Friday, July 30, 2010


Biodata Iblis Laknatullah
Nama : Iblis laknatullah
Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal DI Dunia : Di dalam hati mereka yang lalai
Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam
Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah
Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa
Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan
Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam
Kelemahan : Bila orang membaca istighfar
Lambang : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran
Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat
InsyaAllah dengan adanya biodata sebegini kita akan lebih dapat mengenali musuh kita iaitu iblis laknatullah dan syaitan. Oleh itu marilah kita bersiap sedia untuk memperisaikan diri kita dengan iman yang teguh dan ketaqwaan yang utuh agar iblis dan syaitan gentar dengan kita sebagai mukmin.

KENALI JIN,IBLIS & SYAITAN

KETIGA-tiganya, iaitu jin, iblis dan syaitan adalah antara makhluk ciptaan selain malaikat dan manusia. Menurut al-Quran, jin dicipta sebelum manusia (Q 15: 26-27) dan kedua-duanya menghuni dunia ini.

Nama jin diambil sempena asal kejadiannya yang tersembunyi daripada mata manusia, iaitu berasal daripada kata kerja ‘janna’ bermaksud tertutup, terselindung dan tersembunyi.

Jin tergolong dalam dua golongan, iaitu jin beriman dan jin kufur (Q72: 1-4; 14-15). Dikategorikan dalam jin kufur atau kafir ialah nama seperti Ifrit, Syaitan dan Qarin.

Iblis pula berasal daripada golongan jin seperti disebut dalam al-Quran: “Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”: Lalu mereka sujud melainkan iblis; ia berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya...(Q 18: 50).

Manusia tidak mampu menguasai golongan jin. Bagi Nabi Sulaiman (as), baginda dapat menguasai jin kerana diberi anugerah berbuat demikian dan ia adalah antara mukjizatnya (Q 27: 17).

Justeru, manusia sewajarnya tidak berkawan dan mempercayai jin. Ini kerana mereka sentiasa mencuba sedaya upaya supaya manusia melakukan dosa besar sehingga syirik kepada Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamer dan lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Friday, July 23, 2010

KEHEBATAN KALIMAH ALLAH


Perhatikan titik yang berada ditengah-tengah selama 10saat..kemudian alihkan pandangan ke dinding berdekatan..Anda pasti berjaya

ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN
MEMPERBANYAKKAN PUASA SUNAT
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud: Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.(Riwayat Nasaie).

MELAZIMI BERZIKIR DAN BERDOA
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Doa merupakan otak kepada ibadat.(Riwayat al-Tirmizi).
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).

SENTIASA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR

Firman Allah Taala bermaksud:Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.(Surah an-Nur: Ayat 31).

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN
Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.(Riwayat al-Baihaqi).
Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm: Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.
Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN
Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.Beliau berkata lagi:Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.
Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:
Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama

Friday, July 16, 2010



MASJIDIL HARAM (KAABAH) DARI DALAM


MASJIDIL AQSA YANG SEBENAR

PERTUKARAN QIBLAT DAN BAHAYA YAHUDI

Firman Allah dalam ayat 144 surah al-Baqarah :

قد نرى تقلب وجهك فى السماء فلنولينك قبلة ترضىها فول وجهك شطر المسجد الحرام وحيث ما كنتم فولوا وجوهكم شطره وان الذين أوتوا الكتاب ليعلمون أنه الحق من ربهم وما الله بغافل عما يعملون

144. Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui Bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah Yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang mereka lakukan.

Kita sekarang berada pada bulan Sya’aban, yang pernah melakar beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya peristiwa perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran qiblat ini telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis.

Antara pengajaran besar dari peristiwa ini ialah:-

1. Allah s.w.t menempelak kaum Yahudi dengan penukaran qiblat ini supaya tidak terus bongkak, sombong, degil dan membelakangkan kebenaran yang sememangnya mereka ketahui.

2. Allah s.w.t memakbulkan permintaan Rasulullah s.a.w supaya qiblat umat baginda dikembalikan ke masjidil haram. Ini adalah satu kemuliaan bagi kita kerana masjidil haram adalah rumah ibadah yang pertama dibina diatas mukabumi ini dan ia juga adalah Qiblah Khalilullah Ibrahim a.s.

3. Sebagai ingatan kepada umat Islam agar tidak tertipu dengan tipu daya Yahudi yang dilaknati Ilahi. Ini mengingatkan kita supaya tidak sekali-kali mengikut jejak langkah Yahudi apatah lagi mengikut telunjuk mereka.

