itu, Umar bin Khatab yang menjadi Iman sholat Jenazahnya, dan kemudian dimakamkan di Al-Baqi.