Sesungguhnya peristiwa penukaran qiblat ini adalah bukti yang nyata terhadap keingkaran Yahudi terhadap perintah Allah. Bahkan ia adalah bukti yang jelas terhadap pembohongan mereka kepada Ilahi. Sebelum ayat ini diturunkan mereka mendakwa bahawa ajaran mereka adalah yang benar dari Allah sebab itu nabi Muhammad menunaikan solat mengadap kearah qiblat mereka di Baitul Maqdis Palestin. Namun apabila Allah memerintahkan Rasulullah supaya mengadap kearah Masjidil Haram orang-orang Yahudi enggan menerima dan mematuhinya. Sebaliknya mereka menyebarkan syubhat kepada para sahabat nabi bahawa segala apa yang dibawa oleh Rasulullah ada rekaan dan ciptaan baginda sendiri. Mereka juga menimbulkan keraguan kedalam hati para sahabat dengan mengatakan segala ibadat solat mereka yang lalu telah tidak diterima Allah s.w.t. Begitulah antara pembohongan dan syubhat yang cuba disebarkan oleh orang-orang Yahudi semasa Rasulullah masih hidup sedangkan mereka mengetahui kebenaran ajaran baginda s.a.w.

Sejarah telah membuktikan bahawa sikap suka melakukan pembohongan oleh orang Yahudi ini bukan berlaku di zaman Rasulullah sahaja bahkan berterusan hingga ke hari ini. Antaranya pembohongan yang nyata yang dilakukan oleh orang Yahudi sejak dahulu hingga kini ialah:-

1. Mereka mendakwa mereka adalah bangsa pilihan tuhan untuk memimpin agama samawi dan memerintah dunia. Mereka menganggap manusia selain Yahudi adalah hamba yang dihidupkan untuk memenuhi cita-cita orang Yahudi.Bahkan golongan yang layak untuk masuk syurga adalah Bangsa Yahudi sahaja. Sedangkan pandangan Islam dalam perkara ini adalah amat berbeza. Kemuliaan seseorang bukan berpandukan kepada bangsa, keturunan, nama mahupun warna kulit. Kemuliaan mengikut neraca Islam dinilai dengan ketaatan dan ketaqwaan kita kepada segala perintah Allah tanpa mengira bangsa, keturunan, nama ataupun warna kulit seseorang itu.

2. Dakwaan mereka bahawa rumah ibadat mereka iaitu “ The King Soloman Temple” berada ditempatkan Masjidil Aqsa sekarang. Dengan sebab itu mereka berusaha untuk meruntuhkan tempat nabi di isra’ dan di mi’rajkan ini dengan bersungguh-sungguh. Terowong-terowong telah digali di bawah masjidil Aqsa sejak tahun 1967 hingga kini dengan alasan mencari kesan sejarah kononnya wujud bukti sejarah kewujudan “The King Soloman Temple” di bawah Masjidil Aqsa.

Ini juga adalah merupakan satu pembohongan yang nyata Masjidil Aqsa adalah merupakan rumah ibadat yang kedua dicipta Allah diatas mukabumi ini iaitu 40 tahun setelah terbina Masjidil Haram. Masjidil Aqsa menjadi symbol ajaran tauhid sejak zaman berzaman yang sewakjarnya kemuliaan tempat ini dipelihara oleh ummat Islam. Sebenarnya tujuan utama penggalian terowong adalah untuk melemahkan binaan asas Masjidil Aqsa dan akhirnya meruntuhkannya. Inilah antara jenayah terkutuk yang sedang dilakukan oleh Orang-orang Yahudi di bumi Palestin. Bukan hanya umat Islam disana dibuang Negara, dizalimi dan seumpamanya bahkan masjid suci itu sendiri ingin diruntuhkan oleh Yahudi.

Peristiwa pertukaran qiblat ini juga memberi pengajaran besar kepada kita umat Islam, agar kita mesti memerdekakan diri kita, daripada mengikut jejak langkah musuh Islam terutama yahudi dalam setiap aspek kehidupan samada dalam sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Selagi sistem yang digunakan oleh oleh umat Islam masih berqiblat kepada sistem kuffar maka selagi itulah kita terus mundur dan terjajah dalam negara sendiri. Ingatlah Orang-orang Yahudi pastikan akan berusaha menghapuskan Islam dari berkuasa diatas mukabumi ini dengan apa cara sekalipun. Adalah menjadi menjadi kewajipan umat Islam untuk mengenali tidudaya dan segala perancangan jahat Yahudi sedunia khususnya yang dipelopori oleh Gerakan Zionisme dan Free Manson. Dua gerakan yang bergerak diseluruh dunia untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam dengan berbagai pendekatan dan cara.

يريدون ليطفئوا نورالله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون

8. mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).

ولن ترضى عنك اليهود ولاالنصارى حتى تتبع ملتهم قل ان هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا نصير

120. orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Friday, July 9, 2010


Peringatan Isra' Mi'raj sebagai motivasi

Kalau kita baca sejarah kehidupan Rasulullah SAW (Sirah Nabawiyah), sebelum peristiwa itu terjadi, Rasulullah mengalami keadaan duka cita yang sangat mendalam. Beliau ditinggal oleh istrinya tercinta, Khadijah, yang setia menemani dan menghiburnya dikala orang lain masih mencemoohnya. Lalu beliau juga ditinggal oleh pamannya sendiri, Abu Thalib, yang (walaupun kafir) tetapi dia sangat melindungi aktivitas Nabi. Sehingga orang-orang kafir Quraisy semakin leluasa untuk melancarkan penyiksaannya kepada Nabi, sampai-sampai orang awam Quraisy pun berani melemparkan kotoran ke atas kepala Rasulullah SAW.

Dalam keadaan yang duka cita dan penuh dengan rintangan yang sangat berat itu, menambah perasaan Rasullah semakin berat dalam mengemban risalah Ilahi. Lalu Allah "menghibur" Nabi dengan memperjalankan beliau, sampai kepada langit dan menemui Allah. Hingga kini, peristiwa ini seringkali diperingati oleh sebagian besar kaum muslimin dalam peringatan Isra' Mi'raj. Pada dasarnya peringatan tersebut hanyalah untuk memotivasi dan penyemangat, bukan dalam rangka beribadah (ibadah dalam artian ibadah ritual khusus). Namun peringatan tersebut juga terdapat beberapa catatan. Apa saja itu? Mari kita ikuti beberapa hal di bawah ini.

Dalam Al Qur'an, dari sekian ribu ayat di dalamnya, hanya ada 4 ayat yang menjelaskan tentang Isra' Mi'raj, yaitu QS. Bani Israil ayat 1, dan QS. An Najm ayat 13 sampai 15. Maksudnya, kebesaran Islam itu bukan terletak pada peristiwa Isra' Mi'raj ini, tapi pada konsepnya, sistemnya, muatannya, dan sebagainya. Pada surat An Najm ayat 13-15 itu, menggambarkan bahwa Rasulullah menemui Jibril dalam bentuk aslinya di Sidratil Muntaha ketika Isra Mi'raj. Sebelumnya Rasulullah juga pernah menjumpai malaikat jibril dalam bentuk asli ketika menerima ayat pertama (QS. Al Alaq: 1-5) dari Allah SWT, yaitu ketika di gua Hira.

Dan di antara 25 nabi, hanya 2 Nabi yang yang pernah berbicara langsung kepada Allah, yaitu Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad SAW. Bagaimana dengan Nabi Adam, bukankah beliau juga pernah berdialog dengan Allah? Ya, tapi Nabi Adam ketika itu masih di Surga. Setelah diturunkan ke bumi, tidak lagi berdialog secara langsung. Nabi Musa berdialog dengan Allah secara langsung yaitu ketika di bukit Tursina (di bumi), sedangkan Nabi Muhammad di Sidratil Muntaha (di langit). Tetapi (sekali lagi), kebesaran Islam bukan di situ letaknya, namun di konsepnya, di muatannya. Oleh karena itulah, peristiwa Isra' Mi'raj sendiri tidak perlu secara berlebihan diangkat-angkat. Peristiwa itu sendiri merupakan mukjizat imani, maksudnya adalah mukjizat yang hanya bisa diterima apabila kita beriman.

Meskipun hanya Nabi Muhammad yang telah diperjalankan pada malam harinya (Isra' Mi'raj), tapi dia tetaplah manusia biasa, hamba Allah. Hal ini perlu ditegaskan, karena dua umat sebelum Islam (Yahudi dan Kristen), telah terjebak men-Tuhankan nabinya.

Mengapa Masjidil Aqsa?

Ada beberapa pertanyaan mengenai peristiwa Isra' Mi'raj. Salah satunya, mengapa dalam peristiwa itu Rasul diperjalankan ke Masjidil Aqsa? Kenapa tidak langsung saja ke langit? Paling tidak ada beberapa hal hikmahnya, antara lain:

  1. Bahwa Nabi Muhammad adalah satu-satunya Nabi dari golongan Ibrahim AS yang berasal dari Ismail AS, sedangkan Nabi lainnya adalah berasal dari Ishaq AS. Inilah yang menyebabkan Yahudi dan Kristen menolak Nabi Muhammad, karena mereka melihat asal usul keturunannya (nasab). Alasan mereka itu sangat tidak ilmiah, dan kalau memang benar, mereka berarti rasialis, karena melihat orang itu dari keturunannya. Hikmah lainnya adalah, bahwa Nabi Muhammad berda'wah di Makkah, sedangkan Nabi yang lain berda'wah di sekitar Palestina. Kalau dibiarkan saja, orang lain akan menuduh Muhammad SAW sebagai orang yang tidak ada hubungannya dengan "golongan" Ibrahim dan merupakan sempalan. Bagi kita sebagai muslim, tidaklah melihat orang itu dari asal usulnya, tapi dari ajarannya.

  2. Hikmah berikutnya adalah, Allah dengan segala ilmu-Nya mengetahui bahwa Masjidil Aqsa adalah akan menjadi sumber sengketa sepanjang zaman setelah itu. Mungkin Allah ingin menjadikan tempat ini sebagai "pembangkit" ruhul jihad kaum muslimin. Kadangkala, kalau tiada lawan itu semangat jihad kaum muslimin "melemah" karena terlena, dan dengan adanya sengketa tersebut, semangat jihad kaum muslimin terus terjaga dan terbina.

  3. Berikutnya, Allah ingin memperlihatkan sebagian tanda-tanda kebesaran-Nya kepada Nabi SAW. Pada Al Qur'an surat An Najm ayat 12, terdapat kata "Yaro" dalam bahasa Arab yang artinya "menyaksikan langsung". Berbeda dengan kata "Syahida", yang berarti menyaksikan tapi tidak musti secara langsung. Allah memperlihatkan sebagian tanda-tanda kebesaran-Nya itu secara langsung, karena pada saat itu da'wah Nabi sedang pada masa sulit, penuh duka cita. Oleh karena itulah pada peristiwa tersebut Nabi Muhammad juga dipertemukan dengan Nabi-nabi sebelumnya, agar Muhammad SAW juga bisa melihat bahwa Nabi yang sebelumnya pun mengalami masa-masa sulit, sehingga Nabi SAW bertambah motivasi dan semangatnya. Hal ini juga merupakan pelajaran bagi kita yang mengaku sebagai da'i, bahwa dalam kesulitan da'wah itu bukan berarti Allah tidak mendengar.

Perintah Shalat

Pada Isra' Mi'raj, Allah memberikan perintah sholat wajib. Dan sholat Subuh adalah sholat yang pertama kali diperintahkan. Karena peristiwa Isra' Mi'raj sendiri terjadi pada saat malam hari. Subuhnya Rasulullah sudah tiba kembali di tempat semula. Mungkin ini juga hikmah bagi kita semua, karena sholat Subuh adalah sholat yang sulit untuk di laksanakan, di mana pada saat itu banyak manusia yang masih terlelap dalam tidurnya. Sebelum diperintahkannya sholat wajib 5 waktu ini, Rasulullah melaksanakan sholat sebagaimana Nabi Ibrahim.

Kita tidak hanya diperintahkan untuk mengerjakan sholat, tetapi juga menegakkan sholat. Sholat bukan segala-galanya, tapi segala-galanya berawal dari sholat, demikian kata seorang ustadz.

Demikianlah beberapa pelajaran yang bisa kita ambil dari peristiwa Isra' Mi'raj. Semoga semakin menambah keimanan kita kepada Allah, kitab-Nya, Nabi-nabi-Nya, para malaikat-Nya, Hari Akhir, serta Qadha dan Qadar-Nya.

Saturday, July 3, 2010



CERAMAH PALESTIN
Tarikh : 5 Julai 2010
Hari: Isnin
Masa : Lepas solat Maghrib
Tempat : Surau Nurul Yaqiin
Penceramah : Dr Mohd Arbain Syawal
(Bekas 12 Tahanan Komando Israel di Kapal Mavi Marmara)